SERVIS KENDERAAN DI MANA SAJA LOKASI DENGAN SERV

Fuff—Time nak Raya ni memang tak sempat betul kakak nak menguruskan semua benda termasuklah maintain kereta. Kalau sebelum ni memang bergantung sepenuhnya pada khidmat bantuan dari encik suami tapi kini kakak ada SERV yang boleh membantu serba sedikit tentang kereta kakak.


Beberapa hari sebelum Raya haritu kakak sempat meluahkan rasa betapa tak sempatnya untuk kakak keluar dan mencari bengkel yang masih sanggup menerima pelanggan kat encik suami tapi memang teruk lah kakak kena bahan. Hahahaha~ Tak best okay bila kena bahan bada benda yang memang kita tak pandai. Nasiblah masa tu juga kakak diperkenalkan dengan SERV.


SERV

Memberi perkhidmatan di mana sahaja lokasi terpilih oleh pelanggan, SERV akan menghantar tenaga kerja yang berpengalaman untuk memastikan perkhidmatan yang tersedia adalah perkhidmatan yang terbaik di dalam lapangan. Tidak perlu lagi k bengkel atau pusat servis untuk peyelenggaraan kenderaan sebaliknya hanya membuat tempahan melalui aplikasi SERV yang elah tersedia di Google Play Store dan Apple App Store.

Telah beroperasi selama setahun dan setakat ini SERV telah menerima lebih 450 tempahan pelbagai perkhidmatan termasuk lah semakan kesihatan kereta, tukar bateri, penukaran brakepad dan banyak lagi. Keseluruhannya adalah perkhidmatan menyelenggara kenderaan supaya selamat dipandu. Nah !! Bukan keselamatan pemandu je diambil kira sebaliknya kesihatan kenderaan merupakan aspek paling penting yang perlu dititik beratkan.


Perkhidmatan di mana-mana – Termasuklah di rumah, pejabat mahupun di kedai makan. Asalkan kawasan yang bersesuaian, SERV okay saja.

Buat masa ni perkhidmatan SERV hanya meliputi kawasan sekitar Lembah Klang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya sahaja. Tapi mana tau kalau ada permintaan, SERV akan meluaskan lagi kawasan perkhidmatan. Kan ? Hee~


PERKHIDMATAN SERV


Membawa perkhidmatan seperti bengkel bergerak, SERV terus menghantar tenaga kerja yang telah berdaftar dengan mereka ke lokasi korang dengan menawarkan :


  • Harga tetap seperti yang dinyatakan dan tiada bayaran tersembunyi
  • Perkhidmatan untuk semua jenis kereta dan model yang ada dipasaran
  • Beroperasi tanpa henti, setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam ( melalui temujanji )
  • Setiap perkhidmatan SERV diberi jaminan selama TUJUH hari selepas tarikh perkhidmatan
  • Tenaga kerja SERV akan menyediakan segala peralatan yang diperlukan ; Memudahkan pelanggan yang memang tidak arif tentang kenderaan – Macam kakak lah. Hee~
  • Mengambil masa sewal 30 minit sehingga dua jam ( perkhidmatan seperti menukar break pad dan palam pencucuh )
  • Menggunakan alat ganti yang berkualiti tinggi dan tulen
Namun, sehingga kini SERV belum menawarkan perkhidmatan memperbaiki kerosakan kritikal seperti menukar gearbox dan radiator sebaliknya semakan kesihatan komponen kenderaan akan dilakukan berserta cadangan baikpulih yang boleh dilakukan akan diberitahu. Semuanya hanya dihujung jari dan pengguna boleh menggunakan aplikasi SERV dan menjimatkan masa serta tenaga. Tiada lagi rutin melepak berpeluh di bengkel kan ? Hee~ Cair mekap sis tau.


INSTALL APLIKASI SERV - DAFTAR AKAUN - BUAT TEMPAHAN - TUNGGU QUOTATION - TUNGGU MEKANIK DATANG - SIAP !!

Kalau tanya kakak, apa pendapat kakak ( merujuk kepada apa yang encik suami kakak cakap lah ye. hahahaha~ ) dari segi harga dan perkhidmatan yang ditawarkan – YA !! SERV berada pada platform yang betul sebab keperluan semasa pengguna yang bekerja serta mengejar masa sehari-hari membuatkan badan jadi letih dan tiada lebihan masa yang berkualiti. 

Macam kakak dan encik suami memang tak sempat nak ke bengkel dan juga pernah ada pengalaman ditipu ( hahahaha~ masa tu baru pindah, tak kenal lagi bengkel mana yang elok atau tidak. ) semasa mengganti palam pencucuh. Frust gak lah sebab ada hidden charges yang hanya diberitahu semasa pembayaran.

Fuff--


Memang rasa tak bijak disitu lah !! Hee~ Tapi belajar dari kesilapan kan ? Disebabkan kakak taknak korang buat silap yang sama, sebaiknya ambil langkah selamat untuk menggunakan SERV dan mungkin link kat bawah ni BERMAKNA buat korang.

LAMAN WEB : https://www.serv.my
WHATSAPP : 018-210 8110


Kalau korang memang sibuk macam kakak ataupun tak tahu menahu tentang kenderaan korang, sebaiknya gunalah perkhidmatan SERV yang lebih telus dan adil kepada pengguna. Jangan memandai-mandai tau. Serahkan kepada yang pakar untuk selesaikan.


LOVE ;
ATIE ADNAN

13 comments:

  1. first time dengar serv ni..

    ReplyDelete
  2. servis kereta on the road. bagus! mcm ni lah anak melayu.
    kreatif. inovatif :)
    kereta kena la jaga dalaman nyer. mudah nak ke mana-mana.
    jgn culas servis!
    karang dek krn kita lalai, masalah kecik jadik besar, kan...

    ReplyDelete
  3. Wahhh senang sgt ada apps dan servis macam ni. Kalau jadi pape tak lah pening mcm mana nak hantar kerete ke bengkel pulak.

    ReplyDelete
  4. fist time dengar ni..baguslah sekarang macam2 ada ek....makna kata yang penting duit sekarang ni...semua dihujung jari je uolsss

    ReplyDelete
  5. waa bagusnyaa kak adanya kewujudan perkhidmatan mcm SERV ni! semuanya dihujung jari jee pulak tu mmg mudah dan buang masa. dr point2 yg akk share about mereka ni, nmpk gaya mmg bagus dan professional gituu kn. hopefully mereka luaskanlah kawasan jajahan nnt yeaa hehe

    ReplyDelete
  6. Wah dah ada khidmat SERV ni sangat mudah dan senang lah urusan kalau ada masalah kenderaan kat kawasan jauh daripada orang dan juga nak dapatkan bantuan. Sekarang service cari pelanggan tak macam cara dulu kalau tidak susah nak maju...

    ReplyDelete
  7. Pernah guna sekali service SERV ni, memang best le..siap depa datang depan rumah lagi. Ni dah lama dah tak panggil diorang, nanti nak calling2 gak lah

    ReplyDelete
  8. Bagusla ada SERV ni. Bolehlah cuba dan standby kalao ada masalah keta. Biaslah, kita ni pandai bawak je. Bab2 keta memang failed. Nak download app

    ReplyDelete
  9. First time tahu ada SERV ni. Kalau busy boleh la panggil diorang je tolong check. Tak payah serabut kepala redah jam. Bab kereta ni memang 80% je tolak isi minyak dengan minyak hitam haha

    ReplyDelete
  10. Kte memang puas hati dengan perkhidmatan serv ni. Dah la perkhidmatannya sampai dpn pintu umah, teliti plak tu check kereta kita

    ReplyDelete
  11. Ala, belah johor takde ekk.. Baru nak try search. Hehehe
    Bagus la dah muncul perkhidmatan mcm ni. Yela, kadang tu tak sempat nak cari bengkel. Kdng ada 10bengkel yang dh jumpa, was was pulak nak pergi yang mana. Nak mudah, guna je apps ni kan.

    ReplyDelete
  12. kalau serah kat sy memang langsung tak tau apa. tau bawak jer. mujur ada panduan macam ni. beri pendedahan.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.