IKLAN RAMADAN TERBAIK SYAWAL DARI YEO’S MALAYSIA ; MENGGAMIT MEMORI - MENGUSIK JIWA

bila Ramadan menjengah, sudah pastinya memori semasa kecil sentiasa bermain difikiran.. hee~ tak sah kalau tak mengelat ponteng puasa sebab dah tak tahan dan tergoda dengan membayangkan pelbagai jenis hidangan yang sedap-sedap.. adoi !! menduga betul !!

ramadan_terbaik_syawal_yeos_2018

dilahirkan dalam keluarga yang sederhana dan mempunyai adik-beradik yang ramai membuatkan bulan Ramadan kakak sangat meriah.. nak kumpul pahala dan menghitung bilangan hari puasa penuh, siapa puasa penuh dapat duit raya paling banyak.. saat yang paling dinanti-nanti waktu berbuka dengan hidangan air tangan emak.. wah !! lagi 30 minit nak berbuka, kami dah berlonggok menunggu azan..

awal sangat ? hee~ ya !! sebab tu terliur teruk lagi-lagi kalau ada minuman sejuk yang berais.. wallaa.. nak nanges menahan sabar..


IKLAN RAMADAN YEO’S MALAYSIA


sesekali mak dan ayah akan reward kami adik-beradik dengan air kotak Yeo’s yang pada masa tu agak mahal pada kami.. walaupun bukan selalu, ia tetap berbaloi dan macam biasa.. minum laju-laju sebab nak tambah lagi.. hahaha~ memang tak cukup sekotak !! tapi okay la, dapat rasa..

terbaik_ramadan_yeos_2018

kakak menjadikan pengalaman berpuasa semasa kecil sebagai bahan ilmiah untuk anak-anak lebih bersemangat untuk berpuasa dan memahami apa itu erti PUASA..

mediumnya ?

sudah tentu kakak mencari cara dan tips paling mudah dan menarik seperti hidangan berbuka puasa yang best dan menyelerakan.. hee~ korang dah tengok video baharu dari Yeo’s sempena bulan Ramadan tahun ni ? haa.. berpunca dari video tu la buat kakak semakin rajin menanam semangat dan erti berpuasa sebenar kat anak-anak.. walaupun tahu Nur Aiman dan Nur Aina masih kecil, sedikit sebanyak mereka faham erti berpuasa yang betul..

dalam video tersebut, Syawal yang baru belajar berpuasa curi-curi minum di dalam bilik dan perilaku tersebut dapat dihidu oleh kedua ibu ayahnya.. apa lagi !! kena marah la..

iklan_raya_yeos_2018

iklan_yeos_raya

bermain dengan emosi, ibu Syawal sangat kecewa dengan tindakan yang telah diambil.. huu~ kesian Syawal.. tapi !! ayah Syawal tak diam jek.. memainkan peranan penting dalam membina jati diri dan keperibadian anak, ayah Syawal membawa Syawal ke zaman kanak-kanaknya..

haa.. mana lagi nak tumpah kuah kalau tak ke nasi.. kan ?

Syawal ponteng puasa ? ya !! ayah Syawal juga pernah lakukan perkara yang sama.. kalau tak kantoi tak pe, ni terang-terang kantoi dan dihambat dengan rotan oleh moyang Syawal ( nenek kepada ayah Syawal ).. orang zaman dulu mendidik anak kecil memang tegas untuk memberi pengajaran kehidupan yang lebih baik..

iklan_raya_2018_yeos

iklan_ramadan_2018

iklan_raya_2018

memberi pengajaran dalam menguatkan kasih dan sayang, moyang Syawal cuba memberikan yang terbaik buat ayah Syawal yang semakin membesar dengan membekalkan sumber makanan dan minuman yang dapat memelihara kesihatan ayah Syawal sehari-hari.. ya !! begitulah orang-orang tua menunjukkan belas kasih terhadap ahli keluarganya..

iklan_bulan_puasa_yeos

pilihan moyang Syawal adalah Yeo’s kerana bekalan tenaga dan sumber protein terbaik dapat memberi tenaga untuk terus berpuasa..

Syawal tersedar dari pengembaraan dan menyesali kesilapan yang telah dilakukan.. apa Syawal buat ? sudah tentulah mencari ibunya.. hee~ masa ni memang emosi sikit la.. eh !! korang tengok sendiri la kat Facebook rasmi Yeo’s Malaysia..


KISAH IBU SYAWAL


menjadi ibu yang bertanggungjawab menguruskan keluarga membuat pilihan yang terbaik, kakak juga mengalami dilema hampir sama dengan ibu Syawal.. pernah jek Nur Aina cuba-cuba ponteng puasa, tapi kakak memainkan peranan yang penting untuk menjelaskan betapa pentingnya berpuasa dan bagaimana menyimpan tenaga supaya kekal cergas sepanjang hari.. kalau dulu mak kakak yang memikul tanggungjawab ni, tapi bila kakak sendiri yang merasa betapa sukarnya memberi yang terbaik membuatkan kakak lebih berhati-hati MEMILIH.. hee~

sedap_dan_sihat_bersama_yeos

korang selalu pening kepala fikir nak berbuka dengan hidangan apa ? ye la.. dah balik keje penat, menghadap jem lagi.. mana sempat nak sediakan juadah yang berbaloi untuk dimakan saat berbuka.. tapi !! itu bukan alasan untuk korang minum dan makan sebarangan..

pastikan makanan yang korang ambil nanti SEDAP dan tentu sekali SIHAT !! contoh ? macam Yeo’s la.. SOYA sesuai dijamah waktu berbuka dengan dua biji kurma, jadi bolehlah korang solat Maghrib dulu sebab dah ada tenaga kan ? tak pun boleh jek minum TEH KRISANTIMUM yang rasanya lebih ringan dan mampu mengurangkan rasa letih-letih badan.. kadang-kadang sampai rumah dah lambat, sambar sekotak kecil Yeo’s Teh Krisantimum dengan sedikit kuih..

Cuma tu la tu.. paling WIN sudah tentulah Yeo’s campur !! hee~ korang mesti ingat gabungan Yeo’s Cincau dan Yeo’s Soya.. minum sejuk sejuk, memang best.. haa.. apa lagi ? campurlah untuk berbuka puasa hari ni !!

selamat_berpuasa_2018

untuk maklumat lanjut mengenai produk Yeo’s Malaysia, korang boleh layari :

HOTLINE : 1 300 80 2828

jangan jadikan kenangan berpuasa bersama keluarga tersayang berlalu tanpa kenangan indah !! hee~

blogger_malaysia

1 comment:

Powered by Blogger.