BATU KARANG HEMPEDU PEMBUNUH DALAM DIAM !!
tak ramai yang nak study pasal batu hempedu ni tapi bila dah terkena baru menjejes air mata sebab takut.. realiti ni, bukan nak takut-takutkan korang nih.. hee~ penyakit yang UNIK ni melibatkan 3 organ badan iaitu hati, pundi hempedu dan pankreas.. tanda secara klinikal penyakit ni berbeza-beza bergantung samada aliran hempedu terhalang ataupun tak..
sebab ? pengambilan makanan berlemak jek.. haa.. jangan main-main bab tu.. apa yang kita makan ni sebenarnya menjadi punca segala penyakit dok singgah kat badan kita ni..
FUNGSI PUNDI HEMPEDU
ia terletak di bawah hati dan berfungsi sebagai tempat untuk menyimpan hempedu yang dihasilkan oleh hati.. hempedu penting untuk penyerapan dan pencernaan lemak..
hempedu mengandungi air, kolesterol, lemak, garam hempedu, protein dan bilirubin.. korang tau kan yang bilirubin tu merupakan satu produk akhir sel darah merah dan kelesterol, garam hempedu serata bilirubin merupakan komponen utama yang membentuk batu karang hempedu.. TING !! kalau komponen tersebut terjadi secara berlebihan terjadi pula ketidakseimbangan cecair.. lama-kelamaan batu karang hempedu tersebut menjadi besar atau semakin banyak..
batu karang hempedu boleh terperangkap sepanjang duktus sistk atau duktus hempedu sesama apabila ia keluar dari pundi hempedu ia juga boleh terbentuk di hati, duktus hepatik atau duktus hempedu.. batu karang hempedu dikelaskan berdasarkan komponen kimia dalam batu kolesterol, batu pigmen dan batu bercampur.. kebanyakan batu karang hempedu adalah batu bercampur..
batu karang hempedu adalah formasi seperti batu yang terbentuk di dalam pundi hempedu dan ditemui dalam pelbagai bentuk, warna dan ketekalan..
FAKTOR PEMBENTUKAN BATU KARANG :
- wanita berisiko dua kali ganda daripada lelaki disebabkan oleh jumlah hormon estrogen yang berlebihan dikalangan wanita dalam keadaan tertentu seperti kehamilan..
- estrogen yang berlebihan meningkatkan tahap kolesterol dalam hempedu seterusnya mengganggu keseimbangan cecair dalam hempedu.. estrogen yang berlebihan juga mengurangkan pengecutan pundi hempedu menyebabkan stasis hempedu dan pembentukan batu karang hempedu..
- obesiti merupakan satu faktor risiko kerana paras kolesterol yang tinggi dalam darah..
- pemakanan yang tinggi lemak dan kolesterol merupakan faktor yang paling dekat..
- individu yang berumur 60 tahun dan ke atas mempunyai risiko tinggi menghidapi batu karang hempedu..
- penghidap diabetes mempunyai jumlah asid lemak yang lebih tinggi iaitu trigliserida dan kolesterol darah..
- ubat yang mengurangkan tahap kolesterol dalam darah juga meningkatkan jumlah kolesterol yang dirembeskan ke dalam hempedu..
TANDA-TANDA ANDA MENGHIDAPI BATU KARANG HEMPEDU
kebanyakan batu karang hempedu tidak menunjukkan tanda yang ketara dan ia hanya boleh dikesan semasa melakukan pemeriksaan rutin namun, sebahagian kecil batu karang hempedu boleh menyebabkan rasa sakit yang berpanjangan di bahagian kanan atas abdomen.. rasa sakit ini disebut 'gallstone colic' yang kebiasaannya disertai dengan loya dan muntah..
ia berkurang dengan sendirinya tetapi boleh berlaku skali-sekala..
batu karang hempedu yang menghalang aliran hempedu dari hati ke duodenum boleh menyebabkan hati dipenuhi dengan hempedu yang berlebihan.. hempedu yang berlebihan akan melimpah ke peredaran sistemik lalu menyebabkan jaundis atau mata, kulit dan membran mukus menjadi kekuningan.. bagi kes yang teruk pemendapan bilirubin yang berlebihan dalam kulit menyebabkan gatal..
gejala lain termasuklah sakit perut, loya dan muntah manakala jangkitan hempedu statik mempunyai gejala lain seperti demam dan disebut sebagai Ascending Cholangitis dan jika tidak dirawat, boleh membawa maut..
batu karang hempedu di bahagian hujung duktus hempedu sesame akan menghalang aliran enzim pankreas dari pankreas kerana duktus hempedu sesame dan duktus pankreas berkongsi laluan ke dalam duodenum yang dipanggil ‘Ampulla of Vater’.. aliran enzim pankreas yang tersekat boleh menyebabkan radang pankreas, atau Pankreatitis Akut.. ia menyebabkan sakit teruk di tengah bahagian atas abdomen hingga ke belakang..
cemana ? hee~ ya.. statement yang boleh membawa maut tu memang sangat menakutkan.. sebab kalau kita tau yang kita ni memang ada masalah pada bahagian-bahagian tertentu tapi menafikan dengna tidak menerima apa-apa rawatan, ia sungguh bahaya.. fuff--
OMEGA GUARD :
membakar lemak yang berlebihan yang mendorong pembentukan lemak tepu
LECITHIN :
mengemulsi lemak dan minyak makanan sekaligus menghalang daripada diserap oleh badan
SUSTAINED RELEASED VITA-C :
menambah keasidan urin kerana batu karang tidak akan terbentuk dalam urin yang berasid
ALFALFA COMPLEX :
mengurangkan infeksi dan inflamasi
OSTEMATRIX :
mengandungi magnesium yang mengurangkan oksalat ( garam )
B COMPLEX :
mengurangkan oksalat ( garam ) yang membentuk batu karang
LOVE ;
No comments: