VIVO NEX 3 TELAH BERADA DIPASARAN DENGAN HARGA RM 3,899.00

FUFF !! Belum sebulan Vivo V7 berada dipasaran, kini Vivo sekali lagi tampil dengan teknologi terbaharu yang dijangka bakal memberi impak dipasaran telefon pintar dan juga merupakan antara teknologi terbaik iaitu Vivo NEX 3 !!


Telah menembusi pasaran telefon pintar Malaysia, Vivo mempertaruhkan NEX 3 yang didatangkan dengan skrin 'air terjun' ( Waterfall FullView ) diperbuat dari POLED berukuran 6.89 inci dengan screen-to-body 99.6%.


VIVO NEX 3


NEX 3 diperkenalkan sebagai peranti yang tidak menggunakan butang fizikal dan mempunyai rekaan seamless dan touch-controlled unibody. Dengan teknologi X-axis Haptic Vibration, peranti ini menggunakan butang dengan sensor tekanan yang digelar Touch Sense untuk pengalaman yang selesa dan futuristik. In-Display Fingerprint Scanning membolehkan pengguna melangkah masuk ke dunia mudah alih mereka dengan cepat dan selamat.

Dengan paparan cahaya untuk pelbagai senario pada skrin dwi-lengkung, NEX 3 juga didatangkan dengan :

  • Skrin bersaiz 6.89 inci AMOLED Waterfall Display
  • Memori 8GB
  • Storan 256GB
  • Cip Qualcomm Snapdragon 855+
  • Tiga kamera
    • Kamera utama  64MP
    • Kamera sudut 13MP
    • Kamera telefoto 13MP
  • Bateri 4500mAh dengan sistem pengecasan pantas 22.5W Vivo FlashCharge
  • Sistem Operasi Funtouch OS 9.1
  • Menyokong penggunaan 2.4G dan 5G Wi-Fi

Dan !!
Paling menarik, Vivo NEX 3 hanya dikeluarkan dengan warna eksklusif Glowing Night. Kalau korang nak kaler lain memang tak de lah. Satu tu jek--




Dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 855 Plus dan memori kilat berkelajuan tinggi UFS 3.0, NEX 3 menyediakan prestasi pengkomputeran terataas dan keupayaan berbilang tugas yang lancar. Kapasiti bateri ( 4500mAh ) membolehkan pengguna menggunakan peranti seharian tanpa risau, dan sokongan pengecasan pantas Vivo FlashCharge 22.5W dan teknologi penjimatan kuasa C-DRX memastikan peranti kekal berkuasa. Vapor Chamber Cooling System pula bertugas untuk mengekalkan suhu peranti walaupun dengan penggunaan berat. NEX 3 disediakan dengan storan dalamn 256GB.

Korang memang guna Vivo ? Cayalah !!
Dengan capaian pengguna melebihi sasaran, Vivo yakin dengan pengumuman NEX 3 yang mempunyai spesifikasi unik yang tiada pada telefon pintar lain mampu melonjakkan lagi jumlah pengguna jenama Vivo.



Kini !!
Vivo NEX 3 telah berada dipasaran dengan harga RM 3,899.00 !!

LOVE ;
ATIE ADNAN



Share:

8 comments :

  1. Kannn baru rasanya di lancarkan model baru, ehhh dah ada lagi ek..
    Harga berbaloi dengan spesikasi yang ada...tapi tu laaa, bertahun Sis guna ios huhuh nak ke android fikir banyak kali...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ kan.. laju sangat pengeluaran Vivo ni tapi ada peminat dia tau.. memang confirm terjual..

      Delete
  2. wow
    murah betul nih
    kena beli sebab kamera lawa
    lari-lari rekod video pun tak gegar
    terbaikkkk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnnnnnnn.. kamera dia kaw terok !! hee~ beli lah lebih sikit..

      Delete
  3. bestnya
    tapi harganya mampu tenguk aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ in shaa Allah.. masuk dalam wishlist dulu.. mana tau nanti ada rezeki lain..

      Delete
  4. Menarik sungguh design vivo baru ni. harga pun menarik juga tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. design dia kalau perasan macam S.. hahahaha~ cuba tahan tak nak cakap tapi tercakap jugak..

      Delete

Copyright © atiehilmi.com - Malaysian Lifestyle Blogger. Designed by OddThemes