FENOMENA KECANTIKAN RAWATAN SULAM BEDAK–MEMUDARATKAN ATAUPUN TIDAK ?

by - May 02, 2019

Sinonim dengan isu kecantikan, wanita sering menjadi ‘mangsa’ dan keinginan untuk tampil cantik sentiasa sudah menjadi KEPERLUAN termasuklah mencuba pelbagai jenis rawatan. Nah !! Terkini, rawatan sulam bedak bertebaran dimerata media.

Kelebihan Rawatan Sulam Bedak

Kalau sebelum ini, penggunaan pelbagai skincare yang betul dengan rutin harian yang ketat seperti menjaga pemakanan, pengambilan vitamin E dan C serta membuat pembedahan plastik bukan lagi sesuatu yang pelik. Nah !! Buktinya – banyak klinik estetik tumbuh bak cendawan bagi memenuhi permintaan wanita yang obses dengan kecantikan. Ramai bertanggapan, cantik adalah sesuatu yang subjektif tapi pada zaman seerba moden definisi kecantikan lebih menjurus kepada personaliti dan merupakan aspek penting untuk meningkatkan keyakinan diri.

Tak kiralah wanita berkerjaya, surirumah mahupun pelajar – memiliki kulit yang cantik dan tidak bermasalah serta mudah dijaga adalah keperluan bagi meneruskan rutin sehari-hari.


SULAM BEDAK


Fenomena kecantikan yang kini mendapat tempat dihati mereka yang mahu tampil presentable tanpa perlu mengenakan solekan yang tebal, sulam bedak adalah treatment yang sangat sesuai. Hee~ Apa yang disulamkan ? Boleh ataupun tidak ni ?

Spa Muslimah - The Beauty Expert Academy Spa, Cheras

Salah satu rawatan kecantikan tanpa menggunakan suntikan dan torehan yang meninggalkan kesan ataupun mengubah struktur kulit secara menyeluruh, sulam bedak telah mendapat tempat dihati kakak sebenarnya. Hahahaha~ Dan kakak sendiri telah membaca beberapa review dan artikel sebelum treatment. Dengan teknik mengoles serum bedas asas ( foundation ) ke wajah mengikut pigmen warna kulit, sulam bedak mampu menyingkirkan sel kulit mati dan menjana pertumbuhan sel baharu yang lebih sihat dan memberi efek glowing.




Apa yang menarik, rawatan sulam bedak tak perlu tunggu lama untuk melihat hasil sebab ia memberi kesan sejurus rawatan selesai dan tiada side effect lain. Kalau rawatan kecantikan lain, ada yang memerlukan tempoh-tempoh tertentu untuk mendapatkan kesan selepas beberapa proses seperti pengelupasan ataupun kemerah-merahan.


SULAM BEDAK HARAM ATAU TIDAK ?


Ada sesetengah pendapat mengatakan sulam bedak adalah haram kerana teknik yang dilakukan adalah memasukkan cecair ke bawah lapisan kulit dan menghalang aliran air ( seperti air wuduk ) menyerap masuk. Tapi !! Kalau korang nak tau, teknik sulam bedak ada beberapa bahagian dan salah satunya adalah ‘embroidery’ yang sama seperti tatoo. Ini terang-terang SALAH lah ya. Sebab tu sebelum mulakan rawatan, dapatkan khidmat nasihat dari mereka yang bertauliah.

Spa Muslimah

Berbeza dengan rawatan sulam bedak yang kakak lakukan di The Beauty Expert Academy Spa yang terletak di Cheras, teknik sulam bedak yang dilakukan adalah menggunakan 36 nano needle untuk mengoles cecair serum foundation pada kulit wajah. Teknik sama yang kita lakukan semasa menggunakan serum setiap hari, yang membezakan adalah penggunaan nano needle yang lebih cepat memberi kesan lebih cepat untuk kulit.


KELEBIHAN SULAM BEDAK


Selagi tak cuba, memang tak tau lah kan kesan BEST dia sejauh mana. Hee~ Antara kelebihan sulam bedak yang menjadi igauan setiap wanita, sulam bedak mampu :

  • Memudarkan jeragat dan parut jerawat
  • Mengurangkan kandungan melanin di dalam kulit sebelum atau selepas terdedah kepada sinar UV
  • Melambatkan proses penuaan
  • Meneutralkan radikal bebas
  • Memberi kesan positif dengan hanya sekali rawatan – sejurus selesai rawatan
  • Menjimatkan poket dari berterusan membeli foundation ( hahahah~ serius !! )

THE BEAUTY EXPERT ACADEMY SPA, CHERAS


Ya !! Kakak bagi LIMA Bintang !! Hee~ Dari segai layanan dan juga rawatan, kakak sedikit cerewet sebab dah biasa dilayan bak VVIP kan – expectation kakak memang tak tinggi mana lah dengan dorang ni. TAPI !! Tembok VVIP kakak runtuh bila disambut mesra oleh pemilik jenama spa terkenal di Cheras ; Puan Mastura yang sangat merendah diri. Paling penting beliau cantik. Hahahaha~ Melengkapkan rawatan yang kakak ambil, memberi satu definisi lain tentang kecantikan apabila The Beauty Expert Academy Spa sangat mengambil berat isu-isu penting seperti waktu solat, alahan pelanggan terhadap jenis-jenis ubatan dan kebersihan peralatan yang digunakan.

Sulam Bedak Menurut Islam

Selain rawatan sulam bedak, ada pelbagai rawatan lain yang mungkin korang perlukan seperti berurut, lulur, facial dan banyak lagi.

Mungkin link kat bawah ni boleh bantu korang untuk menghubungi The Beauty Expert Academy Spa, Cheras.


Ada masa nanti kakak nak repeat !! Encik suami kakak selalu tegur kulit kakak semakin glowing walaupun tanpa bedak. Nah !! Happy kan kalau selalu suami puji gitu. Cantik bukan untuk kepuasan sendiri jek tapi untuk tatapan mata yang tersayang jugak.

Gituhhhhhhh--

LOVE ;
ATIE ADNAN



You May Also Like

6 comments

  1. Ni yang terasa nak buat sulam bedak pulak lepasni hehehhe

    ReplyDelete
  2. first time dengar perkataan ni..

    ReplyDelete
  3. Nak try jugak yg sulam bedak ni.. Tpi kt Penang ni mcm xjumpa LG ja

    ReplyDelete
  4. Lepas buat treatment mmg muka jadi licin dan lembut kan.. suka jugak dgn treatment sulam bedak nie..

    ReplyDelete
  5. sy baru dengar ttg sulam bedak nie kak.. Kalau sy slalu guna tomato ja haha..
    Btw sy balas klik ads akak ya :)

    ReplyDelete