BRAND’S® INNERSHINE PATI PRUN MENGEMBALIKAN SERI WAJAH DAN MENCANTIKKAN KULIT

siapa la yang tak kenal dengan jenama gah Brand’s® yang sudah bertahun-tahun menempa tapak dalam industri makanan kesihatan dan kecantikan untuk segenap usia.. nah !! kali ni kakak berpeluang merasai sendiri produk terkenal mereka iaitu Innershine Pati Prun yang memang kakak target dapat membantu merawat masalah kulit kakak dari dalam.. wee—teruja kan ? kan ?

brand's_innershine_pati_prun

dari sehari ke sehari kakak nak try sebenarnya tapi bila mengenangkan banyak perkara yang perlu kakak utamakan, kakak tangguh la dulu.. bila dah bertangguh, lama-lama terlupa sampai lah masalah kulit muka kusam semakin merisaukan kakak.. fufff—sedih dan terkilan sebab tak bertindak dengan lebih pantas untuk merawat masalah kulit.. memang pada dasarnya kulit muka kakak tak bermasalah teruk mana, tapi kerap bertukar produk kecantikan sedikit sebanyak memberi impak negatif pada kulit.. hee~


NEKAD !!


Tips Kecantikan Mudah

kakak kena grab barang sekotak dua untuk diri sendiri !!


PUNCA KULIT KUSAM



ya !! dalam kes kakak, kulit kusam berpunca dari penggunaan produk kecantikan yang tidak sesuai dan kerap terdedah kepada cahaya matahari terik.. em.. selain dari tu mungkin ada juga aspek pencemaran alam sekitar ( asap kenderaan / habuk ), tekanan kerja dan rutin pengambilan makanan serta minuman yang tidak sihat membuatkan toksin terkumpul dalam badan.. nah !! secara mudahnya, ia terpancar pada kulit wajah yang tidak sihat..

korang ?

apa punca kulit korang bermasalah ? hee~ semak !! semak !!


INNERSHINE PATI PRUN



nak raya gaissss dan kakak nak sangat jimatkan duit dari membuat pembelian barang mekap macam tahun-tahun lepas.. phewww—dan berharap sangat ia berkesal mengembalikan kulit yang sihat dan bertenaga.. rasa down juga bila ada jerawat dan parut jerawat bersepah sampai nak kena tutup dengan banyak layer foundation plak.. bila nak bersihkan, lagi satu hal.. penat dan banyak membazir..








first !! memang kakak akan study la dulu untuk faham cemana Innershine Pati Prun ni berfungsi.. kakak suka dan yakin dengan kandungan untuk setiap botol jenama Brand’s ni, selain mengandungi vitamin E yang membantu melindungi sel kulit daripada kerosakan akibat radikal bebas, ia juga mengandungi :


  • SERAT untuk membantu mengekalkan sistem penghadaman yang sihat dan melancarkan proses pencernaan
  • ANTIOKSIDAN yang dua kali lebih banyak dari buah-buahan lain turut membantu melambatkan proses penuaan supaya kulit kelihatan sihat dan awet muda


didatangkan dengan botol kecil untuk sekali minum, tekstur untuk setiap satunya lebih pekat berbanding jus prun yang biasa terdapat di pasaran dan rasa ‘manis’ adalah daripada pati prun yang segar tanpa gula – perisa – pengawet tambahan ( siapa kenal kakak, akan maklum betapa kakak mengambil berat dengan setiap kandungan makanan tambahan harian kakak.. hee~  cerewet is awesome !! )


iNNERSHINE PATI PRUN

kakak minum sebotol sebelum tidur dan lepas minum kakak tak ambil apa-apa makanan lansung sebaliknnya hanya minum air dari penapis air jek.. hee~  nak kesan yang cepat ? dengar cakap okay ? kenapa waktu malam ? bila badan berehat, proses nyahtoksin dapat dilakukan dengan baik dan sekaligus membantu Innershine Pati Prun melakukan ‘kerja’ pembersihan.. esoknya ? CONFIRM membuang weyh.. dia punya lega lain maciam..

tapi tu la tu.. untuk apa jua jenama dan produk untuk kecantikan, nak tak nak korang memang kena consume paling kurang 2.5 liter air masak sehari dan tak boleh tidak !! badan kita sendiri pun memerlukan air untuk kekal cergas dan cerdas disamping menjamin organ dalaman terjaga.. tanak la asyik fokus untuk kulit cantik jekkkkk.. biar cantik luar, dalaman terjaga.. gittew--


KENAPA PATI PRUN ?



korang tau kan buah prun banyak kelebihan dari segi kesihatan dan kecantikan.. tau kan ? ha ? tak tau ? adoi.. tak pe.. tak pe.. kakak bagitau.. hee~

prun mampu mengelak penyakit diabetes dan obesiti.. kenapa ? dengan kandungan serat yang tinggi ia mampu mengekalkan kadar gula dalam darah agar sentiasa berada pada tahap yang baik.. serat jenis larut ini bertindak memperlahankan proses perkumuhan secara baik agar proses penyerapan gula dalam darah tergendala..

bukan tu jek tau.. serat jenis larut adalah kunci untuk membuatkan kita berasa kenyang dengan lebih lama.. nah !! nak kurus jugak ? okay.. sila beli pek ungu yang menggoda ini.. hahahaha~


KESAN SAMPINGAN



ntah !! pada kakak tak de la teruk mana pun lepas konsisten menjadi peminat Innershine Pati Prun selama 5 hari ni sebab kakak dah biasa buat detox, kalau setakat membuang pada waktu pagi tu memang biasa sangat lah.. kan normal kan kalau setiap pagi kita dating dengan Mr. Tan untuk singkirkan segala keladak yang bergumpal dalam usus tu.. kan ? rasa lega dia lain macam apatah lagi bila kesan sampingan paling ketara terpancar pada wajah.. nah !!

lenlain ? takde.. kulit muka jadi semakin cerah dan licin, ada la kot.. tu kira kesan sampingan la kan ?


HARGA INNERSHINE PATI PRUN



kalau nak dibandingkan dengan pelbagai jenama produk untuk mencantikkan kulit yang dikeluarkan dalam bentuk cecair ( teksture yang sama macam Innershine Pati Prun ) kakak berani jamin harganya jauh lebih mahal berbanding harga Innershine Pati Prun ni.. dan kesan pula tidaklah ‘se-gah’ nama mereka..


6 botol x 42ml = RM 32.00
12 botol x 42ml = RM 58.00


( bergantung pada harga pasaran semasa, jadi !! korang kena rerajin la pergi survey kat farmasi dan pasaraya terkemuka.. )

harga_innershine_pati_prun

bertepatan dengan slogan Brand’s® Innershine Pati Prun : CANTIK SEMULAJADI, BERMULA DARI DALAM membuatkan kakak yakin inisiatif jenama terkemuka ini dapat membantu memberikan yang terbaik kepada pengguna..

apa lagi ?
sini lah..


LOVE ;
ATIE ADNAN


6 comments:

  1. Siapa sembelit pun sesuai kan amik prun ni?

    ReplyDelete
  2. Sgt suka ng innershine ni.. wlpun dh try byk produk lain.. last skali patah balik cari innershine smula.. rasa brtenaga.. muka pun mmg rasa yakin bila nk kluar.. hati pun rasa seronok.. duit pun jimat xla mhal sgt.. sy dpt rm52.90 utk 12 botol..

    ReplyDelete
  3. Baru mlm ni cuba, suka sgt rasanya, sedap :)

    ReplyDelete
  4. heee....tq for sharinggg....bguna jugak sbb bru je nk cuba malam ni...hehhee..tq sis😊

    ReplyDelete
  5. dah try 1 malam. best

    ReplyDelete

Powered by Blogger.