SERTAI PENGEMBARAAN THOMAS & FRIENDS DI SUNWAY PIRAMID

by - April 28, 2017

ada peminat keretapi kaler biru tak ? hee~ ha ? apetu keretapi kaler biru ? haa.. kalau tanya bangman, bangman senang jek jawab.. 


"ala.. Thomas.. tu pun tak tau.."

jenjalan naik Thomas pusing-pusing Sunway Piramid..
memang la tak tau, dah mainan budak-budak kan.. hahaha~ semalam, kakak sempat join Pelancaran Thomas & FriendsAdventures di Sunway Piramid.. best sangat sebab dapat explore pengembaraan baru Thomas di luar Pulau Sodor dan meneroka ke laut dalam dan angkasa lepas.. haa.. nampak imaginasi boleh sampai ke angkasa lepas..

lain dari yang lain kan sebab biasanya korang akan 'jumpa' Thomas & Friends™ kat lokasi seperti Tidmouth Sheds, Stesen Knapford, Docks Brendam dan Sodor Steamworks.. kan ? tapi.. kali ni dorang keluar dari TV !!

Mattel Malaysia dengan kerjasama Sunway Piramid telah 'keluar dari kotak' dengan membawa karekter Thomas & Friendske kehidupan imaginasi kanak-kanak.. bermula dari 25 April 2017 hingga 14 Mei 2017, Thomas & Friendsakan berada di Blue Concourse Sunway Piramid dan yang paling best, kanak-kanak di Malaysia akan menjadi kanak-kanak yang pertama di Asia Tenggara yang mengalami pengalaman pengembaraan darat - laut dengan enjin biru tercomel ni..

aktiviti 'melasak' untuk anak-anak di Blue Concourse, Sunway Piramid
"dalam era digital ini, ibu bapa berhadapan dengan cabaran untuk mencari cara-cara alternatif untuk merangsang perkembangan sihat kanak-kanak dalam tahun-tahun awal penting.. garis mainan baru membawa kembali keseronokan permainan fizikal, mempersembahkan Thomas & Friends™ dalam persekitaran baru yang menggalakkan kanak-kanak untuk meluaskan skop imaginasi mereka melalui pengalaman tanpa henti menyeronokkan.." kata Joanne Teng, Pengurus Jenama Kanan, Mattel Asia Tenggara..

sesi Story Telling Thomas & Friends
antara aktiviti yang telah disediakan :

  • maze
  • slide ke dalam lautan Adventure
  • mencapai Stars
  • jalan-jalan pusing Sunway Piramid dengan Thomas

dan yang paling BEST, pelbagai hadiah yang menarik untuk dimenangi termasuk set baru Thomas & Friends™.. anak siapa suka Thomas & Friends™ ? memang kena pergi ni untuk timba pengalaman dan mencari kawan baru..

adik Aina dan koleksi baru Thomas & Friends !! bukan main happy nya dia.. memang tak pandang kamera sebab kat belakang ibu tengah banyak benda boleh di main.. hahaha~
jangan lupa !! kalau tak tau nak pergi mana dari 25 April 2017 hingga 14 Mei 2017 ni, bawak la anak-anak jenjalan kat Sunway Piramid ye.. yang mana nak cari hadiah harijadi ke, hadiah sempena anak periksa nombor 1 ke.. boleh jugak sebab ada diskaun menarik untuk pelanggan..


You May Also Like

6 comments

  1. yeah this weekend i will going to sunway...i sure my son love this much...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ budak2 kalau tak kenal thomas, mesti mak ayah dia tak bagi tengok kartun.. kan ? kakak teka jek.. hahaha~

      Delete
  2. Fariza mesti minat..dia dah tau dah citer kartun dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ budak bijak tu mesti suka kat enjin biru ni kan..

      Delete
  3. seronoknye laa hai.. time kecik-kecik dulu takde plak macam nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahah~ kan !! zaman kakak dulu main batu seremban dengan congkak jek dik.. congkak pun pakai tempurung kelapa..

      Delete