DOA AGAR URUSAN LANCAR ( DOA NABI MUSA A.S )
Dalah aktiviti seharian kita seharusnya kembali semula kepada fitrah dan menyerahkan segalanya kepada Dia, Allah SWT.. Setiap urusan, libatkan Allah SWT dalam proses tersebut dengan cara berdoa besungguh-sungguh supaya urusan kita mendapat pertolongan dan diberi kelancaran untuk menyelesaikannya.. Haa.. Kembali fitrah dan meletakkan kebergantungan penuh kepada Dia ; al- Baasith..
Jom !! Kakak share doa yang diharap dapat memberi manfaat untuk memohon semoga urusan dipermudahkan dan melancarkan segala urusan dan pertuturan ( secara lisan ).. Kalau korang nak tau, doa ni yang dibaca Nabi Musa A.S sewaktu berjumpa dengan Firaun.. Doa ni pun ada dalam al-Quran..
قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
“Musa berkata : ‘Robbis rohlii shodrii, wa yassirlii amrii, wahlul ‘uqdatam mil lisaani yafqohu qoulii’
[ Ya Rabbku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku ].”
(QS. Thoha: 25-28)
Kadang kalau kakak agak gugup untuk buat 'presentation' depan customer / prospek, kakak akan amalkan doa ni.. Hee~ **dah bocor rahsia dah !! Kadang kakak pun gugup gak berhadapan dengan orang yang kita tak pernah jumpa, tak pernah kenal apatah lagik hati budinya kita tak tau kan..
HIKMAH DISEBALIK DOA TERSEBUT :
- hati menjadi tenang dan lapang.. time hati dah lapang tu, senang kot kan kita nak sampaikan mesej kat customer / pospek.. haa.. nampak tak ? nampak tak ?
- melancarkan segala urusan.. in shaa Allah, tiada sebarang rintangan negatif akan terjadi SEKIRANYA kita meletakkan kebergantungan kepada Dia kerana tiada satu doa pun yang disia-siakan Allah SWT.. Dia Maha Mendengar..
- bicara lisan kita menjadi lebih lancar dan orang yang mendengar akan mudah faham apa yang ingin disampaikan.. haa.. nampak kan ? win win situation gitu.. hee~
Pendek jek kan ayat ni, hafal dan amalkan tau.. Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan kita.. Aamiin--
LOVE ;
No comments: