KU.KU DUCKBILL KINI BOLEH DIDAPATI DI RANGKAIAN BUTIK TATEH - atiehilmi.com - Malaysian Lifestyle Blogger

KU.KU DUCKBILL KINI BOLEH DIDAPATI DI RANGKAIAN BUTIK TATEH

by - July 10, 2019

Bila sebut je pasal baby mesti terbayangkan pelbagai kelengkapan baby yang comel sama juga dengan produk keluaran Ku.Ku Duckbill yang telah menembusi pasaran Malaysia baru-baru ini dengan kerjasama sepenuhnya bersama rangkaian butik baby terkemuka – Butik Tateh.

Butik Tateh Bangi

Mempunyai tapak yang kukuh selama 40 tahun bukan satu tempoh yang singkat untuk Ku.Ku Duckbill bangkit memperkenalkan jenamanya di seluruh dunia malah menguatkan lagi jaringan perniagaan ke beberapa negara lain seperti China, Jepun, Korea, Indonesia, Filipina, Jerman dan kini sudah ada di Malaysia secara EKSKLUSIF nya !! Hee~ Kakak yang belum ada baby ni pun teruja lagi-lagi bila dapat tau ada 1,200 jenis barangan keperluan baby mengikut umur. Comel angatttttttttttttt--


KU.KU DUCKBILL MALAYSIA ft. BUTIK TATEH


Menjalinkan kerjasama antara Ku.Ku Duckbill dan juga jenama butik ibu – baby terkemuka ; BUTIK TATEH bukan nama asing apabila mendapat mandat menjadi pengedar rangkaian produk Ku.Ku Duckbill yang mempunyai 17 cawangan di Malaysia.

PPSU

Jenama Ku.Ku Duckbill telah diasaskan oleh Pengurus Besar Jini Baby, Guan Lin Li semasa beliau dalam perjalanan ke Australia atas urusan perniagaan. Imej jenama itu berasal dari salah satu mamalia primitif yang telah hidup sejak sejuta tahun lalu dan masih wujud sehingga ke hari ini iaitu PLATIPUS. Oleh kerana ia dianggap sebagai berharga dan memerlukan habitat bersih untuk hidup, ia bukan sahaja menunjukkan kedudukan baby dalam fikiran setiap ibu dan ayah malah ia juga menunjukkan bahawa produk untuk baby mestilah mempunyai tahap penjagaan yang ber-standard tinggi. Dengan itu baby boleh membesar dan menjadi kuat sama sepeti Ku.Ku Duckbill.

Pengasas Butik Tateh

Memperkenalkan LAPAN dari 1,200 produk terbaharu, Ku.Ku Duckbill yakin penerimaan pasaran terhadap produk baby berasaskan organik dan juga kualiti yang telah diperakui oleh badan-badan bertauliah memberi gambaran berbeza terhadap kesihatan anak-anak yang menjadi pengguna. Nah !! Cuci matalah dengan produk terbaharu ni.


1. PPSU Standard Feeding Bottle 240ml

  • PPSU ( Polyphenylene Sulfone ) gabungan gelas dan plastik yang tidak mengandungi bahan kimia merbahaya
  • Ketahanan suhu sehingga 200 darjah selsius ( 392 fahrenheit ) untuk proses pensterilan
  • BPA – Free dan ringan
  • Puting diperbuat daripada silikon lembut yang tidak berbau, tidak berwarna dan tahan karat
  • Pengaliran udara yang unik membantu mengurangkan masalah kembung ( colic )

2. Milk Powder Container

  • Sesuai untuk susu formula dan juga makanan bersaiz kecil
  • Pembukaan berbentuk corong memudahkan proses menuang serbuk susu
Butik Tateh Senawang

  • Boleh juga dijadikan mangkuk makanan dan penutupnya dijadikan pelapik stabil
  • Kapasiti untuk setiap compartment : 420 ml / 4.5 sudu

3. Pecifier Bandana Bib

  • Diperbuat dari 100% material kapas
  • Bersaiz mudah suai mengikut keselesaan baby
  • Mempunyai tali untuk mengikat punting supaya tidak tercicir / hilang
Aksesori Baby Organik

4. Take – Apart Food Scissors

  • Bilah diperbuat daripada keluli tahan karat
  • Sesuai untuk memotong buah-buahan segar, sayuran, pasta dan beg susu formula
  • Pembukaan sehingga 8 cm
  • Pemegang yang seimbang membolehkan penggunaan tangan kiri atau kanan
  • Diperbuat daripada Polipropilena ( gred makanan ) yang mampu tahan kepanasan sehingga 100 darjah selsius

5. The Dream Of You Glass Wide – Nick Feeding Bottle – 240 ml

  • Diperbuat daripada kaca borosilat yang tahan lasak
  • Mampu menahan haba sehingga 600 darjah selsius
  • Membolehkan botol beralih suhu dengan selamat ( dari panas ke sejuk ; dari sejuk ke panas ) tanpa menjejaskan kualiti botol susu mahupun puting
  • Puting susu direka khusus untuk mengelakkan baby mengalami kembung

6. Swaddle & Sleeping Bag

  • Mengurangkan kejutan semasa baby sedang tidur
  • Mudah digunakan tanpa perlu membedung secara tradisional ( 3 saat siap !! )
  • Ada zip yang memudahkan proses menukar lampin
Produk KuKu Duckbill


7. Magic Disposable Breast Pads

  • Nipis, lembut dan ringan sehingga tidak terasa memakai pelapik
  • Penyerapan ultra sehingga 150 ml
  • Berbentuk kontur 3D bagi menyesuaikan bentuk payudara
  • Tidak mudah beralih kerana terdapat pelekat bagi memberi keselesaan terletak pada lapisan baju dalam

8. Macaron Orthodontic Baby Pacifier 0 Months And Above

Punting Anti-Jongang

  • Direkabentuk untuk ortodontik mengikut perkembangan tumbesaran mulut baby
  • Diperbuat mengikut piawaian European Safety yang memberi jaminan ketahanan silikon dalam tempoh masa yang lama
  • Tanpa bau, tanpa rasa dan tanpa pewarna yang boleh menjejaskan kesihatan baby

Rasa cam nak baby jugak ha. TIBERRRRR--

Kuku Duckbill Malaysia

Bila mengetahui dari mana produk tersebut dihasilkan dan apa yang terkandung pada produk tersebut sudah pastinya lebih ramai ibu dan ayah yang lebih meyakini sesuatu jenama – sama juga dengan matlamat Ku.Ku Duckbill yang mahu lebih ramai pengguna peka terhadap produk yang berkualiti dari segi pembuatan dan telah melakukan ujian-ujian klinikal bagi mengesahkan ia adalah SELAMAT untuk baby.

Kalau korang beminat untuk mencuba produk-produk rangkaian Ku.Ku Duckbill, boleh lah singgah ke 17 cawangan Butik Tateh yang terdekat atapun mungkin link kat bawah ni boleh membantu korang !!

FACEBOOK : Ku.Ku Duckbill Malaysia   |   Butik TATEH
INSTAGRAM : Ku.Ku Duckbill Malaysia   |   Butik TATEH

Butik Tateh

LOVE ;
ATIE ADNAN

You May Also Like

16 comments

  1. Alahai! comelnya botol dia
    Baby sumer dah besar gedabak hahahaa

    ReplyDelete
  2. mudah nak cari barang baby macam ni.. semua ada..

    ReplyDelete
  3. wah.. baru tau pasal produk ni.. tq share atie.. nanti akak jeling2.. kot2 ada rezeki utk yang kat dalam ni..

    ReplyDelete
  4. omg... this is so adorable. i wanna grab this as well!!! boleh buat gift lagi..

    ReplyDelete
  5. ala comey comeynya la hai.... 1st time dengar nama jenama ni.. cute la!! ini kalau beli kat kasih mau dia happy sgt2 ni...

    ReplyDelete
  6. Comelnya brand ni. Heheh. Ni kalau dapat kat yara. Mesti excited nak juga hahhaha

    ReplyDelete
  7. Alalala. Dah kenapa comel sangat produk Ku.Ku Duckbill nie? Ada juga Rawlins terbeli untuk simpanan. Rawlins memang pantang nampak benda comel camni.

    Yang penting, parents mesti dapatkan yang terbaik untuk cahaya mata ye.

    ReplyDelete
  8. geram semua dengan produk dia..heehhe..menarik sangat..nak sangat grab botol susu tu..hahaa..nanti la nak beli..nak terjah butik tateh

    ReplyDelete
  9. Alahai. Comelnya Kuku. Bertambah meriahlah koleksi barangan bayi kan. Bole jadikan hadiah buat mereka yang baru menimang cahaya mata.

    ReplyDelete
  10. Para ibu pasti suka dengan berita gembira ni, selain elegant dan berkualiti, botol produk ni juga selamat digunakan

    ReplyDelete
  11. First time dengar nama barangan bayi yg nie. Comel2 betul produk dorang. Nampak pon berkualiti. Ehemm, nak tambah lagi satu ke tu ? Tanya je tau. Kalau betul, tahniah

    ReplyDelete
  12. Baru pertama kali dengar jenama produk rangkaian untuk baby ni.Nampak menarik dan setiap barang ada fungsi yang very specific dan baik untuk baby.Boleh try ni sebab memang nak bagi untuk anak buah baru.hehehe

    ReplyDelete
  13. Kreatifnya.. Semua comel-comel. Botol susu dia pun comelnya :-)

    ReplyDelete
  14. Klu menantu tgk mesti suka sbb ada baby kecik mudah nk guna

    ReplyDelete