EID AUTHENTIC KOREAN CUISINE ; SELERA ASLI KOREA DI DAMANSARA

Orang kata rasa makanan Korea di Eid Authentic Korean Cuisine yang terletak di Damansara Perdana ni memang rasa asli makanan Korea dan kakak tak lepaskan peluang lah nak rasa – apa ASLI nya itu.


Food Blogger Malaysia

Kakak taknak lah makanan Korea selera tempatan dan expectation kakak sangat tinggi, kalau tak – mana mau nye kakak travel dari Bukit Jalil semata-mata nak makan makanan Korea yang orang kata BEST nau nih.


MAKANAN HALAL KOREA



EID Authentic Korean Cuisine ni sebenarnya ada empat cawangan iaitu di Seoul, Bangi, Seremban dan juga Damansara Perdana – maka kakak pilih Damansara Perdana lah sebab lagi dekat dengan rumah kakak dan perjalanan keluar masuk ke sana pun kakak dah familiar. Hee~ Nak mudah dan sampai bukan pada peak hour punya pasal lah ni.

Terletak di deretan kedai di Jalan PJU 8/5D, Damansara Perdana – EID Authentic Korean Cuisine belum pun berusia satu tahun tetapi mereka telah bersedia secara fizikal untuk menawarkan pelbagai hidangan asli rasa Korea khusus buat pelanggan di Malaysia.

Nah !!
Kakak dah cakap memang kakak letak expectation yang sangat tinggi sebab kakak memang suka makanan sihat, tengah diet lah kata kan.



FAKTA :
Apabila Kimchi diperam lebih lama, ianya akan menghasilkan sejumlah besar antioksidan
dimana ia terbukti membantu memperlahankan proses penuaan.


What To Eat In Damansara
Ini bukan kakak makan sorang tau !! Kakak bawa assistant untuk tolong makan !! Hahahaha~

Dimiliki sepenuhnya oleh pasangan suami isteri yang berasal dari Korea Selatan, restoran ini telah mendapat pengesahan sijil HALAL dari JAKIM yang membuatkan kakak mentekedaghah tanpa waswas. Hahahaha~




Serius bahagia, gais !!
Kalau nak diikutkan, memang banyak sangat menu yang tersedia tapi kakak makan mana yang termampu dek tekak nak menelan je la – membazir kawan siapa anak-anak ? Ya !! Betul !! Kakak tak payah jawab sebab korang tau apa jawapannya.

Kalau tengok dalam gambar, nampak kecik lah tapi sekali sampai – Nah !! Hamik tersandar kakak nak menghabiskan semua ha. Bukan setakat portion besar tapi harga pun berbaloi sangat gais. Nasihat kakak, kalau korang nak singgah EID Authentic Korean Cuisine ni – bawak lah kawan sorang dua untuk kongsi-kongsi makan melainkan anak tekak korang memang mampu habiskan satu portion yang ada. Kakak memang tabik lah !! Confirm mengensot korang keluar dari restoran ni nanti.


Korean Halal Foods
Korean Halal Foods In Kuala Lumpur
Makanan Korea Halal

Serius !!
Antara makanan yang EID Authentic Korean Cuisine hidangkan kat kakak adalah :

  • Chicken Kimchi Stew
  • Jimdak ( Braised Chicken )
  • Dumpling Ramyeon
  • Cheesy Corndog
  • Soteok
  • Coffee !! ( Yang hanya available kat Damansara Perdana je tau. Hee~ )

Sungguh ke tidak menyandar kalau ini yang korang makan ? Hahahaha~ Kenyang wey. Dengan layanan tiptop dari pekerja yang tak lokek menabur senyum, persekitaran yang cosy – memang lepak lama lah jadinya. Tapi cuma satu lah ( menurut pandangan kakak yang memang membesar di Damansara ni )  – bab parking memang payah dan selalunya kena mencari – sekiranya mudah pada korang memang rezeki sungguh lah.


Kopi Halal Korea

Tak nak lambung tinggi sangat, korang kena cuba dan rasai sendiri dengan anak tekak korang – betul atau tidak apa yang kakak cakap kan.

Boleh singgah :
Eid Authentic Korean Cuisine
17, Jalan PJU 8/5D,
Damansara Perdana,
47820 Petaling Jaya, Selangor
Contact : 03-7491 3158




Kalau tanya kakak, makanan apa yang kakak akan rekomen - semua yang kakak tulis kat atas tu - memang highly recommended. Hee~ TAPI !! Dorang pun ada menu untuk ibu dalam pantang - itu kakak akan try nanti-nanti lah. Nak cuba sekali harung memang tak dan wey, perut tak muat.

In shaa Allah.
Kakak akan repeat kalau ada kesempatan masa !!

Korang minat makanan Korea dan tinggal disekitar Damansara, apa kata cuba singgah EID Authentic Korean Cuisine !! Kakak luluskan restoran ni dengan 10 / 10 bintang !!


LOVE ;
ATIE ADNAN


Share:

3 comments :

  1. Assalammualaikum

    wah kak atie dap nye tgok..huhuhuh

    ReplyDelete
  2. Aduisss. Punya hipstur tempat ini. Lawa sangat backdrop karung tu.

    ReplyDelete

Copyright © atiehilmi.com - Malaysian Lifestyle Blogger. Designed by OddThemes