FIT HUB BY WOMEN IN MOTION – DARI WANITA UNTUK WANITA
Selalu juga kakak terfikir – kan best ada geng sama-sama minat untuk jaga kesihatan dan pastikan tahap kesihatan lebih baik setiap hari tapi tu lah tu, kakak ni level penganggur terhormat tapi kawan-kawan semua bekerja. Terpaksalah kakak cari inisiatif lain untuk jaga kesihatan. Konon.
Menjengah usia 33 tahun, kakak merupakan seorang surirumah yang menguruskan keluarga dari celik mata sampai lah ke hujung nyawa. Hahahaha~ Bunyi macam susah, kan ? Tak lah. Kakak memang menikmati setiap perihal yang berlaku dalam rumah. Tapi yang kakak risau bila kakak tak sihat dan tak mampu beri yang terbaik.
Ada juga kawan-kawan bertanya
“macam mana nak curi luangkan masa senggang untuk diri sendiri ?
duduk rumah saja ataupun memilih keluar dan berhibur ?”
FITHUB BY WOMEN IN MOTION
Banyak je aktiviti lain sebenarnya tapi yang satu ni lah paling sihat. Hahahaha~ Dan kalau korang mencari ‘kawan sihat’ – kat FitHub by Women In Motion hampir semua ada.
Sama dengan beransurnya Ramadhan dan Syawal, sudah tentu ramai yang menangisi LEBAR – an yang melampau sampai banyak baju sendat. Untung kalau sendat tapi kalau tak muat, naya sungguh kan ? Sejajar dengan misi FitHub by WIM yang mahu bersama-sama wanita menjaga kecantikan serta kesihatan luar dan dalaman, FitHub hanya memberi fokus sepenuhnya kepada WANITA.
Korang tau tak wanita lebih cenderung mendapat osteoporosis berbanding lelaki dan ini adalah faktor genetik dan juga gaya hidup sehari-hari. Wanita juga lebih cenderung untuk mendapat sakit-sakit sendi seperti sakit lutut dan pinggang dan keadaan ini akan bertambah teruk sekiranya melakukan aktiviti senaman yang tidak sesuai dengan tahap kemampuan badan - untuk mendapatkan kesan yang sama dan menjaga tulang dari kerapuhan dan sendir yang kuat, latihan bebanan dengan program latihan bersesuaian adalah salah satu inisiatif yang sangat baik.
Kalau tak jaga dari sekarang sementara belum berlaku, bila lagi ?
Memberi gambaran eksklusiviti kepada pengguna wanita, FitHub by WIM memberi tunjuk ajar kepada pengguna baharu yang sama-sama mahu meningkatkan kualiti hidup dengan pelbagai peralatan moden yang lengkap dan juga teknik penjagaan kesihatan dari jurulatih yang berpengalaman. Memang menarik interior – nya. Hee~ Bangunan dua tingkat corner lot di Plaza Damas yang sangat luas dan tak rasa sesak sekiranya ada aktiviti dilakukan serentak sudah pastinya memberi kepuasan kepada pengguna.
Antara aktiviti yang akan berlansung di FitHub by WIM secara berjadual adalah seperti :
- Zumba
- Yoga
- WIM Fit Dance
- MT Vision
- Rowing
- Crossfit
- Hiit
- Tabata
Tak tahu dari mana nak mula ?
Jangan risau sebab FitHub ada ramai jurulatih yang berpengalaman akan mengajar korang dari A – Z bagaimana untuk mendapatkan bentuk badan idaman disamping 1001 tips berguna rata-rata tentang kesihatan dan kecantikan dari dalam. Best kan ? Hee~
Sempena majlis pelancaran yang telah berlansung baru-baru ini, FitHub berbesar hati memberi diskaun sebanyak RM 30.00 dari yuran pendaftaran seumur hidup. Kalau harga biasa RM 120.00 tapi sekarang ni tengah murah, korang cuma bayar RM 90.00 !! Ingat !! RM 90.00 seumur hidup tau.
Kalau sejenis kakak yang memang tak berapa bijak nak guna peralatan di gym, memang tak de nak segan-segan dah bila ada kat FitHub ni – semua perempuan kot. Hee~ Tak tau je boleh tanya. Apa lagi alasan kakak, kan ? Mungkin link kat bawah ni boleh bantu korang faham lebih tentang FitHub by WIM ni.
LAMAN WEB : http://www.fithubtrainer.com/
FACEBOOK : https://www.facebook.com/FitHubByWIM/
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/fithubbywim/
Apa yang menariknya, para pengguna hanya perlu membuat tempahan kelas melalui aplikasi FitHub !! Senangkan ? Tak payah call ataupun walk in ke gym untuk mengetahui jadual kelas yang bakal berlansung sebaliknya pengguna hanya perlu install aplikasi terus ke telefon pintar masing-masing dan buat semakan kelas yang ada.
Alamat : Lot No. D-0-1 & D-1-1, Plaza Damas, No. 60, Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Tak salah lakukan sesuatu untuk kesihatan berpanjangan dari terus membebankan diri dengan rasa serba salah akibat rutin harian yang tak seimbang. Hee~
LOVE ;
ATIE ADNAN
Kalau gini takde alasan la nak skip gym, nak skip Zumba semua kan...mmg selesa kalau takde lelaki
ReplyDelete