PULIHKAN MASALAH JERAWAT DENGAN HIRUSCAR DALAM MASA DUA HARI ? BIAR BETUL !!

Kulit berjerawat dan meninggalkan kesan parut memang sangat memberi kesan terhadap aktiviti seharian kakak termasuklah meruntuhkan rasa yakin apabila berhadapan dengan orang ramai.. Pheewww—Segan weyh !! Lagi menyukarkan pencarian produk yang tepat, jenis kulit muka kombinasi pun membuatkan kakak lebih berhati-hati apabila memilih produk kecantikan..

ubat_jerawat_hiruscar

Dah puas kakak bertukar produk untuk mencari produk yang sesuai dengan kulit tapi belum jumpa produk yang memberikan kesan positif, kalau ada pun sekejap sangat lepas tu mula la naik balik jerawat dan meninggalkan kesan parut.. Hampir putus asa jadinya..

Baru-baru ni kakak ada ternampak iklan produk penjagaan kulit khusus untuk kulit sensitif yang bermasalah seperti jerawat, bitnik hitam dan parut.. Apa lagi.. Kakak memang tak tunggu lama, terus borong dan dapatkan satu set lengkap Hiruscar Anti-Acne Series untuk merawat masalah kulit kakak ni.. Al-maklum lah, nak dekat raya ni kan.. Hee~


KESAN SEAWAL DUA HARI


Sebelum kakak cuba produk Hiruscar ni, kakak nampak kawan update kat Instagram dia yang dia menggunakan produk Hiruscar bagi menangani masalah jerawat teruk dan menghilangkan parut, itu yang membuatkan rasa ingin mencuba tu semakin membuak-buak.. Mana taknya, dia kata masalah kulitnya Nampak hasil positif hanya dalam masa DUA HARI JE !!

Biar betul dua hari je ??


HIRUSCAR ANTI-ACNE


Mengandungi Mukipolisakarida Polisulfat ( MPS ), Asid Salisik, Allium Sepa, Laricyl, Jus Daun Aloevera, Ekstrak Biji Moringa, Ekstral Articok dan juga vitamin C yang terbukti BERKESAN untuk memuliha dan memperbaiki masalah jerawat..

hiruscar

Salah satu faktor penyebab utama jerawat ialah Propionibacterium Acnes ; iaitu bakteria yang menggunakan rembesan kelenjar sebum sebagai sumber makanannya.. Kalau ikut kes kakak, memang jelas lagi nyata puncanya adalah penggunaan kosmetik yang mungkin tak sesuai dengan kulit kakak dan tak cuci mekap sehingga bersih.. Huu~ Kadang-kadang penat sangat sampai nak cuci mekap pun ala kadar je.. Mungkin sebab tu jerawat naik dengan meriahnya !! Dan sekali dia dah naik, memang susah la nak turun malah merebak sehingga mengakibatkan kerengsaan pada kulit.. 

Fuffff—

Cuma dengan TIGA langkah untuk menyingkirkan jerawat dan mengatasi masalah kulit.. Bestkan ? Dah kalau orang yang sibuk macam kakak, tak sempat nak membelek kulit muka dengan teliti dekkkk.. Ni dapat step yang ringkas pun kakak dah cukup bersyukur dah..

ubat_hilangkan_parut_jerawat_hiruscar

LANGKAH 1 : CUCI MUKA

Yeay !! Kakak suka !! Pencuci muka Hiruscar ni mempunyai formula anti-bakteria dan ada asid salisilik yang membantu menyingkirkan sel-sel kulit mati.. Bertindak membersihkan kulit jauh ke dalam liang-liang mampu menyingkirkan kotoran dan minyak berlebihan tanpa mengeringkan kulit..
Lepas kakak guna pencuci muka ni, terasa kulit lebih lembut dan moist.. Nampak kulit kakak cerah sikit berbanding sebelumnya ( mungkin sel-sel kulit mati sudah disingkirkan.. hee~ )


LANGKAH 2 : SERUM UNTUK KECILKAN PORI

Siapa kenal kakak, tau la betapa kakak sukakan SERUM dan buat masa ni kakak ada Sembilan jenis serum dari pelbagai jenama.. Dan !! Serum dari Hiruscar antara yang terbaik dan memberi kesan lebih pantas berbanding jenama lain.. Sebab tu la kakak sayang.. Hee~

Serum Hiruscar ni tak berminyak, tidak mengandungi pewarna dan menyerap pantas ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit.. Nah !! Jerawat pun terbantut tak sempat nak membesar..


LANGKAH 3 : SPOT GEL

Tekstur yang ringan dan tidak berminyak membuatkan ia mudah meresap dan tidak menjejaskan solekan.. Kalau korang sapu-sapu pun, memang tak Nampak bertompok.. Dan paling best, walaupun ia bertindak memudarkan jerawat, korang takkan Nampak kesan pengelupasan jerawat tadi.. Jerawat akan hilang dengan sendirinya !!

Dah selesai semua barulah boleh tampil yakin dengan kulit yang lebih bersih dan segar.. OH !! Memang la jerawat dah tak de, tapi ada kesan parut yang menjengkelkan !! Arrrgggggghhh—Stress !! 
Nak buat cemana ni ?
Risau ?

Hee~ Untuk mengelakkan mimpi ngeri ni berlaku, korang kena pastikan supaya rawatan mengatasi masalah jerawat ni dimulakan secepat mungkin.. Ya !! Maksudnya, proses penjagaan kulit ni kena berterusan dan tidak bermakna bila masalah jerawat dah pulih, korang kena STOP.. Tak !! Selain memilih rawatan yang khusus untuk parut jerawat, korang boleh guna Hiruscar Post Acne secara rutin untuk mendapatkan kulit yang sihat tanpa parut..


HIRUSCAR POST ACNE


Apa yang best sangat Hiruscar Post Acne ni ? Haa.. Tak best, kakak tak sembang lah.. Hee~

ubat_jerawat_batu_hiruscar

Hiruscar Post Acne ni mengandungi bahan-bahan yang mampu menyekat pertumbuhan bakteria, mengurangkan jerawat dan menghalang pembentukan jerawat baharu di tempat yang sama.. Telah menjalani ujian klinikal, Hiruscar Post Acne ini juga tidak mengandungi alcohol dan tidak memedihkan kulit.. Sapu jek kat tempat yang ada jewarat / parut jerawat secara konsisten, dan nikmati hasilnya dalam tempoh satu minggu..

Mengandungi MPS yang mampu memperbaiki semua jenis jerawat termasuk parut hipotrofik dan tompok hitam serta kesan cela merah..

Nah !! Sempat nak melaram cantik / segak time raya nanti.. Kan ? Dah tak payah nak risau kena sindir dengan tetamu kononnya tak pandai jaga kulit ataupun




Semua pun layak cantik tapi bukan cantik sekadat tepek mekap sebaliknya memiliki kulit yang sihat tanpa cela adalah impian setiap insan.. Hee~ Kakak pun sama !! Dan kalau nak kulit yang diingini, kakak tak nafikan selain dari pengambilan makanan yang betul, set penjagaan kulit juga perlu dititik beratkan dan hanya produk yang terbaik mampu memberi hasil yang baik dalam tempoh yang lama.. Berkesan ? Ya !! Sudah tentulah !!

Terima kasih Hiruscar kerana membantu kakak untuk mengatasi masalah kulit !! Korang nak cantik sama macam kakak ? Hee~ Boleh je !! Korang boleh lawati media social Hiruscar untuk explore lebih tentang produk dorang..


blogger_malaysia

3 comments:

  1. wah..wajib kene ada 1 niw
    terima kasih dgn perkgsian

    ReplyDelete
  2. nasib baik jerawat tak sudi kat akk ni..hehe

    ReplyDelete
  3. Popular Hiruscar sekarang. Ramai review kata berkesan produk ni 👍🏻

    Kak Atie, jemput join giveaway di blog Siqah ye kalau ada kelapangan 😬

    LETTER OF HAPPINESS GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA


    ReplyDelete

Powered by Blogger.