APA ITU PROGRAM DUAL LANGUAGE PROGRAMME ( DLP ) ?
Apa Itu Program Dual Language Programme ( DLP ) ? - Em—Lately ramai plak yang tanya kakak dan minta kakak bagi feedback tentang pelajaran Nur Aiman dan Nur Aina yang dua-duanya berada dalam kelas Dual Language Programme ( DLP ) sejak dari mereka tahun satu. Wah !! Kemain kan.
Kalau sebelum ni kesemua anak-anak di sekolah rendah akan belajar hampir semua subjek ( selain Bahasa Inggeris ) dalam Bahasa Melayu namun, sejak pelaksanaan DLP pada sesetengah sekolah – anak-anak yang terpilih akan belajar subjek Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris.
DUAL LANGUAGE PROGRAMME ( DLP )
DLP merupakan program yang telah dilaksakan dibawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris ( MBMMBI ) dan dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ) secara rintis pada awal tahun 2016 dengan penglibatan 300 buah sekolah. Inisiatif yang dilakukan secara berperingkat menerusi Gelombang 2 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) yang dilaksanakan untuk memberi pilihan lain kepada ibubapa dan membuka ruang untuk pelajar berpotensi menjadi lebih baik sekaligus meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
Sekolah-sekolah yang telah / akan melaksanakan DLP dipilih menerusi EMPAT kriteria iaitu :
- Sumber pembelajaran yang mencukupi
- Kesediaan pihak pentadbiran dan guru-guru untuk membantu
- Sokongan dan permintaan dari ibubapa
- Pencapaian terbaik sekolah dalam subjek Bahasa Melayu
Pada peringkat awal, ia melibatkan murid Tahun 1, Tahun 4 dan Tingkatan 1 bagi Kohort 2016 manakala untuk Kohort 2017 bilangan sekolah DLP lebih banyak dan akan ditambah dari masa ke semasa. DLP selaras dengan objektif bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran untuk subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik ( STEM ) dan juga memberi peluang kepada sekolah dan ibubapa untuk bersama-sama membuat keputusan secara kolektif.
KLIK SINI –> SENARAI SEKOLAH RENDAH DLP DI SELANGOR
KLIK SINI –> SENARAI SEKOLAH MENENGAH DLP DI SELANGOR
Kalau tanya kakak lah apa yang menariknya dan membuatkan kakak sangat menyokong DLP ni. Hee~
Pada awalnya kakak tak tau langsung pasal program ni dan hanya mahukan yang terbaik untuk anak-anak, semua mak mak macam tu kan ? Tapi masa batch Nur Aiman, hanya pelajar yang lulus semasa ujian tapisan akan diserapkan ke kelas DLP tapi masa Nur Aina ada borang khas tanda setuju antara ibubapa dan pihak sekolah tentang kelas yang bakal anak-anak masuk. Fuff—Nervous sebenarnya sebab kami kat rumah menggunakan Bahasa Melayu sepenuh untuk aktiviti sehari-hari dan menjangkakan sesuatu yang sukar untuk Nur Aiman dan Nur Aina menerima pembelajaran dalam Bahasa Inggeris.
TAK !!
Betullah – anak-anak ibarat SPAN !! Hee~ Nak kata apa lagi ? Memang mudah sebenarnya bila anak-anak belajar subjek yang dianggap susah dalam Bahasa Inggeris kerapa kebanyakan terma yang digunapakai dalam subjek Sains dan Matematik pun dalam Bahasa Inggeris. Dan buat masa ni, Nur Aiman dan Nur Aina dapat lakukan dengan baik !! Tidak lah mengharapkan mereka terlampau pandai tetapi apa yang kakak dan encik suami mampu lakukan, berikan apa sahaja yang terbaik untuk mereka supaya mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan anak-anak yang lain.
Betullah – anak-anak ibarat SPAN !! Hee~ Nak kata apa lagi ? Memang mudah sebenarnya bila anak-anak belajar subjek yang dianggap susah dalam Bahasa Inggeris kerapa kebanyakan terma yang digunapakai dalam subjek Sains dan Matematik pun dalam Bahasa Inggeris. Dan buat masa ni, Nur Aiman dan Nur Aina dapat lakukan dengan baik !! Tidak lah mengharapkan mereka terlampau pandai tetapi apa yang kakak dan encik suami mampu lakukan, berikan apa sahaja yang terbaik untuk mereka supaya mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan anak-anak yang lain.
Ada je kawan-kawan kakak keluarkan anak-anak mereka dari aliran DLP dengan alasan anak susah nak belajar, kurang faham dan penguasaan Bahasa Inggeris masih rendah – kesian kat anak-anak tapi kakak tengok anak-anak dorang just fine. Tak de apa pun. Dorang belajar dengan elok dan boleh bersaing secara sihat. Haa—Sedangkan mereka tak beri peluang pada anak-anak mencuba sesuatu yang baharu sebaliknya meletakkan satu benteng lain.
Ini pengalaman dan pendapat kakak lah tau.
Kalau korang tak setuju, tak pe je sebab pilihan ditangan masing-masing kan.
Kalau korang tak setuju, tak pe je sebab pilihan ditangan masing-masing kan.
Tapi sebelum bersetuju dengan apa yang kakak sampaikan, korang kena tahu dan faham keupayaan anak-anak untuk menerima pembelajaran pada subjek utama dalam Bahasa Inggeris. Dan kalau anak tak boleh nak menggunakan Bahasa Inggeris 100% pun, mungkin korang kena cari inisiatif lain - mungkin hantar tuisyen ataupun sama-sama belajar di rumah.
At the end of the day, anak-anak kita sendiri akan berdiri di mana dengan apa yang mereka belajar. Hee~ Dan tak de apa yang mustahil untuk anak-anak capai. Well--
Anak itu ibarat kanvas.
Coraklah dengan baik dan hemah.
LOVE ;
ATIE ADNAN
oo...baru ku tahu..terima kasih kongsi..:)
ReplyDeletehee~ kite pon baru tau cik nor sejak anak masuk aliran DLP ni..
Delete