BAGAIMANA ANAK 8 TAHUN INI PILIH JADUAL TANPA BANTUAN IBUNYA ?

by - January 19, 2018

hah !! tajuk dia kemain kan.. hahahaha~ anak dah besar gais, dah boleh berdikari sesikit jadi ibu pun lepaskan dia untuk ‘hidup’ bagaimana yang dia perlu.. haa.. ni nak share la ni cemana anak 8 tahun ni pilih buku sekolah mengikut jadual kelas tanpa bantuan ibu.. setiap hari gais.. setiap hari..

ajar_anak_pilih_jadual_sekolah

menjadi anak sulung yang perlu serba boleh, dari awal kakak dan suami dah didik Nur Aiman menjadi SESEORANG.. bukan paksa tapi mengikut kemampuan dia.. ye la.. baru 8 tahun kot, takkan kakak nak treat dia macam remaja 18 tahun yang dah boleh berdikari sepenuhnya.. kan ? mungkin ini basic dan sudah ramai ibu ayah kat luar sana praktikkan..

well..

ni anak sulong ai kot.. hee~ kasik la ai eksaited lebih sikit.. hahahahah~

dari Nur Aiman darjah satu, kakak memang dah mula labelkan buku-buku sekolah dia untuk memudahkan proses menyusun buku.. OCD ? nah.. tak la.. bila ada sistem yang dia boleh ikut, maknanya dia boleh belajar terima arahan.. minda anak kecik ni macam span ; mudah menyerap apa yang kita terapkan setiap hari.. kalau kita ajar benda yang baik, dia akan serap yang baiklah dan kalau sebaliknya yang diajar, keputusannya pula mengikut apa yang mereka terima..

jelas ?

label_jadual_kelas_sekolah

tahun ni kakak tak pakai cop tapi kakak beli kertas A4 yang jenis sticker putih tu untuk print nama Nur Aiman.. nampak renyah sikit kan ? tapi kemas gile.. hahahaha~ helok sikit la dari tulisan ibu ataupun menggunakan cop ( pengalaman sebelumnya ; ink comot – kesian Nur Aiman guna buku dah comot.. hahahaha~ ).. ya.. kerajinan ibu sangat diperlukan saat ini sebab proses menggunting akan membuatkan emosi ibu sedikit terganggu.. haa..

tips_ajar_anak_pilih_jadual_sekolah
sticker hari - beli kat FB
ya !! paling penting ni.. kalau tak ada jek buku tak bawak la, TER – tinggal la.. jadi.. sticker ini sangat membantu dalam proses kematangan Nur Aiman.. tak de la kes ibu kena hantar buku kat sekolah time rehat lagi.. harapnya Nur Aiman lebih bertanggungjawab..

tampal kat mana ?

cara_mudah_ajar_anak_pilih_jadual_sendiri

untuk buku teks, kakak tampal kat tepi buku.. yang kat tulang buku tu ha, senang sket nak nampak cuma buku tulis kena tampal kat belakang.. kenapa ? risau gak a kalau kalau cikgu sendiri ada buat sticker lain untuk labelkan kelas atau subjek yang diajar.. jadi.. tak nak mengganggu, tampal jek kat belakang.. haa.. cantik kan sebab dia kaler kaler gitu.. meriah..

jadual_sekolah_anak

fail ni dari tahun lepas dan masih kuat.. beli kat IKEA yang jenis kertas tebal tu.. haa.. buat la label sendiri cecantik dan letak matapelajaran yang ada dlaam jadual kelas Nur Aiman.. setiap hari, Nur Aiman balik sekolah – dia akan susun semula buku kat dalam fail ni sebelum pilih jadual mengikut hari..

AJAR ANAK BERTANGGUNGJAWAB


haritu kakak ada terjumpa satu ayat.. 


"anak yang bertanggungjawab lebih mudah untuk berjaya.."


dan bagaimana untuk mengajar anak menjadi seorang yang bertanggungjawab adalah dari didikan ibu ayah dari anak tu kecik lagi.. haa.. bukan la nak kata kakak ni perfect dan anak-anak kakak adalah yang terbaik, tapi mencuba jadi yang terbaik lebih baik dari tak mencuba lansung.. kan ? hee~

selain memudahkan Nur Aiman memilih jadual, cara ini juga membuatkan Nur Aiman dapat menjimatkan masa yang ada.. bila masa pun dah jimat, dapatlah dia main lego macam biasa.. hahahaha~ adoi.. pening kepala ibu bila dia asyik minta beli lego jek.. haa.. nanti kakak share cemana gaya Nur Aiman simpan lego dia plak eh..

oh !! kat mana kakak beli sticker hari tu ? korang boleh cari jek kat SEARCH FACEBOOK – STICKER JADUAL, nanti keluar la berderet tukang jualnya.. murah jek pun dorang jual, kira berbaloi la.. tapi kalau korang rajin, ada printer bagai seme, DIY pun boleh.. kan ?


You May Also Like

10 comments

  1. Wahhhh....bagusnye.. Ni idea untuk LeYa ni kalau dah ade anak nanti.. Mudah2an..

    Nama tu memang zaman sekolah menengah dulu LeYa buat macam tuh.. Cantik dan nampak kemas sticker hari tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin.. mana tau nanti nanti boleh jadi rujukan.. hee~

      Delete
  2. Terbaik semoga menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  3. mula2 mmg ibu bapa kena bagi guidelines supaya dia lebih bertanggungjawab dan kemudian berdikari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. mula2 memang kena pantau.. ni lepas dia pilih jadual pun tetap kena pantau takut dia terlepas pandang.. hee~

      Delete
  4. Masya Allah bagus ye buat macam ni senang anak nak follow jadual setiap hari. Nak try juga la untuk anak saya 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ try try.. ajar anak berdikari sikit..

      Delete
  5. peeergh tersusun and organize bagusnyaaa.. thumbs up =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha~ ibu ada sedikit OCD tapi tak kronik la.. sikit2 jek pada perkara tertentu..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...