WADIHANA ISLAMIC STEAKHOUSE – WISH 999 STIK PERCUMA
SEBANYAK 999 stik bernilai hampir RM 50,000 diberi percuma kepada pelanggan di Wadihana Islamic Steakhouse ( WISH ) pada 05 dan 06 Julai 2019 di Damansara Aliff, Johor Bahru.
Tawaran istimewa ini bersempena kempen Giveaway Half Ribs yang terbuka kepada semua pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya RM 60.00 dalam satu resit dan hanya untuk makan di restoran sahaja. Malah bagi mereka yang kali pertama mendaftar sebagai penggemar WISH, mereka akan diberi satu scoop aiskrim. Sangat berbaloi ! Pemilik Wadihana Islamic Steakhouse, June Talib menjangkakan sambutan luar biasa terhadap kempen ini dan untuk memudahkan pelanggan, WISH mengalu-alukan tempahan awal dengan menghubungi nombor 013 733 3280 atau mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut, boleh layari layari www.wadihanaislamicsteakhouse.com
“Ini sebahagian daripada kempen TERIMA KASIH kami kepada pelanggan yang setia
menyokong kami sejak dibuka Februari lalu..”
- Pengarah Perniagaan Wadihana Steak House Sdn Bhd ; June Talib
Stik yang ditawarkan dalam kempen ini ialah Honey Pepper Ribs bernilai RM49.90 setiap hidangan.
WADIHANA
Sebelum Wadihana Islamic Steakhouse mencapai kejayaan peniagaannya ini, banyak pahit maung yang dilalui. Jatuh bangun di dalam bisnes adalah lumrah dan bagi yang cekal serta percaya 9 daripada 10 punca rezeki datangnya daripada perniagaan, semua itu harus dihadapi dengan redha.
Sama juga yang dilalui usahawan pemilik Wadihana Islamic Steakhouse, June Talib yang sering memberi peluang kepada diri sendiri untuk bangkit membina kehidupan yang lebih baik. Menurut ibu kepada 4 anak ini, bukan sekali bisnesnya ranap tetapi itu bukanlah bermakna beliau harus angkat bendera putih.
“Saya dan suami hampir berputus asa sehinggalah kami ingin memberi peluang sekali lagi
untuk membina bisnes baru di dalam dunia makanan ( F&B ) selepas beberapa kali gagal dalam bidang lain sebelum ini.."
Bagaimanapun kata June, inspirasi utama Wadihana Islamic Steakhouse adalah anaknya yang berusia 13 tahun, seorang pelajar tahfiz di Johor. Anak ketiganya itu sangat berminat di dalam dunia kulinari, lalu bisnes ini dibina untuknya.
“Setiap anak, saya sudah ada perancangan termasuk anak ketiga ini. Dia agak perlahan
di dalam akademik tetapi sangat berminat dengan dunia masakan, jadi saya dan suami
sepakat menjadikan Wadihana sebagai pemangkinnya. Yang kedua, kami mahu lakukan
pembaharuan kepada Wadihana terutama bagi pasaran Johor Bahru yang belum ada
restoran ‘steak house’ yang mampu makan, ada sentuhan kelas antarabangsa dan suasana
yang tenang dialun mainan piano..”
Lokasi Wadihana Islamic Steakhouse yang terletak di Damansara Aliff agak ‘terselindung’ daripada pengetahuan dan lokasi itu masih baru dalam kalangan penghuni kota Johor Bahru. Bagaimanapun menurut wanita cekal ini, kuasa pemasaran online telah berjaya menarik perhatian penduduk sekitar malah dari Singapura untuk merasa citarasa antarabangsa Wadihana.
“Dulu orang kata, lokasi amat penting untuk buat bisnes tetapi Wadihana walaupun berada
di tempat baru, berjaya membuktikan boleh menarik orang dan menjadikan ia semakin
dikenali hanya menggunakan pemasaran online. Sekarang dunia online, dunia tanpa
sempadan untuk membolehkan kami memberitahu orang ramai tentang apa yang kami lakukan..”
Menceritakan keistimewaan hidangan Wadihana, June berkata, gravy atau kuah stik dihasilkan dengan ramuan sendiri berbanding steak house lain yang menggunakan serbuk atau tepung dari Thailand. Bukan hanya untuk memastikan kuah yang sedap, bagi June, beliau sangat mementingkan kesucian makanan tersebut dan halal.
“Kami merebus tulang lembu lebih 8 jam untuk mendapatkan jus bagi membuat kuahnya.
Saya tidak menggunakan serbuk seperti yang diimport oleh restoran lain kerana khuatir
dari segi kehalalannya.. Alhamdulillah, maklum balas daripada pelanggan
semakin memberangsangkan dengan jualan untuk bulan pertama kami sebanyak RM 170,000.00
dan meningkat kepada RM 240,000.00 pada bulan kedua..”
June berkata, beliau memperuntukkan kira-kira RM 1.5 juta untuk ubahsuai restoran, membeli peralatan dapur mengikut piawaian hotel 5 bintang yang sesuai dengan standard stik antarabangsa serta membina tempat membakar piza ( firewood pizza ). Selain itu, Wadihana juga menyediakan ruang di tingkat atas bagi pelanggan yang ingin mengadakan majlis atau mesyuarat yang boleh memuatkan sehingga 120 kapasiti dalam satu-satu masa. Bercerita pengalaman hitam ketika ditipu oleh sebuah syarikat hingga beliau dikecam oleh para pelanggan dan pembekal, June berkata, detik-detik itu membuatnya serik untuk berniaga.
“Saya bagus dalam closing sale dan untuk sebuah perniagaan sebelum ini, saya banyak
membawa duit jualan untuk syarikat tetapi tidak lama kemudian, syarikat itu tutup. Pembekal
dan pelanggan mula mencari saya, menuntut bayaran dan sebagainya tetapi itu bukan salah
saya. Malah saya sendiri ditipu kerana semua wang jualan sudah dipindahkan ke akaun
syarikat tersebut. Hampir 2 tahun saya memencilkan diri, mengasingkan daripada orang luar
kerana takut berdepan dengan orang ramai. Saya menerima mesej ugutan dan cercaan
daripada sebahagian mereka. Mereka juga membuat laporan polis dan saya juga harus
berbuat demikian untuk mempertahankan diri kerana bukti-bukti pemindahan
wang memang jelas..”
Bagaimanapun semangat yang ditiup oleh suami membuatkan June kembali membuka mata terhadap kehidupan dan keluarga mereka.
“Life must go on dan saya harus berani berdepan dengan segala kemungkinan.
Buat apa takut kalau kita tidak bersalah? Sekarang saya sudah bersedia dari aspek fizikal
dan mental untuk menghadapi sebuah perniagaan..”
Tak lengkap rasanya kalau tak singgah untuk menikmati barang sepinggan dua steak yang dihidangkan oleh pihak Wadihana.
Untuk yang berkesempatan, mungkin boleh singgah ke :
36 , Jalan Damansara Aliff Harmoni 3,
Taman Damansara Aliff,
81200 Johor Bahru , Johor Darul Takzim.
Atau tempahan secara online melalui :
LOVE ;
ATIE ADNAN
tgk sekali imbas ingatkan kt tmn melawati tp tak sama rupanya... sbb kt sana pun islamic steakhouse juga ...hehehhe
ReplyDeleteSedapnya steak. Percuma lak tu. Telan air liur jap.
ReplyDelete