KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH 2016
dah 12 Ramadhan ni.. haa.. dah singah sambut salam pak amil blom ? hee~ kalau belum, memang korang kena baca lah ni untuk kadar zakat dan fitrah untuk tahun ni bersamaan 1437 Hijrah.. jangan nanti bawak duit tak cukup la, hape la..
sumber : Majlis Agama Islam setiap negeri
BILA WAKTU SESUAI NAK BAYAR ZAKAT FITRAH ?
- kalau boleh awal Ramadhan la ye jangan la sampai pagi raya baru nak carik pak amil time tu pak amil pun dah terkejar kejar nak solat raya.. hee~ bukan ape.. lagi cepat bayar zakat fitrah ni, senang la pihak agihan nak asing asing kepada golongan yang layak terima..
NOTA KECIL :
- kadar zakat fitrah di negeri Terengganu pada tahun ini ( 2016 ) dah diselaraskan dengan negeri lain..
- kategori kadar bayaran zakat fitrah bagi negeri Johor adalah berdasarkan harga gred / jenis beras yang dimakan :
- RM 6.00 --> umat Islam di negeri Johor yang makan beras gred / jenis super tempatan 15% hancur ( beras nasional ) sahaja yang berharga RM 1.80 sekilogram..
- RM 8.00 --> umat Islam di negeri Johor yang makan beras gred / jenis selain dari beras super tempatan 15% hancur..
" diceritakaan kepada kita Abdullah Ibnu Maslamah Ibnu Qo’nab dan Qutaibah Ibnu Said keduanya berkata : diceritakan kepada kita Malik dan diceritakan kepada kita Yahya Ibnu Yahya berkata : saya telah membaca dihadapan Malik dari Nafi’, dari Ibn Umar sesungguhnya Rasulullah SAW telah mewajiban zakat fitrah dari ramadhan sebanyak satu sha’ kurma atau satu sha’ gandum kepada orang merdeka dan hamba, laki-laki dan wanita, dari kalangan kaum muslimin..”
No comments: