PROMOSI SELERA VIETNAM DI PHO STREET SEMPENA KEMPEN ‘WE ARE PHO EVERYONE’

Bila cerita pasal benda makan, memang tak sah peminat makanan singgah di Pho Street untuk melengkapkan misi meneroka selera Vietnam yang tengah ada promosi sempena kempen We Are Pho Everyone. Em—Promosi bukan calang-calang tau.

Pho Street Halal Ke Tak ?

Kalau nak makan, kakak sendiri cari makanan yang HALAL, sedap dengan harga yang berpatutan disamping persekitaran tempat makan yang santai dan pekerja yang ramah. Semua ciri-ciri berikut memang ada di Pho Street yang mempunyai enam cawangan keseluruhannya di Semenanjung Malaysia.


WE ARE PHO EVERYONE


INI YANG KAKAK NAK CERITAKAN !! Hee~

Promosi Makanan Vietnam di Kuala Lumpur

Dalam konteks WAJIB CUBA, Pho Beef Combination menggabungkan lima jenis daging iaitu meetballs, beef slices, beef shank, beef tripe dan beef tandons yang direneh selama lapan jam bagi menghasilkan rasa kuah ( atau mungkin sup !! hee~ ) yang manis dan memang mewah rasa daging. Hee~ Tidak dilupakan juga mee beras istimewa buatan tangan original dari Vietnam. Haish. Terliur !!

RASA : 5 / 5

Sempena meraikan Kemerdekaan Malaysia yang ke-62 tahun, Pho Street Malaysia berbesar hati memberikan harga yang terbaik untuk para pelanggan mereka ( termasuk kakak lah !! hahahaha~ ) untuk semangkuk Pho Beef Combination dengan harga RM 0.62 jeeeeeeeeeee bermula dari jam 11.30 pagi hingga 1.30 petang pada 08hb September 2019 di semua cawangan Pho Street !!

Tapi !!

Kalau korang tak sempat nak kejar promosi tu, korang tetap boleh berjimat RM 6.20 untuk semangkuk Pho Beef Combination bermula dari 09hb September 2019 hingga 16hb September 2019. Harga semangkuk tu RM 19.90 je tapi kalau ada diskaun ni kira macam bonus lah kat korang sebab harga akan jadi hanya RM 13.70 !! Murahkan ? Dah lah portion besar, sedap dan mengenyangkan.

Selain Pho Beef Combination, banyak lagi menu yang korang boleh cuba di Pho Street seperti :

Vietnam Food Street in KL

ROASTED LEMONGRASS CHICKEN WITH FRAGRANT RICE

Masih terhidu bau wangi nasi yang dihidangkan bersama isi ayam yang lembut, ada sedikit rasa blackpepper dan serai. Tak kuat sangat, just nice. Emm-- Kalau korang sejenis yang memerlukan nasi dan ayam - ini adalah hidangan yang sesuai.

RASA : 4.5 / 5

Best Vietnamese Food In KL

CRISPY SPRING ROLL

Ini kena oder lebih sebab satu tak cukup. Hee~ Berintikan daging yang dimasak hingga naik bau membuatkan spring roll ni berbau semerbak. Sampai je kat meja, memang tak tunggu lama dan makan sementara panas. Kuah cicah pun disediakan tau.

RASA : 5 / 5

Pho Street Halal Status

FRESH SUMMER ROLL WITH PRAWN & FRESH HERBS

Biasa makan ? Hee~ Serius tak sama dengan yang ada kat luar sana !! Udang fresh dan pilihan herba yang bersesuaian membuatkan rasa summer roll ni menyegarkan bila dikunyah dalam mulut. Tsk-- Terliur plak kakak masa menaip ni. Kuah pedas - manis digabungkan dengan sempurna !! Kena try nanti gais !!

RASA : 5 / 5

Food Blogger Malaysia

VIETNAMESE COFFEE

PENCINTA KOPIIIIIIIII ? YAS !! Korang kena try kedua-duanya dan apa yang membezakan pada pilihan kakak kali ni - kopi o tanpa gula dia memang kaw kaw kaw kaw pekat sedap melekat !! Cuma kalau korang nak yang manis-manis sedikit mungkin kopi susu adalah pilihan terbaik. Kena try dua-dua !!

RASA : 7 / 5
Hahahahaha~ Over kan ?

Pho Street Halal

SWEET CORN DESSERT WITH COCONUT CREAM   |   PASSION FRUIT & BASIL MOJITO

Pilihan pemanis mulut yang sangat berbaloi !! Tak nak overclaimed tapi memang sedap dan cukup manis. Sweet Corn Dessert With Coconut Cream tu lebih kurang macam ABC tapi lemak-lemak santan tu memang likat dan WIN !! Tak muak.

Okay tak setakat ni ?
Hahahaha~

Kalau korang ada disekitar :

  • D'Pulze Shopping Mall, Cyeberjaya
  • EKO Cheras Mall, Cheras
  • IOI Mall, Puchong
  • MyTown Shopping Centre, Cheras
  • Sunway Velocity Mall, Cheras
  • IOI City Mall, Putrajaya
Where To Eat In KL

Korang kena singgah pada :

  • 08hb September 2019 dari jam 11.30 pagi hingga 1.30 petang untuk merebut peluang menikmati Pho Beef Combination pada harga RM 0.62

ATAU 

  • 09hb September 2019 hingga 16hb September 2019 untuk semangkuk Pho Beef Combination pada harga RM 13.70 ( korang jimat RM 6.20 untuk setiap mangkuk !! )

Mungkin korang nak tau lebih info tentang Pho Street ni, boleh lah rujuk link kat bawah ni ya !!




Pencinta makanan mesti takkan tolak peluang BEST camni. Hee~


LOVE ;
ATIE ADNAN




Share:

20 comments :

  1. wish to try and eat at this pho street.. the food looks delicious and yummy! tempted to try

    ReplyDelete
  2. alaaa takde dekat area sini! Terliur tengok kopi dia pekat macam tu. Puas hati kalau dapat minum. Pekena pulak dengan ROASTED LEMONGRASS CHICKEN WITH FRAGRANT RICE tu. Nyummmm!

    ReplyDelete
  3. Kenapa semua nampak sedap ni? Tapi kak pip juga yg montel nnt makan byk.. Cer bgtau apa rahsia Atie makan byk tapi badan slim ni.. Jeles lah kita wak ...

    ReplyDelete
  4. Ok. I’ll mark the calendar. 8 or 9 September. Thank you for sharing. Good night.

    ReplyDelete
  5. Menarik juga ya kak dekat pho street ni. Waima cx tak tahu langsung, atleast sekarang tahu juga dia ada offer best³. Dahlah food semua portion besar². Berbaloi sungguh! Untunglah akk cuma keluar 0.62 sahaja huhu

    ReplyDelete
  6. Nak kena singgah ni sbb nampak menunya sedap walaupun melalui gambar. Tak pernah lagi cuba makanan vietnam. Terima kasih share ya.

    ReplyDelete
  7. Wow meatball tu cam best je. 5/5 mesti sedap. Pagi2 ni buat perut berkeroncong

    ReplyDelete
  8. Dah ada di IOI City Mall dah! Yeay! Rawlins nak makan kat situ! Rawlins memang paling suka yang sup tu - lazat weh!
    Bila Atie nak ajak kita makan?

    ReplyDelete
  9. Allahu rindunya tgk lauk paik vietnam yang sedap2 ini. Tak mengecewakan kalau datang makan kat sini. Kopi dia sangat kaw kann

    ReplyDelete
  10. Tudiiiaaaa... dia punya kaw tu berapa kali kaw daaaaa. tapi memang suka kopi ais vietnam. tak tau nape. Tak sama rasa macam kopi kat sini. Pho beef combination tu pun sedap kan. Portion besar plak tu. Boleh share 2 orang.

    ReplyDelete
  11. Wahhhh banyak pilihan makanan vietnam erk. Nora pernah minum kopi vietnam dengan mee ape ntah. Not bad. Restoran ni pulak banyak hidangan menu yang disediakan. Wahhhhh hilang diet mcm ni tau.

    ReplyDelete
  12. another port untuk ajak lepak lepak and also makan makan. hahah. cantik jugak untuk bergambar. all include lah.

    ReplyDelete
  13. Seronoknya dapat cuba hidangan Vietnam. Tengok gambar semua nampak sedap. Yang penting halal kan.

    ReplyDelete
  14. ya Allah kak mmggodanyaa popiah fresh tu mmg cmtu mse mkn kat vietnam dlu fresh sgt!! btw KOPI VIETNAM IS THE BEST COFFEE IN THE WORLD ye pls noted yeee!! nk serbu la nnt kedai ni rs rindu plak mknn viet ni!!

    ReplyDelete
  15. kak atie ni saje kan suruh pergi makan banyak-banyak. dahla semua nampak macam sedap je. siap rate 5/5 lagi. nanti gemuk la kita. dah la memang dah gemuk dah ni.

    ReplyDelete
  16. wahhh.. terliur tengok gambar2 atas ni.. teringin nak rasa yang ala2 sup tu.. ada berapa jenis daging dalam tu kan.. nyum2.. TB tak pernah pi lagi makan kat Pho Street , almaklumlah.. jauh.. hahah

    ReplyDelete
  17. Sedapnya makanan Vietnam. Suka popia dan kopi dia tu. Nanti nak pi sini. Cawangan dia tak banyak eh Atie. Paling dekat mytown tu aje la. Kalau kat KL kan bagussssss. Hehehe.

    ReplyDelete
  18. OMG the price is so cheap!!!! I want to go try also~~ The food from Pho Street memang sedap, I really enjoy it.

    ReplyDelete
  19. bila cakap pasal pho ni teringin nak rasa yang beef soup tu nampak sedap je setiap kali tengok youtube orang lain makan

    ReplyDelete

Copyright © atiehilmi.com - Malaysian Lifestyle Blogger. Designed by OddThemes