SAMBUTAN HARI WANITA SEDUNIA ANJURAN STELLAVINGZE MERIAH DAN BERILMU

March 10, 2017

kakak pernah baca satu ungkapan doa tentang wanita tapi doa nih panjang, cuma kakak tersentuh dengan bait perenggan ni :

"jadikanlah jiwa raga dan kalbunya menjadi wanita solehah.. sandingkan lelaki soleh menjadi suaminya.. tanamkan jiwa pejuang sejati dalam rahimnya.. jadikanlah keluarganya menjadi keluarga Sakinah Mawaddah Warrahmah.. jadikanlah akhir hidupnya kembali pada-MU dengan husnul khotimah.."


siapa tak suka diingati, disayangi dan disebut-sebut akan kebaikannya.. kan ? hee~ dan sempena sambutan Hari Wanita Sedunia, kakak dapat jemputan dari pihak Stellavingze untuk sama-sama memeriahkan majlis..

alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan tak de cacat cela sekali pun malah setiap saat yang keluar dari mulut panel jemputan, kakak setuju semuanya.. ha.. ye la.. WANITA istimewa kot.. multi tasking.. mampu buat hampir semua kerja yang lelaki tak boleh buat.. hee~ nampak betapa kebolehan dan bakat seorang wanita mampu sebaris - sama dengan kaum lelaki..

antara barisan panel jemputan iaitu :

  • Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha binti Ismail ; Pengerusi YASNITA
  • Datin Azizan binti Haji Shariff ; Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Kwluarga Parlimen Lembah Pantai
  • Datin Noor Faezah binti Mohd Ashref ; Naib Presiden Yayasan Wanita Cemerlang
  • Miss Wee Siew Ling ; Pengarah Urusan Stellavingze International

majlis yang dianjurkan oleh Stellavingze betujuan untuk berkongsi dan menggalakkan wanita di Malaysia untuk keluar dari zon selesa ciptaan mereka sendiri.. hee~ rasa selesa dengan men - tidak - kisah - kan apa jua kepentingan, asal cukup, asal ada.. semua okay..

wanita berdikari bukanlah wanita yang meraih simpati sebaliknya wanita yang bijak menyusun atur kehidupannya sendiri untuk jadi lebih baik.. tak salah nak main jiwa lebih, tapi kena bertempat la.. fikir jauh untuk masa depan diri sendiri dan anak-anak..

"wanita kena ada kepintaran dan pendidikan.. sebab daripada situ seorang wanita boleh menjaga diri sendiri, berdikari dan menjadi role model kepada anak-anak untuk berjaya.." Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha binti Ismail


orang selalu berpendapat, jadi wanita sangat mudah.. hee~ tapi dorang tak tau yang wanita ni memang lahir dengan tanggungjawab yang besar.. anak - kakak - adik - ibu - kawan - isteri dan tanggungjawab tu seolah tak pernah habis dan selesai.. sebab tu banyak frasa motivasi mengenai wanita.. tak percaya ? klik SINI !!



selari dengan itu, Stellavingze International nak jemput semua wanita untuk menjadi sebahagian dari ahli keluarga mereka dengan menyertai kursus dan latihan untuk membina dan meningkatkan nilai kewanitaan dalam diri.. ha ? ape tu ? hee~ ini adalah inisiatif dari pihak Stellavingze untuk membantu wanita kat luar sana untuk menambah pendapatan dan mempunyai kerjaya..


STELLAVINGZE SMART STAR

OBJEKTIF :
  • Membantu wanita dalam mengurus Diri, Kerjaya, Perkahwinan, Keluarga, Anak-anak dan Mempunyai Kehidupan Yang Seimbang Dan Indah 
KURSUS 90 HARI STELLAVINGZE SMART STAR :
  • Kelas Imej 
  • Kesihatan dan Kecantikan 
  • Pembentukan Minda dan Rohani 
  • Pengurusan Rumah Tangga 
  • Interaksi Bersama Anak 
  • Formula Kehidupan Yang Seimbang dan Indah 
SETELAH MENAMATKAN KURSUS 90 HARI STELLAVINGZE SMART STAR :
  • Majlis meraikan Stellavingze Smart Star dan lahirnya seorang wanita yang lebih bahagia 
KELAYAKAN :
  • Pendidikan : Diploma / Ijazah
  • Pengalaman : 2 tahun ke atas
  • Status Perkahwinan : Berkahwin / Bujang
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN :
  • Bersedia untuk meningkatkan nilai kewanitaan dan jati diri sebagai wanita 
  • Perlu menjadi ahli Stellavingze International 


STELLAVINGZE GUIDING STAR

OBJEKTIF :
  • Peluang untuk wanita mencipta keupayaan menjana pendapatan, mengecapi transformasi dalam kejayaan 
  • Membina asas yang kukuh dan menuju kearah kehidupan yang lebih berjaya 
  • Mentransformasikan bakat kepimpinan anda, membantu orang lain untuk berjaya 
STELLAVINGZE GUIDING STAR MENYEDIAKAN :
  • Kursus pengurusan, pembentangan dan kelas untuk memperbaharui imej dalam membantu wanita untuk membina asas perniagaan yang kukuh.
  • Menyediakan penyelesaian perniagaan yang sesuai dengan permintaan pasaran.
  • Menyediakan rakan niaga dengan operasi yang mudah dan tenaga kerja. 
KURSUS DAN LATIHAN :
  • Kelas Imej Perniagaan 
  • Latihan Skill Perniagaan 
  • Kursus Ekslusif Home Party MELILEA 
  • Latihan Profesional Kesihatan dan Kecantikan 
  • Kelas Pengurusan Perniagaan 
  • Kelas Kualiti Kepimpinan 
KELAYAKAN PENYERTAAN :
  • Pendidikan : Ijazah
  • Pengalaman : Bekerja dalam bidang korporat selama setahun / lebih
  • Umur : 25 - 60 tahun
kalau korang wanita dan ADA impian, tak salah mencuba lagi pun Stellavingze menyediakan latihan from zero to hero kot.. rugi la korang simpan dan pendam jek impian tu.. dan untuk maklumat lanjut, korang boleh singgah sini !!


"think like a queen.. a queen is not afraid to fail.. failure is another steppingstone to greatness.." - Oprah Winfrey

You Might Also Like

0 comments

FOLLOW LE KAKAK !!

G+ FOLLOWERS