CARA SINGKIRKAN BATU KARANG DALAM HEMPEDU TANPA PEMBEDAHAN

dulu, lama dah.. kakak ade share kat fanpage kakak pasal sorang customer kakak yang juga merupakan kawan sekolah rendah kakak ade batu karang.. em.. dia pun tak sangka sebenarnya yang dia adepenyakit kritikal macam tu sebab dia rasa dia sihat.. hee~ tengok !! orang yang sihat pun tak tau sebenarnya dia simpan penyakit kronik.. ye.. boleh mati..



tapi kalau ade jalan untuk pulih dan sihat seperti sedia kala, tak salah mencuba kan ? dia ibarat orang mengantuk disorongkan bantal la.. ye la.. dah menanggung sakit, dok cuba macam-macam jenis ubat tpai tak berkesan.. lepas tu ade plak rawatan alternatif.. confirm nak try kan ? hee~ tak pe.. itu nombor dua.. nombor satunya..


PUNCA BATU KARANG

1 : KURANG MINUM AIR MASAK
  • tiap kali kakak buat entri, kakak akan bagitau.. minum air masak.. minum air masak.. minum air masak.. sebab nih la nih.. haa.. kalau korang kurang minum air masak, air kencing jadik lebih pekat.. dah kalau air kencing pekat, pembentukan kristal akan terhasil dan akhirnya jadik plak batu.. 

2 : FAKTOR UMUR
  • kes batu karang dalam hempedu banyak dialami oleh meraka yang berusia 20 tahun hingga 70 tahun.. haa.. umur korang berapa tahun ? hee~ minum air masak banyak okay.. macam nombor satu tu..
3 : JANTINA
  • menurut Pakar Perunding Urologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Suresh Sabaratnam.. masalah batu karang lebih cenderung menyerang lelaki atas beberapa faktor terutamanya gaya hidup mereka.. nah !! terkejut lagik ?

    “antara punca lelaki senang terkena penyakit batu karang adalah kerana gaya hidup yang dilalui selama bertahun-tahun tanpa mereka sedari mengganggu sistem buah pinggang.. gaya hidup lelaki yang membuatkan mereka lebih senang untuk obes dan juga gaya pemakanan yang tidak seimbang antara puncanya.. lelaki boleh dikatakan kurang mengambil air kosong seperti yang disarankan setiap hari lalu menyebabkan berlaku penghidratan..
  • korang lelaki ? hee~ terima kasih kerana membaca.. lepas nih boleh la start togok air masak pulak eh..
  • bukan kata perempuan TAKKAN kena penyakit nih, tapi risiko lebih tinggi kat orang lelaki..
4 : SEJARAH KELUARGA
  • dah tentulah apa family kita makan, kita pon makan sama.. hee~ kan ? sama macam penyakit kencing manis dan penyakit metabolik yang lain.. dan siapa yang pernah sekali kena penyakit batu karang nih, mohon hati hati sebab risiko untuk kes berulang adalah tinggi.. em..
5 : KURANG AKTIF a.k.a MALAS
  • senang cerita, pemalas la nak beraktiviti.. dan disebabkan kemalasan tu la korang berisiko tinggi sebab tulang akan membebaskan kalsium ke dalam salur darah korang.. ape lagik.. plan la pegi jogging.. 30 minit sehari jek kot.. 
6 : GAYA PEMAKANAN
  • makanan yang tinggi protein seperti hati, jantung, limpa, daging merah mengandungi fosforus yang tinggi dan menyebabkan lebih banyak kalsium dikeluarkan melalui air kencing.. dah tu nak makan ape jek kan ? hee~ boleh makan tapi jangan la melampau lampau banyaknye.. buat rasa rasa sudah la selebihnya banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan..
7 : PENYAKIT SAMPINGAN
  • penyakit metabolik seperti hyperparathyroidism ( kelejar yang terlibat dalam metabolisme kalsium terlebih aktif ), hyperthyroidism ( kelenjar thyroid terlebih aktif menyebabkan pengeluaran mineral daripada tulang dan pengumpulan kalsium ), sistinuria ( penyakit metabolik yang diwarisi yang menyebabkan sistin berlebihan dalam tubuh dan menyebabkan batu jenis sistin )
8 : PENGGUNAAN UBAT-UBATAN
  • ubat-ubatan seperti diuretik berfungsi meningkatkan pengeluaran air kencing dan menyebabkan air kencing menjadi pekat.. 
9 : VITAMIN D
  • pengambilan supplement yang mengandungi vitamin D secara berlebihan dan tak dapat seimbangkan antara kalsium dan magnesium.. * wink wink *  sebab tu kalau korang amik pape supplement, korang kena tau kandungan supplement tu sendiri.. tak de la main santak jek lepas tu macam-macam side effect yang tak sepatutnya timbul pon terkedek kedek datang.. kalau baik tak pe jugak.. ini memudaratkan kot.. jadik !! hati hati dengan supplement yang korang makan..

SIMPTOM BATU KARANG

1 : kencing berdarah

2 : kencing berpasir

3 : air kencing keruh dan busuk

4 : jangkitan kuman pada saluran kencing

5 : sakit pada bahagian belakang badan / sisi bawah tulang rusuk


  • ini dah kritikal !! sebab batu karang dah besar dan menyekat aliran air kencing dan sakitnya boleh sampai ke telur zakar bagi lelaki.. kadang-kadang boleh rasa sakit tu bergerak ke depan apabila batu karan ditolak oleh air kencing.. em.. ramai pesakit batu karang mengatakan sakit yang teramat sakit.. huu~ dah kalau TERAMAT tu, korang bayangkan jek la sendiri cemana sakit dia..
  • ada jugak yang cakap, kalau wanita.. sakit paling sakit masa nak melahirkan anak.. kan ? tapi untuk lelaki, sakit paling sakit bila kena batu karang.. 
  • menurut Pakar Pembedahan Hepatobiliari Klinikal Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia ( PPUKM ), Dr. Hairol Othman, kesakitan yang dialami bukan sahaja melibatkan bahagian abdomen malah terasa sehingga ke tulang belikat.. gejala yang sering dihadapi adalah radang pada pundi hempedu berkenaan.. ini berlaku apabila batu terbentuk di dalam pundi hempedu pesakit.. keadaan menjadi kritikal sekiranya batu tersebut tersekat dan menghalang jus hempedu daripada dirembes keluar..

CARA MERAWAT BATU KARANG SECARA SEMULAJADI

1 : minum air masak paling kurang 2.5 liter secara konsisten

2 : amalkan beberapa jus asli tanpa gula seperti :
  • jus delima
  • jus daun selasih
3 : elakkan makanan berproses seperti mee segera

4 : amalkan cuka epal.. kakak pon amalkan cuka epal nih.. hee~ memang tak sedap tapi banyak kelebihan dia..

5 : kurangkan pengambilan gula putih dan kafien

6 : jadikan vitamin yang mengandungi kalsium dan magnesium seimbang sebagai diet harian

7 : pengambilan vitamin C dalam dos yang tinggi ( lebih dari 6000mg sehari ) dikatakan boleh membentuk batu karang.. eh !! ye ke ? hee~ tak de kajian yang mengesahkan statement tu pon.. tapi.. kalau korang nak tau, supplement vitamin C sebenarnya boleh mengelakkan pembentukan batu karang.. kalau korang gabungkan vitamin C dengan magnesium citrate dan vitamin B6 lagi cepat untuk proses pencegahan.. 

hee~ try la.. mana tau kan boleh sembuh.. tapi sebolehnya jangan la kurangkan pengambilan air masak.. tak elok untuk kesihatan.. bukan jek punca terjadinya batu karang, tapi macam-macam penyakit kronik boleh singgah kat korang nanti.. 

pokok pangkalnya.. korang sendiri ada niat dan nak memperbaiki kesihatan korang ke arah yang jauh lebih baik.. bukannya ala ala jek.. hee~



4 comments:

  1. Wahhh your health & beuty consultan...

    Nice sharing....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha~ kan !! harus la.. memang bidang kita kot..

      Delete
  2. Bahaya jugak ek tabiat kurang minum air ni.. risau pulak dengan tabiat sendiri macam ni.. thanks info admin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa.. dah boleh la perbetulkan kesilapan tu.. hee~ sebab water intake kita sehari pun 3 liter yunk.. bukan untuk kesihatan semata tapi untuk kecantikan jugak..

      Delete

Powered by Blogger.