TIPS KULIT SIHAT DAN CANTIK DENGAN ACNE SOLUTION SOOTHING CLEANSER DAN 3D MICRITE EYECREAM DARI SWISSVITA MALAYSIA
alamak !! bila tengok kalendar, baru sedar – diri yang tahun ni usia kakak menginjak ke angka 32 ( tigaplohdua ) tahun.. e.. ngeri betul.. hahahaha~ dengan jadual tidur dan bangun yang tak menentu, pelbagai aktiviti luar dan terkejar sana sini membuatkan kakak tak sempat nak fokus untuk menjaga kesihatan kulit dengan cara yang betul..
selepas seminggu kakak mencuba 2 ( dua ) produk yang berfungsi menyeluruh untuk memulihkan kembali masalah kulit yang kakak hadapi ( panda eyes + eyebag + jerawat period + huu~ mula tu malas la nak percaya sebab dah banyak produk yang kakak try, dan kesudahannya tetaplah hampa.. setiap bulan, jerawat tetaplah naik dan bengkak mata tetaplah tersembul dengan jayanya.. hahahaha~ sakit hati sebab tak boleh nak sorok semua ni..
SWISSVITA MALAYSIA
‘gerakan’ pakar kecantikan segah namanya yang bertahun-tahun memberi khidmat dalam membantu memperbaiki masalah kulit tanpa pembedahan telah diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi yang bertauliah dan pernah tersenarai dalam Yahoo Top 10 Cosmeceutical Award dan produknya diiktiraf antara yang terbaik dalam membantu menyelesaikan masalah kulit.. wa !! bukan calang-calang produk tau..
rangkaian produk yang telah diformulasi dari Switzerland ini dikatakan TERBAIK dalam kelasnya kerana mampu mengeluarkan produk kecantikan tanpa menambah paraben, alkohol, pewangi dan sulfat di dalam setiap produk keluaran mereka.. nah !! kakak kira, antara beauty haul yang mesti korang dapat untuk dijadikan skin routine korang..
ACNE SOLUTION SOOTHING CLEANSER CREAM
ya !! dah kalau umur pun cecah 30 – an, secara logik nya dan terpaling masuk akal ; kakak dah cuba beratus jenis pencuci muka pelbagai jenama untuk menyelesaikan masalah yang kakak hadapi ni.. ada yang okay, ada yang serasi dan ada yang tak elok lansung dan membuatkan masalah kulit muka kakak bertambah teruk.. tapi tak pe la, sebab kita try and error kan..
mempunyai masalah kulit seperti kulit berminyak dan liang pori tersumbat menjadi punca jerawat naik satu persatu sebab kulit tak dapat bernafas dengan baik dan pengudaraan kulit tidak terjadi dengan betul.. haa.. nasib ada pencuci muka dengan tekstur krim ringan ni boleh membantu seimbangkan keperluan kulit disamping menyingkirkan sel-sel kulit mati..
bertindak dengan lebih cepat dan menyerap jauh ke dalam kulit bagi membantu merawat sebum untuk menyeimbangi minyak dan kandungan air di kulit terutamanya pada zon T.. mengandungi asid sitrik yang berfungsi sebagai anti-radang dan anti-oksidan ini dapat menyingkirkan cela-cela pada kulit wajah dan mengembalikan keremajaan kulit sekaligus.. nah !! berlawan-lawan la kita nak cantik nanti ni kan.. hee~
#kakakcakap : disebabkan kakak memiliki combination skin ( berminyak di zon T ) kakak suka dengan Acne Solution Soothing Cleanser Cream ni sebab bau úbat’ dia tak kuat macam sesetengah produk kulit yang ada kat pasaran, tak banyak buih, bertekstur lembut dan menyerap ke lapisan kulit dengan baik.. lepas cuci muka menggunakan pencuci muka ni, kulit rasa ‘bernafas’dan lebih moist.. hee~ macam ada air bertakung plak kat kulit.. best.. biasanya kakak gunakan pada waktu pagi untuk morning skin routine, membawa ke petang pun kulit kakak terasa lembut jek.. hee~ best !!
korang boleh dapatkan kat sini –> Acne Solution Soothing Cleanser Cream
bagi melengkapkan morning skin routine kakak, kakak juga menggunakan krim untuk mengurangkan eyebag dan mata panda ni.. hee~ part paling susah selain mengatasi masalah jerawat yang datang berkunjung saban bulan ni..
3D MICRITE ALL USE EYE CREAM
kedut halus dan lingkaran hitam disekeliling mata membuatkan kakak rasa ‘kurang seri’.. elehhhh.. bukan kakak sorang jek kot, tapi semua wanita mengalami masalah yang sama cuma korang selalu terima jek keadaan tanpa mencari penyelesaian.. kan ? ibarat ‘dah meningkat umur dan itu adalah faktor penuaan ; biar jek la.. tak boleh nak elak..’ kan ? tapi korang silap besar !! tanpa pembedahan dan botox, korang masih boleh kembalikan keremajaan kulit..
dengan cara yang lebih sihat..
dengan KEAJAIBAN 7 SAAT, lingkaran gelap boleh hilang !! ha ? betul ke ? betul ke ? hee~ betul lah !! ingat boleh kaya ke nak tipu tipu ni.. dosa tau tak.. hahahaha~
dikuasakan dengan formula AC-11 x B12 yang sangat baik untuk membaikpulih masalah kulit jika digunakan secara konsisten sehingga mendapat hasil yang memuaskan.. calit sedikit 3D Micrite All Use Eye Cream dan sapu secara membulat dengan lembut sehingga krim menyerap masuk ke dalam kulit.. cuma keyword yang korang perlu tahu sebelum menggunakan krim ni, KONSISTENSI..
menggunakan aluminium sealed package untuk melindungi kandungan aktif krim tersebut |
#kakakcakap : haa.. tu la tu.. terjatuh hati teruk dengan produk Swissvita Malaysia ni sebab bau ‘ubat’ dia tak kuat ( kan dorang tak de pewangi, sepatutnya susah nak tutup bau ubat tu.. hee~ ) didatangkan dengan packaging kecil dan mampu dibawa ke mana-mana.. tekstur ringan seperti gel berwarna kuning cair ini mudah terserap jauh ke dalam kulit.. betul ke KEAJAIBAN 7 SAAT tu ? ya !! betul.. bila korang sapu kat lingkaran gelap pada mata secara perlahan-lahan, korang akan nampak gelap tersebut semakin berkurangan.. tadaaa--
PENJAGAAN KULIT YANG BETUL
menjadi wanita yang sibuk menjalani hari-hari untuk menguruskan rumahtangga dan kerjaya sangat memenatkan sehingga tiada masa untuk memanjakan diri sendiri, kesudahannya.. wajah nampak lebih beusia berbanding usia sebenar.. hee~ ngerikan ? ya.. dengan teknik penjagaan kulit yang betul disamping produk yang berkualiti untuk merawat masalah yang dihadapi, kakak tak rasa ianya satu pembaziran sebaliknya pelaburan yang sihat untuk kepuasan diri sendiri..
nak PROMO CODE tak ? hee~ disebabkan kakak me-wajib-kan korang untuk memiliki 2 ( dua ) KETUL produk ni, kakak belanja korang RM 10.00 tanpa pembelian minima yang sah sehingga 28.02.2018..
--> SWA 10
dan jadikan rutin harian untuk menyingkirkan kulit tidak sihat dan digantikan dengan dengan kulit yang lebih sihat..
nah !! untuk korang haa..
LAMAN WEB : www.allyoung.my/swissvitamalaysia
FACEBOOK : www.facebook.com/swissvitamalaysia
INSTAGRAM : www.instagram.com/swissvitaskinlab
nah !! untuk korang haa..
LAMAN WEB : www.allyoung.my/swissvitamalaysia
FACEBOOK : www.facebook.com/swissvitamalaysia
INSTAGRAM : www.instagram.com/swissvitaskinlab
selamat menjaga diri tau !!
No comments: