SET HADIAH ENCHANTEUR ; SERLAHKAN WANGIAN CINTA

by - January 29, 2018

ha ? susah ke nak cari hadiah untuk wanita kesayangan korang ? tak kira lah untuk mak ke, mak mertua ke, kakak ke, adik perempuan ke, sepupu perempuan ke, kawan perempuan ke.. serius la susah ? hee~ 

enchanteur_paris_malaysia_london_newyork

ntah.. pada kakak, yang juga seorang wanita.. menerima hadiah dari yang tersayang adalah moment terindah walaupun harganya tidak seberapa tapi ingatan itu yang menjadikan memori indah.. wah !! gittew—kalau korang pening pening lalat, ni ha.. kakak cadangkan Set Hadiah EDT Enchanteur Paris..

wangian mewah yang didatangkan dalam bentuk hadiah dibungkus rapi dengan kotak ini mempunyai pelbagai pilihan bau, seperti :

  • Set Belle Amour & Mon Amie
  • Set Mon Amie & Adore
  • Set Mon Amie
  • Set Mon Amie & Charming
  • Set Belle Amour & Romantic

yang setiap satunya mempunyai bauan bunga dan buah-buahan unik.. waa.. makin wangi – lah penerima nanti kan dan makin naik la seri wajah nanti.. hee~

set_hadiah_minyak_wangi_enchanture
mon amie – my friend

set_hantaran_minyak_Wangi_murah_enchanture
belle amour – beautiful love

dalam satu kotak cantik ni, didatangkan dengan 2 ( dua ) botol minyak wangi Enchanteur bersaiz 15ml yang mempertaruhkan bauan flora yang sangat lembut tetapi wangi.. sesuai dengan keperibadian wanita yang sememang asalnya lembut dan berkarisma tinggi..

kakak berani jamin, lepas korang sembur jek mesti mood korang helok sepanjang hari.. set yang cantik ini sangat sesuai dijadikan hadiah mahupun koleksi peribadi.. kenapa ? haa.. tengok la botol comel dia tu.. hee~ cantik !! siap ada bentuk reben segala semua..

kalau minyak wanginya dah habis pun, tak ralat nak simpan dan jadikan hiasan..

enchanteur_perfume_set

disebabkan saiznya yang MINI, kakak boleh bawa kemana sahaja.. hee~ letak jek dalam beg tangan, boleh sembur bila perlu.. al-maklum la.. sejak bekerja yang memerlukan kakak sering berjumpa dengan orang ramai dan entah siapa-siapa, kadang-kadang tu sehari suntuk tak jumpa rumah tapi dengan adanya set mini ni kakak dapat elakkan kemungkinan yang bakal terjadi.. kan ? siapa tahu.. kiranya botol mini semburan dari Enchanteur ni macam firstaid kit la untuk orang yang kerja macam kakak..

korang boleh jek beli online kat mana-mana portal jualan seperti Lazada dan Shopee tapi kalau nak walkin mana-mana farmasi seperti Watsons dan Guardian pun sama jek.. harganya tetap RM 23.50 untuk semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak..

nah !! untuk rujukan korang..


haa.. masih pening kepala nak cari hadiah buat yang tersayang ? hee~ kan kakak dah bagi jalan terbaik ni.. walaupun murah tapi MAHAL tau--

atiehilmi.com

You May Also Like

0 comments