MISMIS MENJAGA KESIHATAN GIGI ANAK SEAWAL USIA 2 TAHUN !!
Bila sebut soal kesihatan gigi memang peranan ibu dan ayah untuk mendidik anak-anak memahami betapa pentingnya membuat pemilihan berus gigi dan ubat gigi yang BETUL bagi memastikan gigi anak-anak elok dan terjaga – MISMIS boleh bereskan semuanya !!
Ya !!
Kakak sangat mementingkan penjagaan gigi supaya Nur Aiman dan Nur Aina sendiri yakin dengan penampilan mereka sehari-hari. Ye lah. Dah kalau gigi rompong sana sini, anak nak senyum pun nak tak nak nanti. Hee~
UBAT GIGI MISMIS
Minggu lepas kakak sempat singgah Klinik Pergigian Nurul Akhmar yang terletak di WangsaMaju untuk belajar lagi tentang penjagaan gigi yang betul dengan menggunakan produk yang betul. Nahhhhhhhh—Rupanya selama ni kakak banyak salah faham tentang penjagaan gigi tapi masih belum terlambat untuk kakak betulkan semula.
Masa kat kelas tu kakak dan Nur Aiman diperkenalkan dengan MISMIS. Hee~ Comelkan ? MISMIS adalah ringkasan daripada Make It Smile yang merupakan tagline jenama ubat gigi dan juga berus gigi yang baharu masuk ke pasaran – yang diperbuat dari 99.9% bahan semulajadi.
- Puan Noormawarni Nordin ; Pengarah Syarikat NFA TECHNOLOGIES SDN BHD
Buat masa ni MISMIS memperkenalkan tiga jenis ubat gigi yang menggunakan polifenol koko dan dipecahkan kepada :
- MISMIS JUST FOR KIDS
- Didatangkan dengan dua perisa iaitu Chocolata dan juga Bubble Gummy yang diperbuat daripada pelbagai bahan semulajadi tanpa bahan kimia merbahaya dan sudah tentunya tanpa SLES / SLS bagi memastikan khasiat yang diperlukan oleh gigi terjaga. Kandungan koko yang digunakan dapat melawan pembinaan plak dan sekaligus menghidupkan agen antibakteria yang kuat serta menggalakkan remineralise untuk menguatkan partikel gigi.
- MISMIS EKSTRA PUDINA
- Ini POWER !! Hee~ Rasa berangin yang diperbuat daripada ekstrak koko dan cengkih yang mampu memberi perlindungan 7 kali khusus untuk gigi termasuklah melawan bakteria yang menyebabkan karies dan jangkitan pada gigi yang mungkin memudaratkan sehingga berlakunya pendarahan pada gusi. Nah !! Koko dan pudina merupakan kombinasi yang mampu menyegarkan nafas sepanjang hari !!
- MISMIS PREMIUM PUDINA KOKO
- TERBAHARU !! Menggabungkan polifenol – tannin yang mampu membunuh bakteria di dalam mulut terutamanya Streptococcus Mutan dan S. Sanguis yang menyebabkan gigi mereput, karies dan juga nafas berbau. Diperkayakan dengan vitamin E yang terkandung dalam lemak koko bertindak sebgai agen antibakteria yang dapat mengurangkan masalah kaviti.
Selain ubat gigi, ada juga ubat kumur dan berus gigi tau !! Dengan harga yang sangat berbaloi – ye lah !! Dah kalau guna bahan semulajadi sepatunya mahal sebaliknya harga MISMIS memang sangat berbaloi dan mampu dimiliki.
NFA TECHNOLOGY SDN. BHD.
Merupakan salah satu syarikat yang dibimbing dibawah program simbiosis kelolaan Malaysian Technology Development Corporation ( MTDC ) yang memberi peluang kepada lepasan siswazah dan usahawan menjadi technopreneur dengan mengkomersialkan produk berteknologi melalui Research Institute ( IR ) dengan latihan dan bimbingan yang berterusan.
KLIK SINI --> BELI MISMIS MELALUI LAZADA !!
MISMIS telah disahkan memiliki sijil HALAL dan Good Manufacturing Practice – GMP ( Praktis PEnghasilan Produk Berstandard ) yang bermatlamat menjadikan syarikat tempatan lebih berdaya saing dalam mengeluarkan produk lebih bermutu tinggi setanding produk antarabangsa selain menghasilkan syarikat yang kompetitif dan inovatif di Malaysia.
MISMIS telah bekerjasama dengan Lembaga Koko Malaysia untuk proses penyelidikan, penyelengaraan bagi mengendalikan polifenol koko sebagai bahan mentah utama yang berkualiti tinggi dalam pembuatan ubat gigi natural.
Memberi pilihan lain kepada pengguna yang mencari alternatif selain menggunakan produk oral sedia ada dipasaran, MISMIS sangat komited dalam memperkenalkan rangkaian produk berasaskan bahan semulajadi. Bila ada produk lain dapatlah kita sebagai pengguna membuat perbandingan dan memilih mana yang baik serta bersesuaian dengan kegunaan.
Kesemua produk MISMIS telah berada dipasaran dengan harga serendah RM 3.90 hingga RM 15.00 dan boleh didapati di pasaraya seperti Tesco, Sabasun, Halalmart, farmasi dan kedai-kedai runcit di seluruh negara. Tak pun !!!!!!!!!!!! Mungkin link kat bawah ni boleh membantu !!
LAMAN WEB : https://www.mismis.com.my/
FACEBOOK : https://www.facebook.com/mismistoothpaste
Kakak, sebagai ibu dan mengambil peranan penting dalam membesarkan Nur Aiman dan Nur Aina mengambil tanggungjawab sepenuhnya untuk membantu mereka membesar dengan sihat dan selamat. Hee~ Kakak dah MISMIS kan anak-anak kakak !! Korang ?
LOVE ;
ATIE ADNAN
wah ada kat LAZADA, boleh try lah
ReplyDeletecomel gambar kartun tuh, kalau tunjuk kat aiyan mesti dia sibuk suruh beli...
ReplyDeletemenarik jugak formula baru ini
Wah... First time dengar jenama MISMIS ni. Penjagaan gigi memang sedari usia awal kanak-kanak. Syabas kakak! You are the best! #AtieYangHensem. Hehe..
ReplyDelete