POLIKLINIK MEDIKULIT & SURGERI ; RAKAN MESRA KULIT

wanita dan kecantikan memang tak boleh dipisahkan.. kan ? hee~ itu kalau dulu la sebab sekarang nih, lelaki pun dah mula pentingkan kecantikan kulit.. kecantikan ? sebenarnya subjektif sangat tapi kalau kita kata KEBERSIHAN, ianya memang menuju tepat ke arah sasaran.. untuk kali keberapa kali yang boleh dikira dengan 10 jari * hahahaha~ teruk betul kan ? * kakak dapat tawaran mencuba skin treatment dari POLIKLINIK MEDIKULIT DAN SURGERI, KEPONG untuk buang kulit mati dan glow glowing kan kulit kakak.. nak raya nih kan ? kan ? kan ?

kakak disambut dengan senyuman dari penyambut tetamu yang mesra.. memang tak lekang dek senyuman.. sementara kakak menunggu giliran kakak, sempat la kakak merayau satu klinik tu dok intai intai ape yang best kat sana.. hee~ penyibuk kan ?


Medikulit telah ditubuhkan pada tahun 2004 oleh Dr. Alvin Tan yang juga merupakan doktor asthetic yang bertanggungjawab mengendalikan kes kes seperti masalah kulit kronik, aesthetic dermatology, pembedahan dan rawatan menggunakan laser.. bermaksud, Medikulit dah beroperasi selama 13 tahun.. nampak ? pengalaman yang banyak juga membantu memberi perkhidmatan terbaik untuk pelanggan..


pihak pengurusan Medikulit juga menitik beratkan profesionalisme dan hanya mengambil pasukan juruterapi yang berpengalaman dan terlatih SAHAJA untuk melakukan rawatan kepada pelanggan..

yang paling best, Medikulit sangat up - to - date.. hee~ sebab, mereka hanya menggunakan mesin yang paling maju dan inovatif supaya dapat memberi impak yang positif semasa dan selepas rawatan.. disamping menggunakan prosedur kosmetik dalam memastikan pelanggan mendapat kulit yang sempurna, segar dan muda sama seperti setiap angan-angan pelanggan..

antara mesin yang Medikulit gunakan :

  • laser Fractional CO2 ) 
  • IPL ( Hair Removal, Freckles, Pigmentation etc )
  • Carboxtheraphy ( Cellulite, Slimming, Striae Reducing, Localized Fats Dissolved )
  • RF ( Radiofrequency-face Tightening, Body Contours, slimming, Skin Neck Tightening )
  • Ionthophoresis ( Idromed ) digunakan untuk mengurangkan peluh ( hyperactive sweats ) Palms + Soles
  • Electrocautery untuk minor surgery
  • Cryotherapy-viral Warts, Pigmentations, Solar lentigenes, seb.keratoses
  • Microdermabrasion
  • Chemical peels
antara perkhidmatan yang ada di Medikulit :

  • dermatologi
    • yang berkaitan dengan masalah kulit
  • aesthetics
    • botox
    • fillers
    • PDO Threadlift Mesotheraphy
    • jerawat
    • kedutan
    • pigmentasi / jeragat
  • PRP
    • suntikan kosmetik ( face rejuvenations ) + anti aging
  • rawatan untuk rambut gugur
  • penurunan berat badan
  • penjagaan kulit
    • ada pelbagai rangkaian produk penjagaan kulit untuk pemutihan kulit, pigmentasi, kulit kering dan berminyak.. 
    • juga terdapat sunblocks SPF 15-50 yang boleh dibeli !!
  • buang tahi lalat
    • tahi lalat muncul apabila sel-sel membesar dalam kelompok bukannya tersebar pada seluruh kulit..

orang yang bertanggunjawab melayan kakak selama 45 minit rawatan adalah Pamela.. hee~ comel dan manis.. memang pandai berkomunikasi dalam Bahasa Melayu.. kulit dia ? serius cantik.. tergugat gak la kakak..


Pamela cakap, at least sebulan sekali memang kena buat facial treatment untuk singkirkan kulit mati dan merawat cela-cela seperti parut, whitehead, blackhead dan mengurangkan kedut.. nak nampak muda kan ? kena la tolak kedut kedut tu.. hee~

sepanjang treatment tu memang banyak la ilmu baru yang kakak belajar..

  • tak boleh picit jerawat terus menggunakan jari sebab jari kita ada kuman.. sebaiknya gunakan kapas yang dah dibasahkan..
  • boleh gunakan pencucuk jerawat tapi kena basuh dulu sebelum digunakan..
  • lepas pakai mask, seelokknya basuh dengan span basah + air suam.. lepas tu baru basuh dengan air biasa..
  • kena pakai sunblock yang menggunakan SPF 50.. hee~ sebab dah berumurkan..
  • sebulan sekali memang kena buat facial treatment untuk dapatkan kulit yang sihat dan muda..
kalau buat treatment kat Medikulit, yang bestnya bila korang beli 6 treatment, korang akan dapat 1 treatment FREE.. hee~ memang jimat sangat la kan kalau nak dibandingkan dengan tempat lain.. dan !! kalau korang g sana, dan bagitau korang tau pasal Mediklinik nih dari blog kakak, korang akan dapat trial pack nih secara PERCUMA !!

kena cakap la yang korang pegi sana untuk treatment lepas korang baca blog kakak.. baru dapat nih.. hee~
kalau tanya kakak, untuk treatment yang pertama pun kakak dah puas hati dengan hasil kulit yang lebih sihat apatah lagi kalau dua tiga kali pergi nanti kan ? hee~ kalau korang nak sihatkan kulit dengan kualiti produk dan juruterapi yang berpengalaman, jangan lupa buat temujanji dulu.. sebab Medikulit memang sentiasa padat dengan pelanggan.. 

ALAMAT : NO. 89, JALAN METRO PERDANA BARAT 1, TAMAN USAHAWAN, KEPONG UTARA, 52100  KUALA LUMPUR ( opposite Jaya Jusco )
EMAIL : medikulit@hotmail.com
TEMUJANJI : +603 6257 5762

terima kasih Poliklinik Medikulit & Surgeri !! ada masa nanti kakak datang lagi..

6 comments:

  1. Wow..macam best ja 😍😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. best umi !! nanti singgah la.. treatment dorang pun tak mahal.. hee~

      Delete
  2. Makin comel la kakak nanti... best kan buat facial treatment ni...

    ReplyDelete
  3. Kos berape hakak santek

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh terus contact dorang dik.. hee~ kakak tak ingat la seme harga dorang.. sorry..

      Delete

Powered by Blogger.