9 PETUA HILANGKAN PARUT JERAWAT DENGAN KOS YANG MINIMA TAPI BERKESAN

bila musim detox parasit, benda paling tak best nak hadap adalah JERAWAT.. memang berhu-hu jek la bila nampak seketol punya seketol jerawat naik.. hee~ tapi korang nak tau tak punca jerawat naik dengan meriahnya ?

1 : masalah hormon
2 : jangkitan bakteria pada kulit
3 : pengambilan makanan yang tidak sihat
4 : stress
5 : alat kosmetik
6 : rembesan toksin dari dalam badan


selalunya.. bila dia nak datang memang susah nak hilang.. kan ? bila dah hilang mesti tinggal bekas parut yang susah nak hilang.. maka.. berhu-hu lagik !!! nak !! kakak share 9 TIPS PUDARKAN PARUT JERAWAT untung untung, hilang terus parut nye.. hee~

1 : ALOEVERA


  • kaya dengan vitamin semulajadi yang membantu memulihkan kulit dan menghilangkan parut secara beransur-ansur..
  • ia bersifat lembut dan memang tak de sukatan khas tapi cukup jek kalau korang amik sikit takat cukup sapu kat kulit yang dijangkiti jerawat.. hee~ sejuk !! best..
  • CARANYA : patahkan daun dan ambil lendirnya dan sapu ke kulit.. biarkan lendir tadi kering dan cuci muka macam biasa.. amalkan selalu..

2 : SODA BIKARBONAT

  • ye.. bahan utama buat kek nih mampu pudarkan parut jerawat dan melembutkan kulit..
  • soda bikarbonat nih akan menyerap masuk ke dalam liang pori kuli dan membersihkannya sekaligus..
  • CARANYA : campurkan 1 sudu baking powder dengan sedikit air.. jangan cair sangat.. agak agak likat okay la.. sapu bahan campuran tadi kat kawasan yang bermasalah tadi..

3 : MINYAK KELAPA DARA

  • sekarang nih dah senang nak cari minyak kelapa dara nih.. hee~ memang sangat berkhasiat sebab cara penghasilan minyak ni lansung tak menggunakan haba..
  • CARANYA : titiskan minyak kelapa dara kat tapak tangan dan urut perlahan lahan kat kawasan kulit yang bermasalah dan biarkan jek.. tak payah basuh..

4 : LEMON

  • lemon adalah asid alfa hidroksil semulajadi --> esjenis AHA yang berfungsi untuk membantu kulit baru tumbuh dan mengurangkan parut jerawat..
  • CARANYA : perah sedikit jus lemon dan gunakan kapas untuk sapu ke tempat yang bermasalah.. hee~ kalau kulit korang sensistif, cairkan dengan sedikit air.. biarkan kering dan bilas dengan air sejuk..


5 : MADU

  • madu = raja segala makanan..
  • tapi kat pasaran banyak nye madu dah diproses, tak mujarab.. hee~ kena pakai madu asli jek tau..
  • CARANYA : amik sikit jek, cukup cukup untuk sapu kat tempat bermasalah tu.. urut perlahan dan biarkan jek-- tak payah bilas dan biarkan mukjizat Nabi Ayub nih buat keje dia.. kita rehat rehat jek sambil update blog.. eh !!

6 : TIMUN

  • timun mengandungi kadar air yang sangat tinggi + vitamin A + vitamin C + magnesium --> memang baik untuk kulit..
  • CARANYA : hiris timun segar dan tepekkan kat tempat bermasalah.. kalau kat muka, tepek la kat muka.. biarkan dalam setengah jam dan bilas dengan air sejuk.. buat setiap hari tau.. kalau nak cepat la.. 

7 : UBI KENTANG

  • pernah dengar jus ubi kentang boleh melembutkan kulit ? hee~
  • ubi kentang kaya dengan vitamin dan mineral..
  • CARANYA : hiris kentang nipis nipis dan tepek kan pada kulit yang bermasalah dan biarkan selama 15 minit sebelum bilas dengan air suam..

8 : BEDAK SEJUK

  • murah dan senang nak carik --> kat kedai jamu pun ade..
  • berfungsi menyerap minyak berlebihan pada kulit ( punca kulit berjerawat terok !! ) disamping mengecilkan pori..
  • CARANYA : tumbuk bedak sejuk dan campurkan dengan air.. biar pekat.. lumur dan urutkan pada kawasan yang bermasalah dan biarkan semalaman.. bangun pagi, sebelum tahajjud, basuh dengan air sejuk.. hee~ segar !! amalkan setiap hari untuk kesan yang cepat !!

9 : VITAMIN E

  • ini paling mudah dan tak memeningkan kepala TAPI berkesan.. hee~ pergi farmasi dan beli jek kapsul vitamin E..
  • macamana nak tau vitamin E tu dari sumber asli atau sintetik ?? -- > KALAU vitamin E tersebut mengandungi huruf 'd' seperti d-alpha-tocopherol ; ini bermakna vitamin E tersebut adalah dari sumber asli..
  • CARANYA : pecahkan kapsul vitamin E dan lumurkan pada bahagian yang bermasalah.. biarkan 15 minit atau sampai puas hati.. hee~ lepas tu cuci dengan moisturiser..


bukan wanita jek ade masalah parut jerawat nih tau, lelaki pun berdepan dengan masalah yang sama.. tapi.. kelebihan wanita boleh tutup dengan pelbagai brand kosmetik kat pasaran.. lelaki ? hee~ jangan kata lelaki pun nak tepek foundation kat muka sebab nak tutup parut jerawat.. lain macam plak bunyi nye haa..

eh !! kalau korang ade tips / petua lain yang korang amalkan.. share la kat ruang komen.. ye.. mana tau tips / petua korang berkesan.. boleh kongsi kongsi dengan pembaca lain..



9 comments:

  1. Parut jerawat paling tak best, kulit susah nak hilang parut kalau kena sunburn pun sama...ada petua hilang sunburn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha~ adoi.. nanti kita buat petua hilangkan sunburn plak ye.. tunggu tau..

      Delete
  2. Alhamdulillah muka reen jenis tak banyak jerawat.. Kalau ada pun, datang hanya dua tiga ketoi sebulan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waa.. untung la reen kalau gitu.. hee~ tapi tetap kena jaga pemakanan tau.. sebijik dua tu kalau tak jaga leklok nanti berbijik bijik jadi nya..

      Delete
  3. syukur, mujur rupa jenis tak suka jerawat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ kan !! jeles kat orang2 yang jerawat tak suka naik nih.. bersih jek kulit muka..

      Delete
  4. mek kurang dah jaga kulit skang ni. bnyk pkai bedak daripada tkde bedak. so untuk itu, mek tk touchup dh lepas solat. bior je kulit togel cam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ malam kena kasik kulit bernafas tau mek.. kesian kulit tu..

      Delete

Powered by Blogger.