SIRI MANDIAN CARRIE JUNIOR SELEKSI SUKAN UNTUK KANAK-KANAK AKTIF

by - January 26, 2018

ehem.. ehem.. tengok tajuk pun dah tau kakak nak cerita apa.. kan ? hee~ memang tak sah kalau sabun mandian anak-anak sedikit special berbanding sabun mandian untuk orang dewasa lagi-lagi siri mandian Carrie Junior yang baharu ni.. sangat sesuai untuk bayi dan kanak-kanak..

bintang_carrie_junior

baru-baru ni ketagihan kakak terhadap mandian kanak-kanak semakin memuncak bila Nur Aiman dah pandai memilih sabun yang wangi dan banyak buih.. maklum la.. sejenis yang suka duduk dalam bilik air berjam jam tak reti nak masuk.. hee~ memang rezeki dia jugak ni, Carrie Junior sudi ‘belanja’ stok sabun mandian sebotol besar ha.. boleh la tahan 2 – 3 bulan kalau mandi berdua..

CARRIE JUNIOR

Carrie Junior telah berada dipasaran selama 20 tahun dan masih utuh memberi perkhidmatan dalam membekalkan produk penjagaan diri bertaraf premium untuk kanak-kanak sering meningkatkan kualiti produk yang menggalakkan amalan kebersihan yang baik disamping memberi keseronokan semasa mandi..

cuma kali ni, packaging Carrie Junior didatangkan dengan seleksi Sukan Ria yang sedikit sebanyak membantu mempertingkatkan perkembangan imaginasi kanak-kanak.. umum tahu, minda kanak-kanak menjadi semakin kuat apabila mampu berimaginasi dengan baik.. bersama Carrie Junior yang sentiasa menggalkkan keseronokan semasa mandi turut menekankan interaksi positif semasa bermain termasuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan cara lebih kreatif..

mainan_carrie_junior
sesekali main board game.. hee~ kelakar..
carrie_junior
family time !!

terkenal dengan figura comel dengan identiti tersendiri :

  • Carrie Junior – si gajah yang suka bermain bola sepak
  • Speedy Tommy – si kura-kura yang pantas di atas trek larian
  • Tuffy Teddy – si beruang yang kuat
  • Dribbly Minky – si racoon yang mahir selok belok sukan hoki
  • Smashy Macky – si monyet yang tangkas bermain ping pong
dan !! trofi yang bakal menjadi rebutan !! hee~ kat mana ? korang boleh tengok dibelakang botol mandian Carrie Junior bersaiz 700ml ni.. kiranya dalam pertandingan board game antara Nur Aiman – Nur Aina – Encik Suami, yang menang akan diberi mandat untuk buka hadiah kat botol ni haa.. ternyata !! kemenangan milik Nur Aiman !! yeay !! trofi berpindah milik dari Carrie Junior kepada hero kami..

sabun_mandi_carrie_junior

kalau sebelum-sebelum ni ada jek koleksi mainan yang ‘disorokkan’ tapi untuk seleksi Sukan Ria ni nampak lebih GAH sebab ada trofi kan.. selain meransang perasaan ingin tahu dalam diri anak-anak, aktiviti sebegini mampu mendidik mereka nilai-nilai murni orang Asia khususnya yang penuh dengan tatasusila dan adab.. dah kalau main board game camni, tak sabar ; boleh bergaduh tau.. hahahah~

carrie_junior_malaysia

anak korang memang gemar mengumpul pelbagai koleksi mainan ? haa.. inilah masanya korang pun sertai minat anak-anak sebab dengan setiap pembelian Carrie Junior Baby Bath, Carrie Junior Baby Hair & Body Wash dan Carrie Junior Kids Shampoo bersaiz 700ml, korang akan dapat mainan tersembunyi tu.. comel weyh !! sabun / syampu dapat, mainan pun dapat ; kan dah jimat tu..

nah !!

untuk informasi terkini..


Nur Aina merengek nak jugak hadiah tersorok kat botol tu.. alamak.. nampak gayanya kena beli lagi sebotol 700ml ni.. hee~


You May Also Like

3 comments

  1. Jangan kata anak-anak, Kak Sue pun suka bau mandian n syampu dari Carrie Junior nie Atie..

    ReplyDelete
  2. carrie junior ni mmg pilihan ibu2 bijak tau..hehe

    ReplyDelete
  3. set mandian carrie junior fav ankdara..wangiiiii

    ReplyDelete