BUFFET RAMADHAN 2019 PALING MURAH DI THE VENUE SHAH ALAM

Fuff—Bila masuk je bulan Ramadhan, bertebaranlah promosi buffet yang ntah datang dari mana dengan tawaran harga yang pelbagai – namun INI adalah tawaran terbaik yang kakak terima untuk buffet Ramadhan 2019 di The Venue, Shah Alam.

Buffet Ramadhan Murah Shah Alam 2019

The Venue yang terletak di Sekyen 15 Shah Alam ini menawarkan lebih 50 jenis hidangan tradisional kontemporari untuk peminat masakan klasik. Nah !! Dah lah murah, banyak pilihan plak tu. Siapa yang tak nak memang rugi lah kan.


THE VENUE, SHAH ALAM


Bertemakan “Colours Of Ramadhan”, The Venue mampu memuatkan 1,000 orang dalam satu-satu masa dalam keadaan yang sangat selesa turut dilengkapi dengan ruang parkir percuma, ruang solat dan ruangan tertutup berpenghawa dingin. Pehhhhh—Serius selesa sangat kalau nak berbuka puasa ; semuanya bawah satu bumbung ha.

Apalah makna buffet berbuka puasa tanpa kambing golek. Kan ? Hee~ Jangan risau, di The Venue pun ada kambing golek tapi dengan beberapa variasi nasi pada harga bajet mampu makan. Buatlah pilihan untuk menikmati Nasi Bukhara, Nasi Tomato, Nasi Arab dan Nasi Minyak ataupun rasa lah kesemuanya tanpa kompromi. Puas hati.

Buffet Ramadhan Shah Alam 2019

Pakej Perkahwinan Murah Shah Alam 2019

Peminat ayam ? Jangan risau sebab korang bleh makan lebih lapan jenis masakan bertemakan AYAM iaitu Ayam Cili Padi, Rendang Ayam, Ayam Percik, Ayam Masala, Kurma Ayam, Kari Ayam, Ayam Berlado dan Ayam Kerutuk tapi kalau korang peminat daging, mungkin Daging Gulai Kawoh, Daging Briyani, Daging Masak Lemak Cili Padi, Daging Masak Lada Hitam, Daging Kam Heong, Daging Baghdad dan Daging Dendeng bakal membuatkan korang tak keruan. Makanlah puas-puas selagi masih terhidang.

Pakej Berbuka Puasa Korporat 2019

Pakej The Venue Shah Alam

Wedding Hall Shah Alam 2019

Ada pelbagai jenis pencuci mulut yang sentiasa mendapat tempat dihati pelanggan The Venue saban tahun seperti Kuih Koci, Kuih Keria, Talam Keladi, Seri Muka, pelbagai perisa dadih, jeli dan kek sudah pastinya penggemar manisan tersenyum lebar. TAK CUKUP ? Hahahaha~ Ya !! Ada bubur jugak ya.

Event Space Shah Alam 2019

Shah Alam, Selangor

Dah kalau banyak-banyak hidangan ni jangan lah korang tamak nak ambil macam tak cukup esok, biarlah berpada dan elakkan dari membazir. Makan setakat mampu dan ulang jika perlu selagi The Avenue tak tutup. Hahahaha~ Tu lah. Disebabkan murah, kakak memang cadangkan korang bawak lah family untuk sama-sama menikmati hidangan berbuka puasa. Sesekali tutup dapur tak pe kot kan.


BUFFET RAMADHAN 2019


Kalau nak cakap pasal harga, kakak yakin korang memang tak banyak fikir lah. Semua makanan yang kakak share kat atas tu, korang cuma bayar RM 55.00 untuk dewasa dan RM 30.00 untuk kanak-kanak jek !! Dah tu siap PERCUMA untuk kanak-kanak bawah tujuh tahun tau. Haa. Murah ke tidak ?

Promosi Buffet Ramadhan 2019

Kalau nak ikut tahun 2019, memang tak dapatlah menu sebanyak ni dengan harga MACAM NI haa.

Untuk maklumat lanjut atau tempahan, mungkin link kat bawah ni boleh membantu korang.

Dah kalau ada anak-anak ni memang kena pilih lokasi yang sesuai dan selesa sikit. Hee~ Kalau tak bukan anak-anak je yang tantrum, habis ayah kepada anak-anak pun ikut sama dan The Venue menepati ciri-ciri keselesaan yang kami mahukan.


LOVE ;
ATIE ADNAN

2 comments:

  1. mlm2 tgk menu buffet ramadhan ..lprrr la haha...kalo bln puasa rambang mata nk mkn mcm2

    ReplyDelete

Powered by Blogger.