PROJEK BEG SEKOLAH MUSIM KETIGA ; SESI 2017 / 2018

by - October 29, 2017

seperti tahun-tahun sebelumnya, kakak ada keluarkan artikel bertajuk yang sama mengenai skuad Sukarelawan Projek Beg Sekolah yang mengumpul dan membuat penyerahan beg sekolah sempena sesi persekolahan yang baru.. alhamdulillah.. setakat 2 musim yang sebelumnya, penglibatan dari pelbagai pihak sangat meringankan beban sukarelawan yang dipertanggungjawabkan dalam mengggalas amanah sekaligus dapat membantu mereka yang sangat memerlukan..
projek_beg_sekolah
ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.. ini inisiatif PROJEK BEG SEKOLAH masih sama iaitu memberi senyuman baru untuk anak-anak dibangku sekolah menggalas beg sekolah yang baru supaya tiada lagi rasa segan sebaliknya digantikan dengan semangat dan azam untuk mengubah perjalanan hidup dan keluarga.. kalau sebelumnya, sasaran beg sekolah yang dikumpul hanya 10,000 buah beg sekolah namun dengan kuasa viral dan keperihatinan rakyat Malaysia.. pada penghujung penutup laporan musim kedua, jumlah keseluruhan kutipan beg sekolah adalah sebanyak 13,837 buah beg..

laporan_akhir_projek_beg_sekolah


alhamdulillah..
terima kasih rakyat Malaysia !!

SESI PERSEKOLAHAN 2018

datang lagi !! hee~ sudah diwar-warkan di laman Facebook pengasas Projek Beg Sekolah ia itu Puan Salwa Saleh mengenai pencarian skuad Sukarelawan bagi sesi 2018 ( musim ketiga ) kini sudah bermula.. dan penyertaan dibuka untuk semua yang ingin membantu dan meringankan beban mereka yang memerlukan tak kisah diceruk mana kalian berada.. lagi ramai, lagi meriah dan lagi ramai dapat dibantu.. in shaa Allah..

sukarelawan_projek_beg_sekolah

SUKARELAWAN PROJEK BEG SEKOLAH

berbeza pada tahun yang sebelumnya.. tahun ini Projek Beg Sekolah secara rasmi merupakan sebuah NGO ( Non Government Organization ) yang diharapkan dapat memudahkan lagi tugas-tugas sukarelawan seluruh Malaysia.. jom !! mungkin keringat korang tidak mampu dibayar dengan wang ringgit tapi korang akan rasa bahagia bila nampak senyuman ITU.. hee~

OBJEKTIF

membantu pelajar dari golongan keluarga kurang mampu / miskin bandar dan luar bandar untuk mendapatkan beg bagi musim persekolahan seisi 2018..

KAEDAH PERLAKSANAAN

beg baru atau beg preloved akan dikumpulkan oleh setiap sukarelawan untuk diedarkan kepada pelajar yang terpilih..

BACA SINI –> LAPORAN PROJEK BEG SEKOLAH 2016 / 2017

berminat ? jangan lupa hubungi nombor telefon kat porster atas tu ya.. nanti dorang akan explain apa yang korang kena buat dan bagaimana cara untuk melaksanakan tugas sebagai sukarelawan..

kalau korang tak dapat nak join skuad sukarelawan, tapi mungkin nak juga membantu.. korang boleh menyumbang terus ke akaun :

PERTUBUHAN PROJEK BEG SEKOLAH
566010623957 ( Maybank )

atau..

hubungi terus laman Facebook : PROJEK BEG SEKOLAH dan bertanyakan cara untuk membuat sumbangan..

mana tau.. sedikit sumbangan dari kalian mampu untuk memberi cahaya baru buat anak-anak yang memerlukan.. atau paling mudah.. tolong sebarkan artikel ini ( share ) supaya lebih ramai yang sedar dan tahu dan peka..

sebarkan !!
sebarkan !!
sebarkan !!

atiehilmi.com

You May Also Like

10 comments

  1. Keren di Malaysia ada bagi² tas buat anak² di sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. inisiatif dari NGO supaya ada semangat baru buat anak-anak yang miskin.. hee~ mungkin boleh terapkan di Indonesia juga nanti..

      Delete
  2. wow, tahniah atas keprihatinan yang ditunjukkan, semoga usaha ini terus dijalankan secara konsisten dan lebih meluas agar lebih ramai insan yang memerlukan mendapat faedah daripada projek mulia ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin.. in shaa Allah.. untuk musim ketiga ni, PBS mencari seramai mungkin sukarelawan yang ingin menanam benih pahala.. hee~

      Delete
  3. Replies
    1. ya.. in shaa Allah berterusan.. doakan team PBS ya..

      Delete
  4. Bagusnya ada project macam ni :) boleh meringankan beban pelajar2 yg kurang mampu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu dik.. paling best dapat tengok senyuman dorang masa terima beg baru.. adui.. cair akak tengoknye..

      Delete
  5. Projek Beg Sekolah ni memang membantu mereka yang memerlukan sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. sama-sama memberi dan menerima faedah.. in shaa Allah..

      Delete