KOLABORASI CADS DAN COURSERA MENAIKTARAF KURSUS DALAM TALIAN

by - December 15, 2017

perubahan besar dalam pasaran global menyebabkan banyak syarikat bertaraf antarabangsa mencari calon yang berbakat dan berkemahiran bagi memenuhi trend pasaran dan sekali lagi, Malaysia dilantik sebagai negara peneraju data yang menyasarkan 20, 000 golongan profesional menjelang 2020..

thecads.org

The Center of Applied Data Science ( CADS ) yang juga merupakan platform pertama ASEAN dan satu-satunya pusat kecemerlangan tunggal Sains Data di rantau ini yang bertujuan memperkasakan generasi PROFESIONAL DATA.. seiring dengan matlamat mega ini, CADS dengan kerjasama Coursera telah melancarkan kursus dalam talian ( MOOC – Massive Open Online Course ) yang terbesar di dunia dalam menawarkan pelbagai kursus sains data kepada rakyat Malaysia khususnya..

coursera

melalui kerjasama ini, golongan profesional dan pelajar di peringkat universiti / kolej boleh meneruskan kerjaya impian mereka dalam bidang Sains Data dengan cara menamatkan program pendidikan dalam talian dalam tempoh setahun dengan memanfaatkan 11 kursus dalam talian yang ditawarkan oleh institusi pengajian global yang terkenal.. haa.. jangan tak tau yang kesemua kursus tersebut menepati piawaian antarabangsa.. hee~ best kan ? dan paling BEST bila kesemua pelajar mempunyai akses Hub Pembelajaran CADS serta sesi kelas tambahan ( tuisyen ) peribadi dengan Para Penyelidik Data yang terlatih dan berpengalaman..

the_cads_org
pertukaran Memorandum Persefahaman telah dilakukan antara Encik Cheam Tat Inn ; Pengarah Urusan di CADS dan Encik Matthew Klein ; Pengurus Perkongsian Kerajaan Antarabangsa di Coursera.. turut hadir, Cik Sharala Axryd ; Ketua Pegawai Eksekutif ADAX dan Dr. Karl Ng Hou ; Pengarah Bahagian Data Ekonomi di MDEC


"kami amat berbesar hati dapat menjalinkan kerjasama dengan Coursera,
kerana kami percaya kerjasama ini membolehkan kami memupuk dan
memperkasakan generasi baru saintis data yang akan mempunyai akses
kepada pendidikan dalam talian terbaik di dunia.. ini menandakan komitmen kami
untuk melahirkan kumpulan saintis data yang berkemahiran tinggi yang memiliki
kursus-kursus dari universiti antarabangsa.. antara institusi yang bereputasi adalah
John Hopkins University, Wharton University of Pennsylvania,
University of Washington dan University of California, San Diego..”


Encik Cheam Tat Inn, Pengarah Urusan CADS


pendidikan antarabangsa dalam talian merupakan platform penting yang membolehkan rakyat Malaysia mengejar pendidikan ke tahap yang lebih tinggi tanpa sebarang kekangan dan masalah.. in shaa Allah.. dengan kerjasama CADS dan Coursera menawarkan pembelajaran yang meluas dalam topik yang berkaitan.. dan !! dan !! ** ini penting ni.. ** kesemua pelajar akan mendapat akreditasi yang diiktiraf diperingkat antarabangsa tanpa perlu belajar di luar negara sebaliknya ia boleh dicapai bersama Coursera..

the_cads

sesi pembelajaran yang luas dan menakjubkan ini ibarat membawa kampus terus kepada anda.. hee~ tak payah dah nak masuk kelas fizikal sebaliknya hanya ‘masuk’ kelas secara online jek--



"kami sangat berbesar hati dengan kerjasama ini kerana ia membuka peluang 
dan kini pembelajaran sains data yang berkualiti tinggidan efektif dapat 
diakses di Malaysia.. perkongsian dengan CADS benar-benar unik kerana 
pembelajaran yang ditawarkan membolehkan parapelajar menikmati pelbagai 
manfaat melalui kursus analisis data dari Universiti terhebat dan rakan industri.. 
mentor peribadi turut disediakan agar mereka boleh berusaha mencipta peluang 
inovatif dan seterusnya melahirkan bakat-bakat baru saintis data di Malaysia..”

Matthew Klein, Pengurus Antarabangsa Perkongsian Kerajaan Coursera





"platform MOOC seperti Coursera akan membuktikan ianya bernilai bagi 
pencapaian individu.. organisasi telah membuka lebih banyak peluang 
penting disebabkan permintaan tinggi terhadap kemahiran teknologi baru.. 
kursus dalam talian juga boleh membantu pembelajaran yang meluas 
bagi pelajar universiti serta perkembangan kerjaya untuk para pekerja dan 
kestabilan tenaga kerja untuk majikan.."

Sharala Axryd,Ketua Pegawai Eksekutif ADAX


kursus yang akan bermula pada bulan Februari 2018 dengan kos hanya RM 4,999.00 untuk pekerja profesional dan RM 3,599.00 untuk pelajar dan yuran tersebut termasuklah yuran peperiksaan dan kuiz, akses makmal dan panduan saintis data selama sejam seminggu sepanjang proses pembelajaran secara keseluruhan..
register_now

pendaftaran dalam talian ini bermula pada 15hb Disember 2017 dengan diskaun istimewa sebanyak 10% turut ditawarkan kepada mereka yang mendaftar sebelum 31hb Disember 2017.. amacam ? bestkan ? hee~ kalau korang memang mempunyai cita-cita tinggi dalam bidang Sains Data, inilah masa yang sesuai untuk korang GRAB ketat ketat..

cita-cita ibarat angin lalu jika tidak mengambil peluang yang bernilai.. kan ?

coursera

nah !! kakak sediakan lampiran untuk rujukan korang.. semoga berjaya !!

LAMAN WEB : www.thecads.org
PENDAFTARAN : www.thecads.org/coursera


You May Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...