PELANCARAN TAS TANGAN VICTORIA SLOANE X SHOPEE

by - April 19, 2019

Peredaran musim sekaligus memberi kesan kepada dunia fesyen yang sinonim dengan pakaian, tas tangan termasuk lah barangan hiasan diri. Tidak melepaskan peluang, Puan Rita Dato’ Sosilawati turut melancarkan tas tangan Victoria Sloane baru-baru ini.


Ibarat rakan karib, tas tangan dan wanita memang tak dapat dipisahkan. Mengekalkan konsep asal wanita Asia dengan standard mutu Itali, Victoria Sloane merupakan tas tangan berkualiti antarabangsa pada harga mampu milik. Elegan – ringkas – menawan sudah pastinya menepati ciri-ciri wanita Asia.


VICTORIA SLOANE


Dengan rekaan eksklusif, Victoria Sloane TIDAK akan mengulang reka bentuk yang sama pada setiap keluarannya ; maksudnya kalau sekali tu meraka dah keluarkan tas tangan berbentuk bulat, mereka tidak akan mengeluarkan rekaan yang sama pada keluaran akan datang. Dan begitu lah seterusnya.


Didatangkan dengan warna-warna moden seperti merah, biru, hitam, coklat, silver dan warna-warna lembut seperti biru lembut, kuning cair dan beige sudah pastinya Victoria Sloane mudah dipadankan dengan pelbagai gaya. Sudah tentu sangat sesuai untuk wanita pelbagai usia dan juga kerjaya.
Terdapat LIMA jenis tas tangan melengkapkan tema Spring Summer 2019 iaitu :

    • Mempunyai enam warna berbeza iaitu – pink, dusty pink, sand, rosepink, hijau / kelabu / nude dan ungu / hijau / biru
    • RM 199.00
    • Variasi empat warna berani iaitu – merah, emas terang, biru dan coklat
    • RM 199.00
    • Cantik dengan empat warna pastel yang lembut iaitu – putih, pink, ungu dan ungu lembut
    • RM 189.00
    • Berani dengan empat warna iaitu – maroon, coklat cair, hitam dan silver
    • RM 179.00
    • Klasik dengan lima warna menawan iaitu – silver, emas, kelabu berkilat, hitam dan merah
    • RM 169.00

Turut mengambil peluang bekerjasama dengan e-dagang terkemuka di Malaysia, rangkaian tas tangan Victoria Sloane boleh juga didapati di aplikasi Shopee. Cuma muatturun aplikasi Shopee dan cari nama daftar RITA SOSILAWATI – nah !! Mulakan pembelian. Hee~ Nak lagi BEST ?




Korang boleh gunakan PROMOCODE di bawah untuk mendapat diskaun ya ; kod ini hanya sah digunakan pada satu akaun sahaja !!


Sementara tengah ada promosi dan free postage ni, kakak rasa waktu yang sesuailah kalau korang nak membeli. Ha. Tak selang berapa hari lagi nak gaji kan, mungkin dah ada bau-bau tas tangan RAYA ? Nah !!

Untuk maklumat lanjut, mungkin link kat bawah ni boleh membantu korang :



Tahniah buat Puan Rita Sosilawati dan juga pihak Shopee yang menjadi tulang belakang sempena majlis pelancaran ini. Well-- Teruja bila jumpa beliau yang murah dengan senyuman. Hee~ Manis 100% !!


LOVE ;
ATIE ADNAN

You May Also Like

2 comments

  1. Not bad gak ek..nanti ank.survey

    ReplyDelete
  2. apa ni apa ni, goda2 kita ngan handbeg..tau tak kita ni pengumpul handbag..saja je kakak ni tau..cntik beg yg no.3 tu..eh..kan dah terpikat..

    ReplyDelete