5 LOKASI MENARIK DI KUALA LUMPUR YANG WAJIB DIKUNJUNGI SEMASA CUTI SEKOLAH

jeng !! hee~ musim cuti sekolah datang lagik weyh.. ape aktiviti anak-anak kita ? duduk rumah dan tengok tv je ? bosan la weyh.. kesian dorang.. sekarang nih zaman makin maju dan anak kita lebih berminat explore dunia baru berbanding terperap kat rumah dan menonton siaran yang sama berulang kali.. hee~


nah !! mungkin 5 LOKASI WAJIB PERGI SEPANJANG CUTI SEKOLAH 2016 ni dapat membantu korang.. mana la tau kot buntu nak cari lokasi yang sesuai dengan minat anak-anak..

AQUARIA, KLCC

  • kalau korang ade bajet lebih sikit, boleh singgah sini untuk melihat dengan lebih dekat hidupan laut.. at least, sekali seumur hidup la.. hee~ anak-anak mesti suka bila kali pertama tengok jerung dari dekat.. kan ? sellau tengok dalam buku jek, kali ni depan mata.. eh !! kalau korang ade lesen diving, boleh jek join Dive with Shark..
nih harga yang kakak cek untuk family kecik kakak.. hee~ boleh tahan kan ?

  • dan sepanjang cuti sekolah ni, Aquaria KLCC dah sediakan macam-macam promosi harga murah untuk korang.. ade yang FREE tiket la, ade yang diskaun 10% la, ade yang 25% la.. jadik.. soal harga mungkin kurang sikit nak diambil berat sebab pengalaman anak-anak tu lagi penting.. kan ?
  • nak tau PROMOSI AQUARIA KLCC boleh klik sini..

TAMAN BURUNG, KUALA LUMPUR

  • terletak di Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur, korang akan dapat berjalan menyusuri hutan hujan tiruan di dalam sangkar habitat burung seluas 20.9 ekar ini dan melihat burung-burung eksotik yang dikumpul dari seluruh dunia.. bestkan ? pengalaman baru tu.. kalau mak apak suka, anak-anak lagi la suka.. hee~

  • harga tiket 
    • dewasa : RM 27.00
    • kanak-kanak ( 3 - 11 tahun ) : RM 13.00
  • tapi, kalau korang ade AEON Membership Card, korang dapat diskaun lagik weyh !! klik PROMOSI TAMAN BURUNG, KUALA LUMPUR untuk cek promosi macam mana yang dorang sediakan.. hee~ confirm korang pun melopong nanti..

PETROSAINS

  • kalau anak-anak korang sejenis yang minat sains, rekacipta, teknologi.. haa.. sini la tempatnya.. yang memang korang takkan menyesal kalau bawak dorang.. 

"Petrosains adalah Pusat Penemuan Sains yang menggunakan yang menyeronokkan dan pendekatan interaktif untuk menceritakan kisah sains dan teknologi industri tenaga. Urutan pameran di Petrosains kesan evolusi dan relevan saintifik industri tenaga di samping memberi tumpuan kepada sains umum dan permohonan untuk kehidupan seharian. Tangan-on pendekatan yang diguna pakai oleh Petrosains meletakkan penekanan kepada keseronokan dan keseronokan belajar dan bukan pada penghafalan yang ketat fakta saintifik.

Petrosains Sdn. Bhd. Telah ditubuhkan untuk melanjutkan komitmen PETRONAS sebagai warga korporat yang bertanggungjawab sosial dalam menyediakan persekitaran yang kaya dan merangsang bertujuan untuk meningkatkan literasi sains dan menanamkan dalam rakyat Malaysia ghairah untuk memperoleh pengetahuan saintifik."

  • klik SINI untuk harga tiket super murah yang ditawarkan oleh pihak Petrosains !! jangan lupa scroll sampai bawah sebab banyak promosi untuk pengguna kredit kad dan debit kad.. tau !! hee~ rugi la kalau terlepas..

TAMAN RUSA DAN KANCIL, KUALA LUMPUR

  • terletak berhampiran dengan Taman Tasik Perdana, merupakan taman seluas 1.5 hektar yang terletak sepanjang Jalan Tembusu, antara Memorial Tun Abdul Razak dan Taman Orkid yang telah dirasmikan oleh Dato Seri Paduka Siti Hasmah Haji Mohd Ali pada tahun 1987..
  • Rusa di taman ini berasal dari Belanda, dari spesies Hallow Deer yang memiliki bulu kuning pada bahagian belakang dan sisi badan.. 
  • kalau korang nak tau, rusa dan kancil kat taman ni dilepaskan bebas cuma kita sebagai pengunjung ni kena la peka dengan peraturan kat situ yang tak mengizinkan haiwan peliharaan mereka diberi makanan dari luar.. haa.. nanti sampai sampaikan la kat anak-anak tau..
  • tiada bayaran masuk yang dikenakan.. hee~ bawak la anak-anak mengenal rusa dan kancil.. tak de le asyik kenal Spiderman dengan Ultraman jek..

BERJAYA TIMES SQUARE THEME PARK

  • tak lengkap rasanya kalau cuti sekolah tapi tak masuk taman tema.. kan ? kat Kuala Lumpur ni memang tak de le taman tema air ( Desa Waterpark dah tutup.. huu~ ) tapi tu bukan topik yang kakak nak cerita.. hee~ tapi The Largest Indoor Theme Park !!!
  • bayangkan 133 00 kaki persegi khusus untuk korang dan anak-anak berseronok.. best woo.. ade roller coaster, ade robo crash, ade honey bump, ade flying bumble bee.. e-- banyak lagik permainan kat bawah satu bumbung nih yang anak-anak boleh explore..
  • lagi pulak musim hujan, korang kena la cari tempat yang sesuai.. kan ? ya !! sesungguhnya kakak memang cadangkan SINI !!

harga tiket pun tak brape mahal la kan kalau nak dibandingkan dengan kegembiraan anak-anak.. hee~ lagipun bukan selalu.. 

macamana ? membantu tak 5 tempat yang menarik ni ? hee~ kakak harap sangat jangan jadikan kesibukan kalian bekerja dan mencari rezeki dengan membiarkan cuti sekolah anak-anak berlalu tanpa sedar.. kesian dorang.. dah penat belajar, bagi la pulak otak dorang explore benda-benda baru..


10 comments:

  1. NO.6, puan lupa masukkan, iaitu Pusat Sains Negara di Bukit Kiara.
    Sesuai juga untuk kanak-kanak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ sebenarnya Pusat Sains Negara nombor 2 tu tau.. tapi !!! dukacita.. tutup sampai 31 Disember untuk pengubahsuaian.. hee~ tunggu cuti sekolah tahun 2017 la gamak nye..

      cik / tuan boleh rujuk sini..
      http://www.psn.gov.my/

      Delete
  2. Bestnya.... Bila la drg g kl ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ nanti datang KL roger kakak.. boleh ngeteh sama..

      Delete
  3. Menarik.. ada lg tmpt yg u list tu i belum pergi.. nanti kalau ke kl bole la singgah! 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh !! farah.. kalau datang KL roger kakak.. nanti kakak bawak ronda.. hee~

      Delete
  4. dok tgh plan nk ke klcc ni.
    hrp sempat lah..
    sblm terbang keluar dr kl

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa.. g la.. tapi kakak galakkan g weekdays.. hee~ kalau weekend confirm ramai tu.. sebab musim hujan kan.. ramai carik tempat aktiviti berbumbung..

      Delete
  5. Menarik. Banyak jugak tempat nak pergi. Tau tapi selalu tak ingat dan tak terfikir. Last2 tak pergi memana. Salam kenal Atie. Sha follow sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ sama weyh !! list kemahen panjang berjela.. last2 dok rumah tengok tv, update blog, merepek dalam group whatsapp.. adoi !! orait !! atie follow sha jugak !!

      Delete

Powered by Blogger.