MATA DISELAPUTI TAHI ? NORMAL ATAU TIDAK ?

fuff—dua tiga menjak ni mata kakak selalu ada tahi mata dan kelopak mata menjadi kemerahan dan sakit macam lebam.. em.. tak tau nak explain cemana tahi mata tu tapi memang siap berlendir pada waktu siang dan berkuping selepas bangun dari tido..

selaput_tahi_mata

korang pernah tak kena masalah macam ni ? em.. serius kakak risau gak sampai tak berani nak pakai contact lens walaupun tak pasti apa punca sebenar.. huu~ setahu kakak la.. tahi mata sebenarnya normal jek lepas kita bangun dari tidur tapi kalau terlampau banyak dari biasa, memang tak normal rasanya..

kalau ikut pembacaan kakak, tahi mata merupakan kombinasi lendir – minyak – sel-sel kulit – serpihan lain yang terkumpul semasa kita tidur yang berfungsi sebagai perlindungan sebab ia mengeluarkan bahan buangan dan serpihan yang mungkin merbahaya untuk kornea mata..

penyakit mata berlaku apabila mikroorganisma merbahaya – bakteria – kulat – virus menyerang mana-mana bahagian bola mata atau kawasan sekitarnya termasuklah permukaan depan mata ( kornea ) dan membran lembab nipis yang melapisi mata luar dan kelopak mata dalam ( konjunktiva )

tahi mata berlebihan yang kakak maksudkan, dia macam berwarna kuning kehijauan dan berkupingpada kelopak mata membuatkan susah untuk kakak buka mata dengan betul.. pada waktu siang, kakak perasan ada lendir yang ‘tersorok’pada kelopak mata ( belah dalam ) dan bila ditarik dia macam benang ( cemana nak explain eh ? hahahaha~ korang faham kan ? )


SIMPTOM JANGKITAN MATA

  • mata merah
  • sakit
  • berair
  • kering
  • sensitif terhadap cahaya
  • bengkak di sekeliling mata
  • gatal-gatal
  • penglihatan kabur

simptom_sakit_mata

kalau korang ada simptom ke semua atau salah satu darinya, memang kakak sarankan untuk berjumpa dengan doktor mata untuk melakukan pemeriksaan secara terperinci bagi mengelakkan pelbagai kemungkinan yang akan berlaku.. haa.. takutkan ? ye la.. mana ada jual mata spare kat kedai.. sebab tu kena jaga sebaik mungkin.. hee~

dalam kes kakak, hampir dua minggu kakak berperang dengan jumlah tahi mata yang banyak dan memerlukan kakak berehat dari menggunakan contact lens.. maka.. terpaksa la kakak pakai cermin mata ke hulu ke hilir dan dalam masa yang sama ia juga membataskan pergerakan kakak.. dah biasa melasak tetiba nak kena bersopan sikit sebab CERMIN MATA.. siapa yang lalui jek akan faham..

nah !!
kakak share dari apa yang kakak baca dan faham..


JENIS DAN PUNCA JANGKITAN MATA


1 : ULSER KORNEA

  • kornea merupakan lapisan luar mata dan mempunyai permukaan berbentuk kubah dan sedikit jernih yang meliputi hadapan mata.. kornea juga membantu untuk fokus cahaya ke retina.. jangkitan pada kornea boleh berlaku apabila bakteria berjaya memasuki kornea melalui luka atau kecederaan pada permukaan kornea.. siapa yang berisiko tinggi ? ya !! pengguna contact lens ( macam kakak.. huu~ ) itu pun kalau cara pemakaian dan penjagaan contact lens tak betul..
  • simpotom ulser kornea :
    • sakit mata yang teruk
    • mata merah
    • mata berair
    • berpasir atau berbiji
    • sensitif pada cahaya
    • pandangan menjadi kabur
  • ulser kornea adalah masalah SERIUS yang boleh mengancam penglihatan kerana sesetengah bakteria sangat agresif dan boleh menembusi kornea dan menyebabkan jangkitan dalam bola mata ( endophthalmitis ).. kalau ada simptom seperti di atas, mungkin korang kena cepat-cepat berjumpa dengan pakar mata..

2 : GLAUKOMA AKUT

  • ni kes kritikal ni.. hee~ ia terjadi berikutan peningkatan tekanan bebola mata yang mendadak disebabkan oleh masalah pengaliran cecair dari dalam ke luar mata.. bola mata menjadi keras dan menyebabkan kesakitan yang teramat sangat..
  • simptom glaukoma akut :
    • sakit mata yang mendadak
    • penglihatan menjadi kabur
    • pendangan berpinar
    • mata merah
    • sakit kepala
    • loya dan muntah-muntah
  • kalau korang dah ada simptom seperti di atas, korang memang tak boleh bernanti-nanti lagi.. cepat-ceat jumpa doktor mata untuk menghentikan serangan..

3 : UVEITIS

  • ia merupakan penyakit radang okular yang melibatkan lapisan dalam mata seperti iris, badan siliari dan koroid.. sesetengah ke uveitis disebabkan penyakit sistemik seperti Rheumatoid Arthritis ( radang sendi ), jangkitan kuman dan juga barah.. uveitis boleh melibatkan satu atau kedua-dua belah mata dan ia tidak berjangkit..
  • simptom uveitis :
    • sakit mata
    • sensitif pada cahaya
    • pandangan menjadi kabur
    • mata merah
    • kadang kala mengalami floaters ( kelihatan bayangan terapung di hadapan mata )
  • kelewatan merawat uveitis boleh menyebabkan komplikasi seperti katarak dan glaukoma..

JENIS-JENIS TAHI MATA


1 : BERWARNA KELABU ATAU KEHIJAUAN
  • ia adalah tanda jangkitan mata yang disebabkan oleh bakteria yang membuatkan korang susah nak buka mata pada waktu pagi dan ini adalah disebabkan oleh pyogenic bakteria..

2 : MUKUS MATA BERWARNA KUNING
  • ia disebabkan oleh blepharitis yang disebabkan oleh pelbagai faktor termasuklah jangkitan bakteria, dermatitis seborrheic, kelenjar minyak, kutu atau bulu mata ataupun alahan kepada ubat-ubatan tertentu..
  • ia menjadikan mata kemerah-merahan, kelopak mata bengkak, mata berair dan gatal..

3 : YELLOW OR WHITE BALLS OF EYE MUCUS
  • ia belaku apa bila mata menjadi kering apabila hormon dalam badan bertindak mengurangkan pengeluaran air mata.. antara sebab lain termasuklah pendedahan terus kepada cahaya matahari, alahan kepada ubat-ubatan, persekitaran berangin dan kering serta terdedah kepada asap rokok.. kalau korang memang ada sejarah kecederaan mata sebelumnya, ia turut mempengaruhi jangkitan ini..

4 : TAHI MATA TEBAL DAN BERKERAK
  • ia mungkin disebabkan oleh konjunktivitis virus termasuklah jangkitan bakteria seperti chlamydia atau gonorrhea yang memberi rasa tida kselesa pada mata.. turut mempengaruhi masalah ini ialah penggunaan alatan kosmetik sehari-hari dan terdedah kepada persekitaran tidak bersih..

5 : WHITE STRINGY EYES
  • berpunca dari dacryocystitis yang merupakan keradangan di dalam kantung airmata dan jangkitan ini boleh menjadi semakin kronik jika tidak dirawat segera..

6 : PARTIKEL MUKUS YANG KECIL DAN KERING
  • ia mungkin disebabkan oleh konjunktivitis yang memberi kesan kepada bahagian kelopak mata dan bahagian putih mata yang juga dikenali sebagai konjunktiva.. kebiasaannya, ia disebabkan oleh bahan-bahan yang menyebabkan alahan yang mengakibatkan kelopak mata menjadi bengkak, berair dan gatal-gatal..

7 : MUKUS YANG BERAIR
  • ia berpunca dari ketulan kecil yang terdapat di dalam atau di luar kelopak mata, sedikit menyakitkan dan selalunya dipenuhi dengan nanah.. jangkitan ini disebabkan oleh bakteria staphylococcus..

tahi mata korang kat nombor berapa ? hee~  tak kisah la nombor berapa pun, tapi kalau tak selesa dan menyakitkan sehingga menggangu aktiviti seharian cepat-cepat pergi jumpa doktor.. okay ? jaga kesihatan mata sebab mata tak de jual spareparts !!

blogger_malaysia

1 comment:

  1. Memang kena jumpa doktor kalau ada masalah kesihatan kan. Mana nak cari spare mata pulak

    ReplyDelete

Powered by Blogger.