STEAMBOAT HALAL DAN MURAH ALA 5 BINTANG DI SERI KEMBANGAN

jeng.. jeng.. jeng.. kakak dan keluarga pergi makan best lagik weyh.. hee~ serius kenyang dan sangat berbaloi sebab kami memang kaki steamboat lagi-lagi bila jumpa port steamboat halal dan murah ala 5 bintang gittew—menyandar sungguh ha..

steamboat_halal_selangor

bab makan memang encik suami kakak memilih sikit sebab tu, hanya kedai yang beliau kata OKAY !! JOM !! baru kami akan singgah.. teruk kan ? eh !! tak la.. demi menjaga keharmonian perut, kakak suka dan setuju dengan cara beliau..

alhamdulillah..

kami dijemput dan diterima baik oleh staff dari D’AURA STEAMBOAT dengan senyuman lebar.. hee~ kakak anggap ‘sapaan’ itu tanda hormat pada tetamu ( pelanggan ).. dengan bantuan staff kat sana, kakak diperkenalkan dengan menu baru !! wah !! dan dan jadi orang pertama yang mencuba menu steamboat dari jenama D’Aura..

steamboat_seri_kembangan_2

macam biasa, kedudukan kami memang macam ni la.. hee~ sebab encik suami kakak yang akan celup celup segala bahan yang ada lepas tu masukkan dalam mangkuk kami semua.. em.. memang memerlukan kesabaran dan beliau adalah seorang yang sabar..

untuk kami berempat, kami pilih set untuk 2 orang makan yang berharga RM 38.00.. murah kan ? itu pun tak habis tau.. dan dalam RM 38.00 tu ada :

  • 2 jenis fishcake
  • fishball
  • tauhu jepun
  • telur
  • isi ayam
  • sawi
  • kobis panjang
  • enoki
  • udang
  • suhun
d'aura_steamboat_seri_kembangan

kombinasi sup yang cukup rasa membuatkan Nur Aiman yang pada awalnya demam, berpeluh sihat kembali.. hahahah~ serius.. mula-mula tu dia lemah jek tapi dah hirup sup beberapa kali, dia mula minta ais krim.. adoi.. segan jek.. makan belum habis, anak-anak dah oder benda lain..

steamboat_seri_kembangan_1
panas weyh.. tapi ini adalah antara sup yang terbaik dalam kelas dia..
tak lengkap ber-steamboat tanpa sos.. haa.. untuk cicah cicah kena la ada sos kan ? hee~ sampai kakak meratah sos dorang ni sebab lain !! lain bukan tak sedap tapi mencuba untuk kenal pasti semua bahan yang ada.. memang sedap sebab resepi rahsia dari chef hanya di D’Aura Steamboat..
seri_kembangan_foodies_1
kakak tak dapat nak cam bahan apa yang dorang guna kan.. dan kakak stress.. hee~ tapi !! 5 bintang untuk sos ni..
syarat-syarat sah untuk menikmati hidangan steamboat adalah sup ( tak kisah la sup kosong ataupun tomyam ) dan orang sekeliling kita ( kawan-kawan atau keluarga ) yan turut sama menikmati hidangan.. haa.. tak jadi la steamboat kalau makan sensorang.. hee~ keluasan restoran ini dengan susun atur yang ringkas tetapi menarik juga memberi keselesaan kepada tetamu yang ingin mencuba pelbagai jenis menu..

steamboat_murah_seri_kembangan_1

kalau #duanur pun enjoy dan suka dengan restoran ni ( maaf, anak kakak pembersih sikit.. hee~ ) apatah lagi korang yang sangat mementingkan gaya dan keselesaan untuk keluarga.. dan sebenarnya.. masa kami sedang menikmati hidangan, rupanya ada tetamu untuk candle light dinner gais.. dan kakak dengan Nur Aina pun menumpang la untuk memori kami sendiri.. hahahaha~ tak senonoh kan ?

romantic_dinner_kuala_lumpur_seri_kembangan
bengkok dia punya posing.. hahaha~ lantak situ..
punya la best sebab dapat menumpang bunga ros orang ha..

makan_malam_romantik_selangor

korang boleh requset table deco ikut kesesuaian majlis yang korang nak raikan dengan harga serendah RM 100.00 jek.. dah ada majlis, kena la ada kek kan ? haa.. jangan risau sebab dorang memang ada sediakan kek dengan harga RM 15.00 sepotong.. tak nak sepotong ? amik la the whole cake bersaiz 5 inci dengan harga RM 68.00 jek dan makanan serta minuman pun murah ( lebih kurang RM 25.00 satu hidangan makanan ) murah kan kalau nak dibandingkan dengan tempat lain..

kakak ni sejeni suka buat perbandingan.. hee~ sebelum ni kakak celebrate harijadi encik suami total kakak habis lebih kurang RM 400.00 gais.. tapi dengan dorang ni kakak rasa kakak boleh jimat banyak tapi masih dapat pakej yang sama.. em.. rasa macam nak repeat ni... hahahaha~


HARGA PAKEJ STEAMBOAT D’AURA STEAMBOAT

PAKEJ 2 ORANG : RM 38.00
PAKEJ 4 ORANG : RM 78.00

nak tengok encik suami kakak bikin review ? hahaha~ kali ni beliau buang tebiat sikit, offer diri untuk dijadikan bahan ujikaji kakak.. tengok video bawah ni.. ehem.. encik suami kakak, kalau menipu mukanya cepat berubah sebab beliau rasa bersalah tau.. jadi.. ini ikhlas dari hati beliau nan luhur dan innocent itu..



amacam ?

untuk yang tinggal dekat-dekat area SERI KEMBANGAN, dan mencari port makan steamboat.. kakak memang cadangkan INI.. selain halal, persekitaran dan kemudahan yang sangat memuaskan.. kakak bagi 5 bintang..


4 comments:

  1. murah tu...tp jauhnya alahai...kalo ada special event bole la request tu I LOVE U

    ReplyDelete
  2. Lama x makan steamboat. Boleh try gak kedai ni.

    ReplyDelete
  3. sedapnyaaa.. udang tu nampak fresh

    ReplyDelete
  4. aihh..meleleh air liur..hehe

    ReplyDelete

Powered by Blogger.