SIRI PENJAGAAN KESIHATAN DALAMAN DAN LUARAN BERSAMA LYNNITY

by - November 20, 2017

em.. bab kesihatan memang kakak minat sangat tau.. hee~ lagi-lagi dengan cabaran lambakan produk kesihatan pelbagai jenama yang sangat membimbangkan, membuatkan kakak lebih berhati-hati dalam memilih apa yang terbaik untuk diri kakak dan keluarga.. wahh sangat kan sampai ada pula siri penjagaan kesihatan dalaman dan luaran bersama pihak penaja.. gittew--

lynnity_botanic_health_citrus

badan kita ibarat enjin yang perlu dijaga rapi, kalau tersangkut sikit confirm akan effect pada pergerakan dan aktiviti sehari-hari.. kan ? biasanya korang pakai produk apa ? haa.. jangan sampai tersalah pilih produk tau dan perlulah memberi keutamaan pada produk organik yang selamat dan berkualiti.. ya !! kakak cerewet sikit nasiblah jumpa brand Lynnity ni.. fufff—lega dia bukan kepalang lagi..

LYNNITY BOTANIC HEALTH ( CITRUS )

semakin meningkat umur, kepadatan tulang semakin kurang dan mula la tulang berkeriuk keriuk menandakan tulang semakin nipis.. em.. risau ? ya !! memang perlu risaulah sebab tulang yang tidak kuat akan membataskan pergerakan bah kan memberi risiko tulang patah secara tiba-tiba.. alamak.. nak buat macam mana ? takkan nak biar kan saja tanpa merawat atau mencari jalan penyelesaian ? em..

ni la kakak nak bagi tau ni.. hee~ dah lebih seminggu kakak minum Botanic Health ni ha.. katanya dapat membantu mencegah osteoporosis dan memberi mantaat kepada tulang.. nah !! bunyi macam tak percaya kan ? sebenarnya, kakak sendiri mengalami tulang berkeriuk lagi-lagi bila nak turun sujud ketika solat.. bunyi ‘prappp’ tu bukan sikit tapi mengganggu ibadah yang kakak lakukan.. em.. diam tak diam, dalam rasa tak percaya kat Botanic Health ni, bunyi ‘prappp’ tu dah tak de dah..


pergerakan juga semakin lancar tanpa bunyi pelik pelik.. hee~

APA FUNGSI BOTANIC HEALTH ?

secara keseluruhan, minuman yang didatangkan dalam paket 20 gram ini membantu :
  • meningkatkan kesihatan tulang dan sendi
  • membaikpulih dan mengekalkan kesihatan tulang rawan
  • mengurangkan kesakitan dan keradangan
  • meningkatkan dan mengekalkan pergerakan fizikal
  • mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, meningkatkan kesihatan katdiovaskular
orang kata, kalau kesihatan dalaman terjaga keceriaan dan kecergasan terpancar pada wajah.. nah !! ehem !! yang mana liat nak makan sayur, kakak sarankan korang mulakan pengambilan Botanic Health ni sebab dalam satu paket kecil ni mengandungi formula lengkap dari buah-buahan, sayur-sayuran dan herba terpilih seperti :

botanic_health_citrus_lynnity
  • buah delima
  • alga
  • manggis
  • misai kucing
  • rumpai laut
  • halia hitam
  • asid askorbik
  • bran oat
  • chia seed
  • taurina
semuanya sangat diperlukan badan kan ? tak pelik la kesihatan kakak semakin bagus dan badan semakin segar bertenaga.. superfood untuk supermom.. haruslah kan.. hee~

LYNNITY RELIEF ESSENTIAL OIL

siapa kenal kakak, mesti tau betapa kakak lasak dalam menguruskan rutin sehari-hari.. mananya nak mengemas rumah, menguruskan suami dan anak-anak, memasak dan blogging dalam satu masa.. ada kawan bertanya bagaimana kakak menguruskan semuanya tanpa rasa penat dan letih malah selalu nampak bertenaga..

lynnity_relief_essential_oil

perkenalan yang sangat singkat antara kakak dan Lynnity Relief Essential Oil tapi botol kecil ni membuatkan kakak jatuh cinta berulang kali.. haa.. serius ni.. didatangkan dalam botol roll-on ini mempunyai ‘kuasa’ ajaib yang mampu melegakan sengal sengal dan membuatkan rasa tenang..

bagaimana ?

ramuan ajaib yang diekstrak daripada bunga Myosotis Sylvatica atau nama manjanya Woodland Forget Me Not yang sesuai digunakan oleh semua peringkat umur.. kakak kan, sejak dah mula menggunakan Relief ni nak duduk menaip 3 entri dengan fakta sehari pun masih bertenaga tau.. badan pun rasa segar dan semakin banyak pula idea dapat dijana.. hee~ tak la.. itu kakak gurau.. sedikit sebanyak Relief membantu kakak dalam mengawal emosi dan memberi rasa tenang..

lynnity_relief_essential_oil

minyak terapi yang tidak mengandungi bahan kimia merbahaya ini selamat digunakan tanpa ragu-ragu.. nah !! sapukan saja pada kaki dan tangan termasuklah sendi-sendi yang tidak selesa dan biarkan seketika sehinggalah ia meresap lembut ke dalam kulit.. em.. bau dia tak perit seperti minyak angin sebaliknya berbau lembut dan menyegarkan..

KANDUNGAN LYNNITY RELIEF

sudah tentulah dari bahan-bahan yang berkualiti dan terjamin, seperti ;

  • Mentha Piperita  ( Peppermint ) oil
  • Abies Balsamea ( Balsam Canada ) needle oil
  • Eugenia Caryophyllus ( Cengkih ) bud oil
  • Cocos Nucifera ( Coconut ) oil
  • Lavender Flower
  • Hawaiian Sandalwood
  • Sun Flower
  • Eucalyptus Leaf
  • Clary Sage Flower
  • Roman Chamomile Flower
  • Cedarwood Wood
  • Ylang Ylang Flower
  • Geranium Plant

disebabkan saiznya yang comel yakmat, kakak memang simpan dalam handbag jek.. senang nak bawa ke mana-mana dan digunakan bila-bila masa kecemasan.. roll-on jek kat mana tempat yang korang rasa tak selesa dan buatlah urutan ringan.. serius memang berbaloi..

ANAK KURANG FOKUS DI DALAM KELAS

ya !! ini masalah semua pelajar kot.. lagi-lagi yang aktif macam Nur Aiman.. adoi.. dah la susah nak fokus, lasaknya bukan main.. ada je akal nak mengusik sana sini.. hee~ kakak ambil Lynnity Relief ni dan sapu ke sendi-sendi utama pada tubuh Nur Aiman.. hasilnya ? Nur Aiman nampak lebih tenang dan mudah untuk serasikan diri dengan keadaan baru.. kalau selesema pun, kakak calitkan pada batang hidung anak-anak dan sedikit pada dada..

lynnity_relief_essential_oil_1

jatuh cinta ?

ah !! sudah tentulah.. hee~ sebagai ibu dan surirumah yang sangat menitik beratkan soal kesihatan, kakak perlu peka dengan setiap bahan yang kakak gunakan di rumah dan kakak memilih produk yang berkualiti dan organik..

keharmonian keluarga sebahagian dari tanggungjawab seorang ibu tau..

nak jadi ibu yang bijak macam kakak ? jom !! klik link di bawah ya..


atiehilmi.com

You May Also Like

1 comments