AWAS !! 5 SEBAB BAHAYA MANDI TANPA TIDUR YANG CUKUP

bestnye lahai kalau dapat mandi kan ? lagi-lagi kalau musim panas - bahang tak menentu macam sekarang ni.. hee~ tapi !! korang tau tak, ada bahayanya kalau korang mandi tapi tak tidur.. maksudnya, korang berjaga sepanjang malam / tak tidur tapi mandi pada awal pagi.. haa.. mesti tak tau kan ? kan ? kan ? ni kakak nak bagitau le ni.. 5 Sebab Bahaya Mandi Tanpa Tidur Yang Cukup..

memang tak de masalah lansung kalau korang nak mandi pukul berapa pun samada selepas atau sebelum beraktiviti.. ye la.. best kot kalau badan sentiasa segar kan ? kakak pun selalu jek dengar momokkan yang tenaga dari air yang meresap ke dalam kulit dapat membantu tubuh badan kita mengecas tenaga positif.. eh !! ye ke ni ? hee~


tapi !! bukan semua waktu mandi adalah sesuai dengan tubuh badan kita.. ada beberapa keadaan yang memerlukan kita berfikir dua kali.. haa.. contoh paling mudah dan BAHAYA adala mandi tapi tak tidur.. dah kenapa plak ? apa yang bahayanya ? ada beberapa sumber kajian yangm engatakan mandi tapi tak tidur MUNGKIN akan memberi pengaruh yang tidak sihat terhadap tubuh badan kita..

kalau tak sekarang, mungkin 3 - 5 tahun akan datang nanti.. mungkin jugak 10 tahun.. logiknya ?

1 : MENGUNCUPKAN SALURAN DARAH

  • berdasarkan ulasan dari seorang ahli perubatan, Dr. Kasim Rasjidi ; SpPD-KKV, DTM&H, MCTM, MHA, SpJP, LMPNLP, ELT, CCH - mandi pada malam hari sebelum rehat tapi tidak tidur malah meneruskan pelbagai aktiviti bukanlah tabiat yang baik kerana secara fisiologi keadaan suhu yang sejuk mampu menguncupkan saluran darah..
2 : BADAN AKAN MENGGIGIL

  • berjaga malam adalah sesuatu yang biasa untuk mereka yang mengejar deadline.. ala.. biasa la.. student kan.. dan kadang-kadang pekerja yang memang kerjanya tak pernah habis dan terpaksa stayback dan berjaga untuk siapkan kerja.. dek masa yang suntuk, tak dapat la nak tidur tapi terpaksa jugak mandi supaya badan kelihatan segar sebab dah mandi.. amacam ? selalu buatkan ?
  • ya !! memang badan korang akan menggigil teruk tapi masih boleh diatasi kalau korang buat senaman ringan selepas mandi tu.. tapi tetap tak sihat ya !!
3 : RISIKO SALURAN DARAH TERSUMBAT

  • lebih kurang sama dengan point yang pertama.. mandi dalam keadaan sejuk mampu membuatkan saluran darah menyempit lalu tersumbat.. ye la.. dah la saluran darah tu kecik, risiko tersumbat lagi la senang.. kan ? kita tak tau kat mana terjadinya saluran darah tersumbat, mungkin di otak atau di jantung.. yang bahayanya bila terjadi serangan megejut pada pesakit yang mempunyai masalah jantung ataupun otak.. kemungkinan besar boleh berlaku serangan pada masa tu.. bahaya kan ?

4 : MENGANTUK

  • ada yang bersetuju, lepas mandi badan menjadi terlalu selesa dan membuatkan badan lebih mudah untuk berehat.. haa.. bayangkan semalaman tak tidur ni menyiapkan kerja lepas tu mandi plak awal pagi konon nak fresh kan badan.. tapi sebaliknya yang jadi !!! mungkin lepas mandi korang akan terlelap.. ya !! masa ni virus mengantuk akan menjangkiti korang..
  • kerja-kerja lain ? confirm tertangguh la nanti.. kan ?
5 : TIDAK PRODUKTIF

  • em.. memang la dah berjaga pada waktu malam buatkan korang letih dan mengantuk.. walaupun korang mandi pada waktu pagi, ianya tak menjamin korang kekal cergas pada keesokan harinya.. hati-hati ya.. sedikit sebanyak ia akan menggangu produktiviti kerja harian korang.. awal paginya korang memang nampak segar dan cergas tapi menjelang tengahari, korang akan nampak layu dan lemah..
acane ? ade tak niat nak tukar gaya hidup ? hee~ sekali sekala tak pe la nak berjaga dan amik early bath tapi kalau dah selalu, boleh menjejaskan kesihatan korang tau tak.. kalau dah sakit siapa nak bertanggungjawab ? kesihatan tu amanah tau..

belajar untuk seimbangkan waktu kerja dan tidur supaya tidak menjejaskan urusan harian dan kesihatan.. sebab tu Tuhan bekalkan setiap dari kita 24 jam tak lebih tak kurang..

  • 8 jam rehat
  • 8 jam kerja
  • 8 jam beribadat
cantik dah aturan tu.. kenapa nak ubah lagi ? hee~ kakak tanya jek..


4 comments:

  1. pertama kali dengar tentang ni, masa universiti dulu biasa buat ni

    ReplyDelete
  2. Baru tau info ni.. dulu masa zaman2 bujang selalu juga tak cukup tidur dan mandi nak bagi segar huhu. Tp skrng mmg dah kurang mcm tu. Kesihatan mmg kena jaga.. thanks sharing Atie :)

    ReplyDelete
  3. tidur antara perkara penting kena pastikan cukup setiap hari

    ReplyDelete
  4. Baru tahu..sebelumni main langgarje..lagi-lagi masa study memanf selalu buat macamni..tq sharing

    ReplyDelete

Powered by Blogger.