SPAGHETTI CARBONARA CAMPAK CAMPAK ; SIAP--

by - April 20, 2017

hahahah~ nampak tajuk ? over-kan ? bila bangman bersuara suruh masak itu ini, kakak tau la memang dia terfikir nak makan dalam erti kata lain 'ibu dia dah lama tak masak dan dia dah lama tak makan makanan tersebut..' gittew--


bu.. abang bosan la makan nasik hari-hari..


haa.. kalau kakak sendiri, pun jemu jugak makan nasik hari-hari.. tak salah jugakkan kalau nak ubah selera sekali sekala.. jadik.. kakak pun masak la simple simple tapi semua suka makan macam spaghetti..

kakak suka spaghetti goreng, disebabkan kakak memang tak makan mee kuning dan kakak gantikan dengan spaghetti ni.. tapi bangman suka carbonara ( kuah putih ),  encik suami dan adik aina pun suka.. berperang la kakak kat dapur walaupun masak tak sampai 30 minit cuma nak berkemas tu mau makan sehari suntuk ; 24 jam.. gittew--

inilah rupa bila dah siap dihidang.. ade plak chicken ball dengan cili api..
resepi ? alahai.. segan plak kakak ha sebab main campak campak jek ni tetiba.. tadaa-- boleh makan panas panas sedap.. kalau tengok pinggan masing masing licin, memang kakak la orang paling puas hati.. hee~


BAHAN-BAHAN :

  • spaghetti
    • kakak suka pakai brand Kimball nih sebab mee dia tak kenyal, tak lembut.. elok la sedang sedang.. kalau dah masak, dia pun tak melekat sangat..
  • sos PREGO Carbonara Cendawan tin biru
    • em.. ini terbaik dalam kelas dia.. hee~ pun kakak setia jugak dan tak gunakan brand lain..
  • daging cincang
    • kakak pakai brand Ramly
  • satu labu bawang besar yang dicincang
  • satu sudu kecik minyak masak
  • satu sudu kecik garam
  • minyak masak untuk menumis ( tak de dalam gambar )
  • susu Dutch Lady Full Cream

CARA-CARANYA :

1 : didihkan air dan masukkan minyak masak + garam.. bila air dah mendidih, masukkan spaghetti tadi.. tunggu sampai agak agak masak, angkat dan toskan.. 

* tips : lepas dah toskan air panas tadi, lalukan air paip kat spaghetti tadi untuk mengelakkan dorang melekat sesama sendiri.. hee~ *

2 : panaskan minyak dan tumiskan bawang besar tadi sampai naik bau..

3 : masukkan daging cincang dan masak sampai masak.. hahaha~ faham kan ? sampai daging tu masak la kecokelatan.. gittew--


4 : dah agak agak daging tu masak, masukkan sos PREGO tadik..

haa.. masak la agak agak masak dan sebati.. hee~ kalau korang suka cair, tambah la air sikit.. tapi family kakak suka pekat.. jadik kakak tambah air dalam setengah tin PREGO tadik jek..
5 : last sekali, masukkan susu Dutch Lady Full Cream tadik.. dalam setengah tin PREGO tu jugak.. tapi sebenarnya tak de sukatan khas sebab selera masing-masing kan.. kalau korang nak pekat, kurangkan susu tu.. tapi kalau nak lemak lemak sedap membelai jiwa, buh la lebih sikit.. hee~


lepas dah masuk susu tu, kira dah siap le tu.. hee~ boleh la angkat dan hidang.. kalau bangman dengan adik aina, dorang suka makan suam suam gitu sambil tengok kartun.. hee~

nih kakak hidangkan untuk bangman.. hee~ dia nak g mengaji, kena makan dulu kalau tak nanti badmood..
disebabkan masak spaghetti carbonara permintaan bangman nih, pinggan kakak pecah.. huu~ tak tau nak nanges ke hape.. tak sampai 2 minggu keluar dari kotak.. a.. stress.. encik suami sampai jek rumah, terus kakak mengadu dan berharap akan ada ayat tanda nak beli baru.. rupanya beliau cakap..



bukan ada lagi 2 kotak pinggan mangkuk awak yang tak guna lagi ke ?


okay.. kakak frust.. hahahah~

You May Also Like

6 comments

  1. Sedapnyaaa .tak pernah wat sndri spagethi carbonara ni. Nti bila ase nk wat boleh rujuk sini nti

    #terlepas pluang nk bli pnggan baru. Hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha~ terlepas peluang suda.. nak buat cemana.. bukan rezeki..

      Delete
  2. Sama macam adik sy. Pandai memujuk merayu utk dimasakkan spaghetti 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ sedap la kalau makan sesekali spaghetti ni.. tapi kalau selalu, muak woo..

      Delete
  3. hahahhaa..lor macam mana leh pecah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha~ ko jangan tanya banyak2 nad.. nanges nanti..

      Delete