TIPS ULANGKAJI DENGAN PANDAI SEMASA PKP. SERIUS AWESOME !!

Ingat kalau jadi anak-anak seorang ATIE dapat bersenang lenang dan menghadap tv atau komik 24 jam ? Hee~ Memang tak lah sebab kakak ada inisiatif lain untuk anak-anak terus belajar mengikut silibus yang telah ditetapkan walaupun hanya duduk di rumah. Serius Awesome kan ?



Tidak hanya bergantung pada kerja sekolah ataupun rujukan yang cikgu kongsikan, kakak sebagai ibu juga memainkan peranan penting untuk memastikan anak-anak masih kekal dalam platform dan tidak tercicir. Al-maklum lah, dah terlampau lama tak sekolah, confirm ada yang tercicir tapi masih belum terlambat untuk kakak perbetulkan semula.


SIAPA PANDAI ?



Saya Pandai !! Hee~
Mestilah semua nak mengaku Pandai tapi betul ke betul-betul Pandai ?
Pandai merupakan laman Tuisyen Online dimana pelajar boleh sertai sesi pembelajaran secara langsung dari rumah menggunakan gadget seperti desktop, komputer riba, tablet dan juga telefon pintar.

Pandai adalah platform pembelajaran secara interaktif untuk membantu pelajar mengulangkaji pelajaran dan membuat latih tubi secara berterusan untuk mengekalkan gred yang baik. Ada banyak input positif melalui Pandai seperti soalan kuiz harian, ujian topikal, kertas peperiksaan dan kertas sampel mengikut sukatan pelajaran di sekolah.



Bukan untuk anak-anak sekolah rendah je, tapi ada juga slot untuk pelajar sekolah menengah. Cara nak sertai kelas pun mudah sangat dimana pelajar boleh memilih untuk masuk :


 Webinar Online ( Percuma )

  • Dikendalikan oleh cikgu-cikgu yang berpengalaman dengan silibus yang bersesuaian dengan tahap kelas anak-anak, Pandai mempertaruhkan hampir ke semua subjek termasuklah Bahasa Mandarin. Tebahagi kepada dua iaitu untuk pelajar sekolah rendah dan juga pelajar sekolah menengah.
  • Untuk daftar masuk secara PERCUMA – https://www.pandai.org/tutor

Tuisyen Online

  •  Kelas tuisyen berbayar yang diadakan secara LIVE untuk pelajar-pelajar yang mahu belajar secara online dengan penglibatan bersama tutor serta kelompok yang lebih kecil bagi memastikan tutor dan pelajar-pelajar dapat berkomunikasi dengan baik.
  • Kelebihan Tuisyen Online :
    • Pendaftaran secara PERCUMA
    •  Bahan pembelajaran akan biberikan secara soft copy
    • Yuran kelas RM 10.00 untuk satu sesi
    • Maksima 25 orang pelajar dalam satu kelas
    • Pelajar dapat berinteraksi dan berbincang dengan tutor secara terus


PANDAI VIDEO



Siapa kata belajar tak seronok ? Nur Aiman dan Nur Aina seronok je belajar dengan Pandai dan masih berada dalam track. Setiap hari mereka akan belajar perkara baharu mengikit jadual dan silibus yang telah disusun oleh cikgu-cikgu Malaysia melalui kerjasama Pandai Education Sdn. Bhd. serta beberapa sumber lain di Youtube.

BONUS untuk pelajar Dual Language Programme ( DLP ) macam Nur Aiman dan Nur Aina - ada juga subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Memang real cikgu depan muka, takut dorang nak mengelat tak nak belajar. Hee~



Semua video yang ada di Pandai sentiasa dikemaskini, ditapis dan disusun secara sistematik mengikut tahap, subjek, bab hinggalah kepada topik-topik kecil. Mudah dan menarik sebab anak-anak akan belajar secara interaktif. Tak de lah menghadap gadget tanpa tujuan lagi.

Sudah pastinya menjadi pilihan kakak juga sebab Pandai menepati standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ), Kurikulum Standard Sekolah Menengah ( KSSM ) dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ). Kat bawah ni kakak ada sediakan link-link yang mungkin korang sebagai ibu atau ayah perlukan sepanjang PKP ni.


SEKOLAH RENDAH


SEKOLAH MENENGAH


Tingkatan 1 : video.pandai.org/form1
Tingkatan 2 : video.pandai.org/form2
Tingkatan 3 : video.pandai.org/form3
Tingkatan 4 : video.pandai.org/form4
Tingkatan 5 : video.pandai.org/form5


Nur Aiman dan Nur Aina sudah !!
Dan Pandai dah ada lebih 70,000 pelajar, tak salah pun kalau nak tambah lagi dan lagi.



Install secara PERCUMA kat Google Playstore ataupun Apple App Store dan terus suruh anak-anak masuk kelas. Yang penting, disiplin dan ada cita-cita mahu jadi pandai. Nah !!



FACEBOOK : https://www.facebook.com/pandaiofficial
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/pandaiofficial/



Jangan lupa sebarkan manfaat yang baik ni kat kawan-kawan, jiran tetangga dan juga sedara mara yang dok biarkan anak dorang tak bukak buku sepanjang PKP ni. Hee~ Sama-sama kita berusaha membentuk generasi yang berilmu.


LOVE ;
ATIE ADNAN

Share:

Post a comment

Copyright © atiehilmi.com - Malaysian Lifestyle Blogger. Designed by OddThemes