J-HUNT THE MOTTAINAI STORE – LUBUK BARANGAN PRELOVED DARI JEPUN
Bila sebut je soal barang preloved ataupun terpakai dah tentu kita fikirkan kotor, berhabuk, koyak dan lusuh. Kan ? Tapi kalau korang masuk J-Hunt The Mottainai Store mesti korang rambang mata sebab 99.9% barangan jualan dorang cantik dan masih elok – ada yang masih BAHARU !!

Kalau sebelum-sebelumnya kedai barangan preloved yang kita tahu bersepah dan tak tersusun, ada kedai yang panas dan tak selesa langsung nak membeli-belah tapi bukan DI SINI lah.
J-HUNT SUBANG JAYA
Terletak di tingkat 2, pusat membeli-belah AEON Big, Subang Jaya, J-Hunt telah melancarkan media preview untuk cawangannya yang pertama. Dan sudah tentulah kakak mengambil peluang memenuhi jemputan dari pihak J-Hunt untuk mengintai dan menyambar apa yang patut. Biasanya bila preview macam ni, expectation tak sampai terus kepada kakak sebab kakak bayangkan mereka sekadar cuba sehabis baik mengambil hati media – confirm lah indah indah saja. Kan ?
Tapi memang INDAH gais !!
Dari susunan sampai lah ke harga yang dipamerkan - semua rasa indah dan berbaloi kat poket.
J-Hunt mengamalkan konsep 3R iaitu Reduce, Reuse, Recycle dan menurut pekerja terlatih mereka – Mottainai bermaksud WASTE NOT. Nah !! Kira maksudnya program kitar semula yang diterapkan oleh J-Hunt mampu memberi rasa hormat dan nafas baharu kepada produk yang masih boleh digunakan. Kalau mungkin pada ngko, tapi pada orang lain.
Begituh !!
Yang buat kakak teruja sebenarnya.
Konsep kedai barangan terpakai J-Hunt ni memang lain !! Dah lah selesa berpenghawa dingin, susun atur barangan pun mudah dicapai dan paling penting persekitaran yang selesa. Kalau nak memilih barang pun tak de lah sampai berlaga bahu. Tapi kalau korang sengaja masuk kat lorong yang padat dengan orang, memang meminta lah ya. Kat sini kita sama-sama mainkan peranan supaya railing tak jatuh tersembam akibat korang berpusu menyelam dan mencari barangan terbaik. Gituh !!
Apa yang ada kat sana ?
Banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk sangat dan dibahagi kepada beberapa kategori iaitu :
- Pakaian
- Beg
- Hobi
- Bayi / Kanak-kanak
- Peralatan Muzik
- Kasut
- Barangan Sukan
- Kelengkapan Meja Makan
- Permainan
- Jam Tangan
- Kamera
- Khemah
Bila melangkah masuk dengan bauan barang vintage – pehhhhhhhh. Tak tau nak luahkan cemana tapi memang lain dari kedai-kedai barangan preloved yang ada dan hanya kaki rajin menyelam bundle je tau beza betapa selesanya J-Hunt.
Sebab setiap lorong ada kelebihan masing-masing seperti lorong yang pertama mempamerkan koleksi barangan tinggalan sejarah seawal tahun 1600 dengan menekankan koleksi tembikar ukiran tangan dan juga pelbagai tinggalan sejarah lain termasuk topi pahlawan, kotak-kotak kayu antik dan juga tembikar.
Bundle hunter ?
Kini di Subang Jaya dengan koleksi yang super terbaik dari harga serendah RM 1.00 !! Mana lagi ? J-Hunt Mottainai, Subang Jaya melemparkan segala yang korang nak dari head to toe dan dijamin berkualiti dan mampu milik.
FACEBOOK : https://www.facebook.com/jhuntmottainaistore
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/jhuntmottainaistore
Kakak dah borong !!
Jom lah !! Hee~
LOVE ;
ATIE ADNAN
Wow, teruja tengok kedai ni. Nampak macam-macam ada
ReplyDeletebetul tu zumal.. macam-macam ada.. rambang mata, kesian beg duit.. hahahahah~
DeleteDah terjah kedai memang kemas macam-macam ada
ReplyDeleteberapa RM habis dik ? hahahahahahaha~
Delete