PROMOSI KASUT SEKOLAH SUNFEET ; MENJAGA KESIHATAN TULANG ANAK
Bila masuk hujung tahun pastinya ibu ayah sibuk membuat pelbagai persediaan sempena menyambut sesi persekolahan tahun baharu anak-anak dan pilihan kasut sekolah dari Sunfeet sudah tentu antara pilihan yang terbaik.
Hanya menjanjikan yang terbaik, Sunfeet merupakan pakar OrthotiK & Prostetik dengan pengalaman klinikal selama 42 tahun dan telah membantu ribuan pesakit.
PAKAR ORTOTIK & PROSTETIK
Kepakaran Sunfeet International Sdn. Bhd. dalam merawat masalah sakit-sakit lutut, scoliosis, Plantar Fasciitis, tapak kaki rata ( flat foot ), kesakitan pada tumit kaki, ketegangan urat kaki, kesakitan kaki akibat diabetes, arthritis, down syndrome, celebral palsy dan banyak lagi masalah yang berpunca dari kaki.
Terletak di SS 19, Petaling Jaya - Sunfeet mengambil tanggungjawab untuk memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa kesihatan kaki sangat penting supaya tidak melarat kepada masalah kesihatan yang lain terutamanya anak-anak. Dengan menawarkan Promosi Kembali Ke Sekolah, Sunfeet menawarkan pelbagai koleksi kasut sekolah dari warna putih hinggalah ke warna hitam yang sudah pastinya cantik dan menarik untuk digayakan anak-anak.
Memilih kasut sekolah yang betul adalah sangat penting bagi memastikan anak-anak selesa di sekolah yang rata-ratanya anak kita menghabiskan waktu siang mereka di sekolah. Em. Bayangkan kalau pakai kasut yang tak selesa - kesian anak-anak.
Salah satu masalah kaki yang sering dihidapi kanak-kanak adalah FLAT FEET ataupun tapak kaki rata.
FAKTA :
Flat feet juga dikenali sebagai pes planus atau lengkungan yang jatuh merupakan
kecacatan postural di mana lengkung kaki runtuh dengan keseluruhan tapak kaki yang masuk
ke dalam hubungan lengkap atau hampir lengkap dengan tanah. Anggaran 20 - 30%
penduduk umum mempunyai lengkungan yang tidak pernah berkembang dalam satu
atau kedua kaki.
YA !!
Pemilihan kasut yang betul dapat membentuk postur badan yang sihat dan sekali gus merawat masalah kaki anak-anak sementara tulang mereka boleh dibentuk. Seawal usia 1 tahun, ibu ayah perlu membuat semakan tapak kaki anak bagi memastikan tiada yang pelik-pelik berlaku pada bentuk tapak kaki anak seperti flat feet.
Faktor utama flat feet adalah berpunca dari keturunan tapi MASIH BOLEH DIRAWAT !!
Dan apabila usia anak menjangkau 12 tahun, tulang mereka ibarat tulang orang dewasa dan susah dan nak dibentuk semula. Tapi tak jadi masalah kerana penyelesaiannya adalah pemakaian insole. Haáh. Kat Sunfeet pun boleh buat insole tau. Bukan untuk kanak-kanak je tapi untuk dewasa juga.
Menjanjikan yang terbaik, di Sunfeet bukan sahaja memberi konsultasi secara percuma malah semakan kesihatan kaki juga diberikan secara PERCUMA !! Tak salah rasanya bawa anak-anak singgah sebentar di Sunfeet untuk membuat pemeriksaan kaki.
Dan pada musim persekolah tahun 2020 nanti, Sunfeet mengambil peluang untuk memberikan yang terbaik kepada pengguna dengan menawarkan :
- Tiga pasang kasut sekolah = RM 799.00 ( jimat RM 308.00 )
- Lima pasang kasut sekolah = RM 1139.00 ( jimat RM 706.00 )
Pssstttttt--
Tau tak lepas ni korang tak payah basuh / sental kasut sekolah anak-anak ? Hahahaha~ Betul !! Kalau kasut sekolah anak kotor, korang bungkus dan hantar ke Sunfeet untuk mereka cuci dan sudah tentulah ada warranty yang tertakluk pada terma dan syarat !!
Mungkin link kat bawah ni boleh bantu korang !!
LAMAN WEB : https://www.sunfeet.com.my
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/sunfeet_rehab_center
LOVE ;
ATIE ADNAN
harga dia memang berpadanan dengan servis dan segala kebaikan kasut nya... tapi tu lah tak berapa mampu nk beli huhuhu
ReplyDeletehee~ jom menabung dik !!
DeleteBagus ya ada kasut sekolah yang ada support untuk kesihatan. terbaik!
ReplyDelete