KARNIVAL YEAR END ZAKAT ( YEZ ) 2018 ANJURAN PUSAT PUNGUTAN ZAKAT – MAIWP

by - December 01, 2018

Ngam elok menjelang awal cuti sekolah bila Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ( PPZ – MAIWP ) menganjurkan Karnival Year End zakat ( YEZ ) siri 2018 yang bertempat di perkarangan Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju selama dua hari.

karnival_year_end_zakat_2018

Karnival yang berlansung selama dua hari pada Sabtu dan Ahad bermula dari 9.00 pagi hingga 9.00 malam menghimpunkan lebih 90 booth jualan termasuklah pelbagai kaunter-kaunter informasi bagi membantu pengunjung mendapat informasi secara berdepan.

Ia merupakan satu usaha mempromosikan dakwah zakat dengan lebih meluas di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan agar ia dapat meningkatkan prospek pembayar zakat dan secara tidak lansung meningkatkan kutipan zakat.

karnival_year_end_zakat_2018 (2)

Bagi mendekatkan umum tentang kewajipan berzakat terutamanya tentang zakat harta dan juga sebagai satu landasam kecemerlangan diri umat Islam kepada penghayatan agama dengan pelbagai aktiviti keagamaan yang disediakan oleh PPZ-MAIWP.

karnival_zakat_akhir_tahun_2018

Aktiviti sokongan seperti Karnival YEZ 2018 ini amat perlu dilaksanakan agar ia dapat menarik lebih ramai golongan masyarakat Islam dari pelbagai lapisan umur dan jantina. Pelbagai aktiviti yang menarik turut disediakan untuk kanak-kanak dan juga golongan dewasa termasuklah memanah, pertandingan azan, pertandingan mewarna, pertandingan Masterchef bersama Chef Zubir.



MAJLIS PERASMIAN YEZ 2018


Majlis yang dirasmikan oleh Datuk Che Mat Che Ali yang juga merupakan Pengerusi PPZ-MAIWP menekankan beberapa perkara tentang betapa wajibnya menunaikan zakat yang selama ini kakak sendiri tak tau. Semakin ramai orang yang berkemampuan menunaikan zakat semakin ramai golongan wajib terima zakat dapat dibantu.



Daripada Ibnu Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda :
“Agama Islam ditegakkan atas lima perkara, iaitu mengucap dua kalimah syahadat, 
mendirikan sembahyang fardhu, mengeluarkan zakat, menunaikan haji ke Baitullah 
( jika mampu ) dan berpuasa pada bulan Ramadhan..”

- al-Bukhari dan Muslim



majlis_perasmian_karnival_year_end_zakat_2018

Membayar zakat merupakan satu kewajipan yang mesti dilakukan oleh semua umat Islam yang telah cukup syaratnya bertepatan dengan apa yang dinyatakan di dalam Al-Quran – Allah SWT telah menjanjikan balasan-balasan yang baik bagi mereka yang mengeluarkan zakat. Terdapat kaunter zakat yan telah disediakan bersempena YEZ 2018 untuk korang bertanya dan memahami serba sedikit tentang zakat secara terus dari barisan urusetia yang terlatih. Nah !! Masa ni lah nak memcahkan tembok keraguan.



KARNIVAL YEAR END ZAKAT 2018


Karnival YEZ 2018 ini juga mengambil peluang untuk memberi reward kepada pembayar zakat yang menyertai Kempen Jom Sertai Skin Thohir 2018 dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuklah Pakej Umrah untuk dua orang, pakej percutian bernilai RM 5,000.00, barangan elektrik dan juga wang tunai. Untuk sesi ni dah ada pemenang tapi sesi 2019 mana tau ada rezeki korang kan ? Hee~ Tak nak balik dengan tangan kosong ? Hee~ Jangan risau, terdapat pelbagai pertandingan dan giveaway yang dilakukan secara berkala menawarkan pelbagai hadiah yang menarik.

simpanan_skim_thohir_zakat

Secara keseluruhannya, terapat 90 buah gerai jualan yang mengambil bahagian memeriahkan Karnival YEZ 2018 selama dua hari pada minggu ini dan menjangkakan lebih 2000 orang pengunjung yang turut serta bersama-sama mewarnai kemeriahan ini. Pelbagai aktiviti menarik dengan penampilan ikon kanak-kanak iaitu maskot Omar & Hana serta Didi & Friends sudah pastinya mampu menarik perhatian pengunjung muda.

aktiviti_karnival_yez_2018_wangsamaju

Ramai selebriti yang akan turun padang untuk sama-sama memeriahkan Karnival YEZ kali ini seperti kumpulan nasyid popular Raihan, Hijjaz dan Saujana turut membuat persembahan bagi menghiburkan para pengunjung manakala Man Raja Lawak, XPDC, Heliza Helmi dan Hafiz Hamidun juga bersama-sama memeriahkan konsert YEZ pada malam ini. Tidak ketinggalan barisan penceramah terkenal seperti PU Rahmat, PU Amin, PU Idris, Dato’ Siti Nor Bahyah dan Ustaz Wan Akasyah sudah pastinya berjaya menyuntik ilmu baharu buat pengunjung.

karnival_yez_2018

aktiviti_karnival_year_end_zakat_2018

pusat_pungutan_zakat_kuala_lumpur

perniagaan_asnaf_pusat_pungutan_zakat


perniagaan_asnaf_bantuan_ppz


Memang seronok kalau ada aktiviti macam ni sesekali di samping memeriahkan kawasan masjid dengan aktiviti kemasyarakatan seperti ini, Karnival YEZ 2018 juga memberi manafaat kepada golongan asnaf untuk memasarkan produk jualan mereka. Semoga inisiatif PPZ-MAIWP mendapat sambut positif pada tahun-tahun berikutnya untuk menganjurkan aktiviti seperti ini.
Tahniah PPZ-MAIWP !!


malaysia_blogger

You May Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...