SERUM DR BEAU MERAWAT MASALAH KULIT - JAMINAN WANG DIKEMBALIKAN

Wah !! Baca tajuk pun dah seram sejuk dengan jaminan dari Dr Beau ni - siap nak pulangkan duit kalau keadaan kulit menjadi semakin teruk.

Beauty Blogger Malaysia

Ibarat orang mengantuk disorong bantal, pada usia kakak yang bakal menjengah ke 33 tahun ; soal kulit bermasalah memang membimbangkan. SANGAT MEMBIMBANGKAN !! Hahahahah~ Bukan setakat pigmentasi, tona kulit tak sekata dan juga garis-garis halus semakin ketara membuatkan kakak sangat berhati-hati dengan pemilihan produk yang hendak dicalitkan pada kulit.


SERUM DR BEAU



Memberi inovasi dalam penjagaan kulit, Dr Beau merupakan salah satu produk keluaran Teja Herbs yang telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia ( NOT170502921K ) dan telah berada dipasaran lebih dari empat tahun.

Serum Dr Beau

Memonopoli pasaran di Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, China, Taiwan dan juga Brunei - Br Beau hanya menggunakan bahan-bahan yang dapat membantu menjana pertumbuhan kulit baharu bagi memastikan kulit lebih bersih dan bersinar dari dalam.

Serum Dr Beau mengandungi :

  • Ekstrak minyak Argan
    • Mengawal lebihan minyak pada kulit

  • Ekstrak minyak Rosehip
    • Melembapkan, melembutkan dan menjaga kesihatan kulit

  • Ekstrak minyak Almond
    • Merawat sel kulit mati dan memudarkan kedutan pada kulit

  • Ekstrak minyak Wheat Germ
    • Mengandungi vitamin E, A dan D serta protein dan mineral





  • Ekstrak Evening Primrose
    • Mengandungi asid lemak Omega-3 yang sangat bagus untuk merawat masalah kulit sensistif dan memastikan kulit sentiasa segar dan selesa

  • Ekstrak minyak Karnel
    • Berfungsi sebagai pelembap yang kaya dengan vitamin A, C dan E membantu melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan dan kerosakan

  • Ekstrak vitamin E

Produk Kecantikan Dari Malaysia

Bayangkan !!
Nak ke korang beli dan adakan semua bahan kat atas tu semata-mata untuk cantikkan kulit ? Nan hado kannnnnnn-- Hee~ Inisiatif lain adalah dengan mengamalkan Dr Beau sebagai serum harian untuk membantu menyelesaikan masalah kulit.

Kakak dah guna serum Dr Beau lebih kurang seminggu dan memang berpuas hati setakat ni sebab !! Haa-- Kena ada sebablah kan kenapa kakak puas hati.

  • Tak berminyak dan menyerap terus ke dalam kulit malah tidak meninggalkan kesan langsung pada kulit

  • Kakak jadikan makeup base semasa prep kulit - sebelum pakai makeup untuk memastikan liang pori tidak tersumbat dan makeup tahan lebih lama

  • Kakak jadikan rutin setiap malam - bangun pagi, kulit muka terasa segar dan glow

  • Bau wangi Evening Primrose memberi rasa tenang

  • Kulit kakak jenis kombinasi tau, kadang-kadang berminyak teruk kat zon T dan ada sesetengah masa jerawat ntah dari mana akan timbul - Dr Beau memang membantu menyeimbangkan tekanan pada kulit kakak

  • Harga mampu milik, hanya RM 77.00 !!

Hee~ Korang pun mesti terasa best kan lepas baca ni. Hahahaha~ Tapi tu lah tu. Dah tau kulit muka tak sihat, cari jalan penyelesaian dengan rutin yang betul dengan menggunakan produk-produk yang memberi jaminan akan POSITIF.



Macam apa yang dijamin oleh Dr Beau.




Kakak sudah !!


LOVE ;
ATIE ADNAN


6 comments:

  1. sangat mampu milik harganya, akak ingat mau seratus atau 200 lebih... sebab selalunya memang harga agak mahal

    ReplyDelete
  2. ohhh igt harga dia lbh rm100

    ReplyDelete
  3. Kulit saya pun combination skin. Menarik la serum ni, dah la saya mmg suka serum2 ni 😝

    ReplyDelete
  4. Kak pun suka pakai serum utk kulit biasalah dah berusia ni kena gak jaga kulit

    ReplyDelete
  5. Hye atie hensem. Flawless nye kulit awak. Hehe. Ramai review best produk ni. Siap ada warranty ye

    ReplyDelete
  6. Wahhh mampu milik sangat la harganya tu. Menarik la.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.