KELEBIHAN MADU ASLI LIMAU NIPIS AL-INTISAAR UNTUK KESIHATAN IBU HAMIL

Beberapa minggu yang lepas kakak sempat berborak dengan sahabat yang sedang hamil anaknya yang kedua tapi kali ni katanya morning sickness makin menjadi-jadi, lansung tak boleh nak buat kerja. Yang mampu hanya terbaring dan muntah-muntah sehari suntuk. Hee~ Sempat kakak kenalkan Madu Asli Limau Nipis Al-Intisaar untuk beliau mengawal rasa loya disamping menambah tenaga untuk meneruskan aktiviti seharian.

Khasiat_Madu_Asli

Sinonim dengan kisah-kisah dari pembacaan kakak sendiri, madu mengandungi 1001 khasiat untuk kesihatan bahkan mampu mengubati pelbagai penyakit apatah lagi untuk ibu yang sedang hamil.

Allah SWT berfirman : “dan Tuhanmu mewahyukan pada lebah ; “buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia.. kemudian makanlah dari tiap-tiap ( macam ) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan ( bagimu ).. dari perut lebah itu keluar minuman ( madu ) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia.. sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda ( kebesaran Tuhan ) bagi orang-orang yang memikirkan..”  -  ( QS. An-Nahl 68 - 69 )


KHASIAT MADU LEBAH



Kalau nak senarai satu persatu khasiat madu lebah ni memang panjang berjela nanti letih pulak korang nak membaca, kan ? Jadi ! Kakak senaraikan mana yang penting dan menjadi keutamaan saja ya.. Hee~ Madu lebah membantu :

  • Meningkatkan sistem imunisasi
    • Madu asli mengandungi enzim, vitamin, mineral dan mempunyai anti-bakteria

  • Menyingkirkan toksin dalam badan
    • Amalkan setiap pagi semasa perut masih kosong dengan pengambilan air suam bersama madu

  • Membantu mencantikkan kulit
    • Khasiat yang terkandung dalam madu dapat menentang radikal bebas, dengan pengambilan madu secara konsisten ( madu bersifat anti-penuaan ) bukan sahaja dapat mencantikkan kulit tapi awet muda juga

  • Membuang angin dalam badan
    • Kembung perut ? Minumlah segelas air suam bersama madu, confirm pelbagai angin berlumba-lumba keluar meninggalkan badan

  • Menguatkan daya ingatan
    • Menurut kajian saintifik, madu meningkatkan fungsi otak bagi membantu menguatkan daya ingatan

  • Mengurangkan berat badan
    • Madu asli dapat mengurangkan 64% kalori di dalam badan sekali gus membantu menyeimbagi berat badan

Itu kalau madu asli – lah, tapi macamana kalau nak dikawankan madu asli dengan PATI LIMAU NIPIS ? Dah la rasa madu tu manis-manis ditambah pula dengan masam-masam limau nipis ( kecur airliur !! ) mesti sedap dan khasiatnya menjadi sekali ganda. Kan ?


MADU ASLI LIMAU NIPIS AL-INTISAAR



Menjadi ibu di dalam organisasi kecil di rumah sedikit sebanyak menjadikan kakak seorang yang optimis tentang kesihatan suami dan anak-anak. Al maklum lah, semakin hari dunia semakin mencabar dengan keadaan cuaca yang tidak menentu. Memang kami amalkan madu asli di rumah sebagai benteng usaha untuk mengurangkan kekerapan melawat doktor di klinik atau hospital. Hahahaha~

Ironinya, minggu lepas Nur Aiman batuk berkahak dan diselangi selesema yang berlendir, kakak memang tak tunggu lama terus suakan satu sudu Madu Asli Limau Nipis Al-Intisaar sebagai alternatif dengan harapan batuk dan selesemanya semakin berkurangan. Alhamdulillah. Asbab percaya dengan khasiat madu lebah asli, Nur Aiman sihat dan tiada saki baki batuk serta selesema selepas dua hari.

petua_hilangkan_batuk_selesema_tanpa_ubat

Ni dah sihat, Nur Aiman masih menjadi konsumer yang berdisiplin sebab dia memang tak suka sakit nanti tak boleh nak melasak.. Hee~


KHASIAT MADU UNTUK IBU HAMIL



Secara keseluruhannya, madu memang sangat berkhasiat dan dapat membantu menyembuhkan pelbagai penyakit disamping meningkatkan sistem imun badan untuk pengamalnya termasuklah untuk ibu hamil serta kandungan. Semasa hamil, apa yang dimakan oleh ibu akan menjadi sumber makanan untuk bayi yang dikandungkan. Nampak ? Hee~ Kalau ibu memanfaatkan makanan sunnah sekaligus bayi juga mendapat manfaat yang sama. Satu proses yang menarik !

Ibu yang hamil boleh menjadikan madu sebagai ‘supplement’ harian sepanjang tempoh kehamilan bagi membantu :

  • menjadi sumber tenaga yang baik sepanjang hari
  • mengurangkan kesan alahan seperti muntah-muntah ( morning sickness )
  • membantutkan pertumbuhan bakteria yang menjadi penyebab ulser
  • mencegah penyakit seperti batuk dan selesema, diabetes, darah tinggi dan kencing kotor yang biasa menyerang ibu hamil
  • menghindari jangkitan penyakit hepatitis B
  • membantu pembentukan fizikal dan mental janin supaya membesar dengan sempurna dan matang
  • merawat pedih ulu hati yang memang sinonim dengan wanita hamil

petua_menangani_masalah_morning_sickness

Rasanya yang masam-masam manis pastinya satu sudu pun tak cukup. Hee~ Macam Nur Aiman lah, kalau terlepas pandang boleh habis sebotol dijadikan air. Sebab cara pengambilan pun senang je samada boleh dimakan terus ataupun larutkan dalam air suam dan minum pada waktu pagi semasa perut kosong dan sebelum tidur.

Kalau korang tak suka dengan rasa limau – masam, mungkin boleh cuba kepelbagaian rangkaian madu asli keluaran Madu Al-Intisaar sebab dorang ada juga perisa Asli Dengan Sarang Lebah, Asli Dengan Halia, dan juga Asli Dengan Mangga.

madu_asli_al_intisaar

Kalau sebelum-sebelum ni korang rajin beli madu dengan pelbagai jenama, mungkin korang boleh cuba madu dari jenama Al-Intisaar ni sebab kakak dah test biarkan madu kat atas meja makan semalaman tapi tak de semut pun yang hurung. Maksudnya, madu keluaran Al-Intisaar adalah madu asli. Hee~  Kalau nak dibandingkan harga madu yang berada dipasara, kakak rasa jenama Al-Intisaar ni pun sangat berbaloi setanding khasiat yang dibekalkan. Tak kisah lah dengan cara apa korang nak makan madu ni asalkan makan.




DAN !!
Kalau korang mencari peluang perniagaan dengan menjadi pengedar atau ejen yang bernaung di bawah jenama Al-Intisaar, korang boleh terus hubungi : WHATSAPP AL-INTISAAR


LOVE ;
ATIE ADNAN


3 comments:

  1. Madu asli memang banyak kebaikkan khasiat utk luaran dan dalaman

    ReplyDelete
  2. sedapnya ada rasa masam-masam kan?
    akak boleh la makan dari rasa manis je..leh beli utk anak-anak amalkan

    ReplyDelete
  3. jemput singgah :) https://messarah.blogspot.com/2018/11/life-update-mese-occupato-busy-month.html

    ReplyDelete

Powered by Blogger.