5 SEBAB BUFFET RAMADHAN 2019 DI ME’NATE STEAK HUB SANGAT BERBALOI

Tak berapa hari je lagi bulan Ramadhan akan tiba dan bertebaranlah segala promosi buffet Ramadhan yang mempertaruhkan keunikan serta kelazatan dalam menu-menu termasuklah Me’nate Steak Hub !!

Buffet Ramadhan Murah 2019

Seperti tahun sebelumnya, Me’nate Steak Hub masih relevan dengan tawaran yang dibuat dan menjadi pilihan pelanggan untuk berbuka puasa bersama keluarga mahupun kawan-kawan. KENAPA ? Hee~ Nah lah !!


PROMOSI BERBUKA PUASA DI ME’NATE STEAK HUB


Lima sebab jekkkkkkkk ? Tak lah !! Sebenarnya banyak jek lagi sebab tapi yang kakak share ni paling ngam di mata – selera – kehendak anak tekak kakak lah. Kalau tidak menepari ciri-ciri keperluan korang, bukan salah kakak lah ye. Cuma tekak kita tak sama. Hahahaha~ 

Jom !!

Buffet Ramadhan Murah Shah Alam 2019

1. HARGA KEKAL ; MENU BERTAMBAH

  • Fuff—Kalau lah korang tengok jenis-jenis hidangan yang disediakan confirm terliur sebab Me’nate Steak Hub  menyediakan hampir 40 hidangan termasuklah menu makanan barat dan juga tempatan. Dengan harga RM 79.90 untuk dewasa dan RM 39.90 untuk kanak-kanak. Kanak-kanak bawah 5 tahun makan FREE !! Ngam ? – Korang dapat nikmati kambing golek, nasi arab, pasta, ikan, pizza, kuih-muih tradisional dan mee berkuah. Pendek cerita, confirm kenyang lah.

    Ibarat makan semua benda di bawah satu bumbung.

RM 79.90 - DEWASA
RM 39.90 - KANAK-KANAK
FREE - KANAK-KANAK BAWAH 5 TAHUN


2. ADA LIMA CAWANGAN

  • Sini penuh ? Situ ada. Situ pun penuh ? Sinun ada. Hee~ Tak payah gaduh-gaduh, benda boleh bincang kot. Me’nate Steak Hub mempunyai lima cawangan iaitu di :




WAZE jek, confirm sampai atau korang boleh buat tempahan awal di talian yang kakak sertakan kat atas tu ya !!

Port Makan Steak Murah Di Kuala Lumpur / Selangor

3. HIDANGAN DAGING PREMIUM

  • Sinonim dengan jolokan STEAK HUB, Me’nate menghidangkan daging-daging berkualiti tinggi seperti wagyu, angus, lamb, beef / lamb ribs yang dimasak saat pelanggan membuat pesanan. Nah !! Time perut lapar menahan lapar dan dahaga, dapat makan daging mahal confirm puas habis lah. Hahahaha~ Time kakak menaip ni pun terliur hoccay. Teringat kelembutan daging dan betapa juicy nya. Tsk—Sedap !! Puas !!
Resepi Kambing Golek Mudah Dan Sedap

Senarai Hara Buffet Ramadhan Murah 2019

4. PERSEKITARAN YANG SELESA

  • Jujurnya, masalah parking akan timbul pada setiap lokasi Me’nate Steak Hub ni sebab dorang berada di lokasi tumpuan tapi kalau korang buat tempahan awal dan datang awal ke lokasi – semua akan okay. Serius !! Walaupun ada parking area dekat-dekat, kakak tetap sarankan korang datang awal sikit. Jangan lah lagi 10 minit nak berbuka baru korang nak sampai, pishang. Hee~
  • Macam biasa, lokasi sangat mesra keluarga dengan pelbagai kelengkapan asas seperti tandas, surau dan setiap cawangan boleh memuatkan hampir 100 orang dalam satu-satu masa sudah pastinya memberi lebih ruang pergerakan yang selesa kepada pelanggan. Hah !! Pergi booking sana kat link atas tu. Sebelum penuh tau. Dah penuh kakak tak tau ya.



5. HEY !! BUFFET RAMADHAN PUN ADA DUTA TAU !!

  • Hahahaha~ Bunyik macam OVER gile kan ? Ape lah buffet Ramadhan pun nak pakai duta segala. Haa. Tu lah korang tak tau. Elly Mazlien a.k.a Kak Lina Pom Pom dan Syuk Raja Lawak ramai peminat tau. Manalah tau rezeki korang berbuka kat sana nanti jumpa dorang, confirm tak sempat nak makan sebab tergelak je dengan telatah MAMA PAPA yang mencuit hati. Hah !! Masa tu jangan lupa selfie dan share kat Instagram korang, eksyen sket kat orang kampung yang korang jumpa artis. Hee~


Tak cukup lagi ke ?
Alah. Korang memang manja kan ? Hahahaha~ Link kat bawah ni mungkin dapat membantu korang ya.


Pihak Me’nate Steak Hub juga mengalu-alukan syarikat atau badan-badan korporat mahupun NGO yang ingin menganjurkan sebarang majlis atas label Tanggungjawab Sosial Korporat seperti majlis berbuka puasa dengan anak yatim / asnaf dan warga tua – DISKAUN korporat akan diberikan !! Ya. Disamping bergembira menyambut Ramadhan, golongan yang tidak bernasib baik tidak sekali dilupakan. Usulkan lah kat bos-bos korang weyyyyyy—Confirm berbaloi bila berurusan dengan Me’nate Steak Hub ni.

Buffet Ramadhan 2019 Selangor / Kuala Lumpur


Daripada Abu Hurairah RA lagi bahawa Rasulullah SAW bersabda :
“Apabila sampai bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga semua dibuka, 
pintu-pintu neraka pula ditutup dan diikat serta dibelenggu syaitan dan iblis.”

( Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim )


LOVE ;
ATIE ADNAN
Share:

8 comments :

  1. ala kakak ni ..saja goda2 ai ngan gambar makanan time2 lunch ni..terus perut bunyik2, tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha~ jom nanti berbuka puasa sama..

      Delete
  2. Nyum nyummm... Menu Me'nate memang aauummm!!
    Berbaloi-baloi dengan harga. Yesszaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul wak.. memang tiap tahun menu dorang tak menghampakan..

      Delete
  3. Meleleh air liur baca psl menate ni 🤤

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha~ kakak yang menaip ni lagi lah menanggung penyiksaan.. sama2 lah kite..

      Delete
  4. Amboi..tengok gambar pun dah terliur..

    ReplyDelete
  5. Hahaha... Win sangat kakak mention yg part "jom eksyen sikit dengan org kampung yg kite jumpa retis"... Memang terbaikkm

    ReplyDelete

Copyright © atiehilmi.com - Malaysian Lifestyle Blogger. Designed by OddThemes