DIET YANG SESUAI UNTUK PESAKIT BENGKAK RAHIM

kakak tengah study pasal PCOS, tapi lain yang kakak carik, lain plak yang kakak jumpa haa.. hee~ biasa la kan Google Search nih macam macam sket.. jadi, bila kakak selak satu satu website / blog / jurnal kakak tertarik dengan penjelasan padat lagi ringkas oleh Dr. Malinda Mohd. Ali yang juga merupakan SID..

bengkak-rahim


RAHIM = UTERUS 
( terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian )

KILANG TELUR = OVARI

ramai pesakit yang berjumpa dengan Dr. Malinda tak pasti samada uterus atau ovari yang sebenarnya membesar, jadi mereka akan just kata 'rahim'.. jadi, kalau korang berhadapan dengan perkara ni, lebih baik dapatkan diagnosis sebenar pada doktor.. uterus atau ovari yang bengkak ?

uterine fibroid atau ovarian cyst adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai 'rahim bengkak'..

kajian menunjukkan bahawa 20% - 50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor ataupun accidentally dikesan semasa melakukan scan..
( rujukan : Life Extension Book : Disease prevention and treatment ; 2003 : page 1569 )


endometris


dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser..

sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintist yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cycts ini berlaku.. korang TAK BOLEH menuding jari mengatakan rahim anda bengkak di sebabkan satu perkara sahaja, sesuatu diet, produk atau apa-apa supplement..

beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor, di antaranya adalah kerana :



1. HORMON ESTROGEN BERLEBIHAN
  • fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen..
  • jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, korang berisiko untuk mendapat penyakit ini..
  • keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility..
  • penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts..

2. LAMBAKAN XENOESTROGEN DALAM BADAN
  • xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran ( makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan )
  • dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan, ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan..
  • dari mana datangnya xenoestrogen ini ?
    • phthalates ( bahan dalam plastik atau getah )
    • racun serangga ( pesticides )
    • tobacco by products

3. OBESITI
  • lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil 'Endocanabinoid system' dan sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan..
  • ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser..

4. GENETIK
  • kalau korang mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, korang juga boleh mempunyai risiko yang sama..


TANDA FIBROID ATAU CYST


kebanyakan wanita TIDAK MEMPUNYAI sebarang tanda.. tak sedar pun ia wujud dalam badan tapi jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simtomp tertentu..


SIMPTOM FIBROID / CYST

  • haid yang tidak teratur / berpanjangan
  • sakit perut
  • sakit ketika hubungan kelamin
  • perut membuncit
  • pendarahan abnormal


PERLUKAH OPERATION ?


pada kebiasannya TIDAK PERLU operation sekiranya ia tidak mengganggu dan tidak membesar tapi jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan, korang perlu melakukan pembedahan..

jadi !!

macamana nak elak memandangkan kebanyakan wanita berisiko ?


CADANGAN DIET YANG SESUAI


1 : elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti :
  • produk berasaskan tenusu
  • daging merah
  • makanan bergoreng
  • makanan dan minuman bergula
  • garam
  • kafien
  • alkohol

2 : buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen kerana plant estrogen ni membantu kestabilan estrogen dalam badan..


3 : makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan - fecal estrogen meningkat dan ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan..


4 : kawal berat badan


5 : tidak merokok atau menjadi perokok pasif


KONTROVERSI MENGENAI SOYA


ramai yang bertanya tentang produk soya ; PRODUK SOYA BAGUS TAK UNTUK WANITA ? banyak perbahasan tentang isu soya ini, ada yang pro- dan cont-.. beberapa kajian yang mengatakan wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengambil soya kerana kandungan isoflavinoids Genistein dan Daidzein boleh menggalakkan estrogen aktiviti..

kajian lain pula menunjukkan bahawa negara seperti Jepun yang mengamalkan pengambilan soya sebagai makanan utama mempunyai kadar penyakit kanser rahim yang sangat rendah berbanding negara yang tidak mengambil soya langsung.. - ( Michael T. Et al, 2012 )

cadangan yang mengatakan pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid TIDAK TEPAT ini kerana isoflavinoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza.. soy phytoestrogen tidak mempunyai kesan meransang sel fibroid tetapi ia mempunyai kesan 'anti-estrogen' di mana ia membantu mengecutkan fibroid.. tetapi, pastikan sumber soya anda adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik ( non-GMO )

walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik.. cadangan pengambilan antara 45 - 90mg soy sehari..

soya, nuts, flaxseed mengandungi phytoestrogen yang baik..

NUTRITION SUPPLEMENT YANG DICADANGKAN UNTUK ANDA YANG MENGALAMI MASALAH FIBROID ATAU CYST


1: lipotrophic factor seperti Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen - melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati

2. immune enhancing nutrient - coQ10, vitamin c, vitamin e, selenium dan zinc

3. Omega 3 ( EPA + DHA ) - anti inflammasi

4. liver enhanced detox supplements - milk thislte, dandelion dan artichoke

5. vitamin B - membantu proses detoksifikasi ( methylation ) dalam sel hati.

6. grape seed extract - strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi

7. green tea - powerful antioxidant


Jaga kesihatan semuanya ya !!



LOVE ;
ATIE ADNAN


6 comments:

  1. Soya memang sedap dan baik untuk kesihatan,tp kalau ambil berlebihan mmg tak elok. makanan lain pun sama,kak akak.

    apa2pun yg kita makan/ambil, lebih elok bersederhana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. makan la ape nak makan asalkan bersederhana.. hee~

      Delete
  2. alamak... rumitnya nak paham bab2 rahim gini.. hmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah~ kalau saya yang perempuan nih pun susah nak faham ( sebab bukan bidang ) ini kan pula lelaki.. tak pe.. sekadar ilmu dan pembacaan santai..

      Delete
  3. FIBROID ATAU CYST ni merisaukan.. sebab ramai wanita ada benda ni tanpa sedar..moga kita dijauhkan... jom sama2 jaga kesihatan... TQ sharing info sis.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. dalam tempoh setahun nih, ramai kawan2 yang berhadapan dengan masalah cyst + fibroid.. saya nak cakap ape lagi selain bagi kata2 semangat.. hee~ sama2 la kita jaga kesihatan ya..

      Delete

Powered by Blogger.