VIVO S1 PRO ; HARGA, SPESIFIKASI DAN TREND SEMASA

Sekali lagi Vivo melahirkan 'anak' baharu iaitu Vivo S1 Pro dengan harga yang sangat berbaloi tetapi spesifikasi mengikut kehendak semasa pengguna. 

Harga Vivo S1 PRo

Kalau ikut pengamatan kakak, Vivo S1 Pro adalah versi label Vivo yang terbaik setakat ini dengan beberapa ciri yang unik. Tak de kat unit Vivo yang lain tau, hanya pada S1 Pro !!


VIVO S1 PRO



Vivo S1 Pro berusaha untuk memenuhi keperluan pengguna dikalangan belia yang rata-rata menggunakan telefon pintar untuk hampir ke semua urusan termasuk hal perihal peribadi, kerja, belajar dan juga hiburan. S1 Pro menggabungkan teknologi fotografi dengan perisian terkini yang canggih membuatkan S1 Pro berdiri sama tinggi dengan jenama lain yang menawarkan spesifikasi yang sama.

Vivo S1 Pro

Mempunyai paparan 6.38 Full HD + Super AMOLED yang dikuasakan oleh processor Qualcomm Snapdragon 665, S1 Pro didatangkan dalam dua warna pilihan iaitu Knight Black dan Sky Fancy, setiap satu varian mempunyai 8GB RAM dan 128GB storan turut menggunakan bateri 4,5000mAh yang menyokong Dual Engine Fast Charging.

Nah ~
Alasan bateri cepat kong dan menunggu bateri penuh sewaktu pengecasan dah tak valid lagi ya !! 


S1 Pro

Siap sedia dengan quad ( empat ) kamera berbentuk diamond yang mana kamera utama terdiri daripada 48MP menggunakan sensor Samsung GM1 perakam tepat imej 12MP dengan mode 4 dalam 1. Turut dilengkapi kamera ultra-lebar 8MP bersama f/2.2, sasaran makro 2MP f/2.4 dan efek bokeh 2MP f/2.4.

Kamera depan untuk selfie ? Hee~ Mengambil berat kehendak pasaran semasa, S1 Pro tersedia dengan kamera depan 32MP yang terletak dikedudukan paling atas memberi kesan penangkapan lebih jelas.

Snapdragon 665

Kakak sediakan sedikit ringkasan untuk korang jelas :

  • Processor : Snapdragon 665
  • RAM : 8GB
  • Storage : 128GB
  • Bateri : 4,500mAh
  • Fast Charging : 9V 2A
  • Sistem Operasi : Funtouch OS 9.2 ( tertakluk kepada Android 9 )

  • Saiz : 6.38 inci
  • Resolution : 2340 x 1080 FHD
  • JSkrin : Super AMOLED

  • Kamera :
    • Depan : 24MP
    • Belakang : 48MP + 8MP + 2MP + 2MP
  • Apertur :
    • Depan : f/2.0
    • Belakang : f/1.8 + f/2.2 + f/2.4 + f/2.4

  • Wi-Fi : 2.4GHz / 5GHz
  • Bluetooth : 5.0
  • USB : Type - C

  • Harga : RM 1,199.00


KLIK SINI --> KAKI GAME CONFIRM SUKA VIVO S1 PRO ? HAA--


Membuat penambahbaikan, S1 Pro dilengkapi dengan teknologi MultiTurbo yang dikatakan mampu meningkatkan kelajuan dan prestasi semasa bermain game. Nahhhhhhhhhh-- Kaki menghadap game mesti suka lah kan sebab tersedia juga ciri Voice Changing yang boleh digunakan semasa bermain.

Akan mula dijual pada 07 Disember 2019 nanti, Vivo yakin keterbukaan pasaran terhadap telefon pintar serbaguna pada harga bajet mampu membantu pengguna menikmati setiap saat pada sudut berbeza. Ye lah !! Yang suka bergambar dapat manfaat, yang suka main game ada manfaat, yang suka berjimat lagi lah banyak manfaat. Hee~

Vivo

Singgah Central i-City pada 07 Disember 2019 nanti untuk merebut 'exclusive rebate' dan peluang membeli S1 Pro sempena S1 Pro Superday Sales !!

Dapatkan lebih banyak info di SINI.


LOVE ;
ATIE ADNAN


2 comments:

  1. harga nya di kira sangat murah di bandingkan hp samsung yang terbaru...
    dia punya spesifikasi nya pun macam2

    ReplyDelete
  2. Sally suka betul dengan fungsi AI Makeup dia, lepas tu ada bantuan Pose Master lagi...Auranyaaaaa~

    ReplyDelete

Powered by Blogger.