JUS KURMA HIDAYAH SERAIMAS MEMBEKALKAN TENAGA SEHARIAN
Kalau nak kunyah kurma sebiji-sebiji sebenarnya susah tambahan pula badan hanya terima khasiat dari kurma SAHAJA dan kakak terfikir lah, kalau minum jus kurma yang mengandungi pelbagai kandungan dan nutrisi lain – sudah tentu dapat membantu kakak lebih sihat. Ye lah. Macam Jus Kurma Hidayah keluaran SeraiMas tu.
Menjadi seorang ibu yang mempunyai jadual padat sepanjang hari membuatkan kakak mencari pelbagai inisiatif lain bagi membantu kakak tampil cergas dan cerdas sepanjang hari. Kalau korang follow kakak kat Instagram pun, korang akan tau betapa kakak sibuk menguruskan anak-anak dan suami, memasak, mengemas rumah, keluar masuk event, jumpa client dan berlari lima hingga sepuluh kilometer sehari – kalau tak cukup tenaga confirm lembik. Hee~
Sehinggalah kakak diperkenalkan dengan jus kurma.
JUS KURMA HIDAYAH SERAIMAS
Sebelum consume dah memang perangai kakak explore satu persatu tentang jus tersebut. Hee~ Jangan harap lah produk mereka akan terlepas.
Jus Kurma Hidayah menggabungkan 6 Formulasi lengkap dengan nutrisi dari bahan semulajadi termasuklah madu, kurma, buah tin, kismis, goji dan juga delima yang membantu membekalkan nutrisi lengkap yang diperlukan oleh badan.
FAKTA : JUS KURMA HIDAYAH SERAIMAS TIDAK MENGANDUNGI GULA SINTETIK
Menarik perhatian kakak semasa kakak menyelongkar fakta di laman web SeraiMas untuk mengetahui serba sedikit tentang Jus Kurma Hidayah ni bukan sahaja sesuai untuk kakak yang berusia 34 tahun tapi sesuai juga untuk diambil oleh kanak-kanak dan juga orang tua. Nah !! Sebotol ni kongsi satu keluarga memang best, dah tak payah cari supplement lain.
Kan ada sesetengah produk hanya sesuai untuk kategori umur dan juga penyakit-penyakit tertentu tapi TIDAK dengan Jus Kurma Hidayah yang boleh di ambil pelbagai peringkat umur termasuklah ibu yang sedang hamil.
Antara fakta lain yang perlu korang tau mengenai jus best ini, adalah :
- Diperbuat dari bahan semulajadi
- Bebas gula sintetik
- Mempunyai sistem keselamatan verifikasi ketulenan produk yang mesra pengguna
- Mencapai standard kebersihan, kualiti, keberkesanan dan keselamatan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) dan Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM )
- CONFIRM HALAL
- Mendapat pengiktirafan :
- Amalan Perkilangan Baik
- Asia Pacific Super Health Brand 2018 - 2020
Bila bercakap soal tenaga, kakak memang memandang tinggi tanggungjawab seorang ibu yang 24 / 7 menguruskan rumahtangga dan kini – kakak berada di tempat tersebut. Hee~ Penat gais !! Tapi kakak yakin Jus Kurma Hidayah dapat membantu kakak kerana bahan-bahan yang terkandung dalam Jus Kurma Hidayah memang terbaik antaranya :
- Kurma – Mengandungi nutrient yang tinggi dan berfungsi sebagai pemanis yang mempunyai serat, kalsium, zat besi dan vitamin.
- Madu – Satu sudu besar madu yang diamalkan setiap hari mengandungi 64% kalori dan bebas kolesterol, lemak dan juga sodium. Madu juga membantu melancarkan peredaran darah dan bertindak sebagai penambah sel darah merah pada kadar oksigen stabil dalam tubuh badan pengamalnya.
- Goji – Mengandungi vitamin B Complex yang membantu menukarkan makanan kepada tenaga yang menjadi ramuan alternative bagi meningkatkan tenaga dan mengurangkan rasa letih.
Kalau nak telan satu satu bahan yang terkandung untuk mendapatkan kesan, khasiat dan nutrisi yang sama - memang tak lah. Dengan harga satu hal lagi. Hee~ Sebab tu kakak sebaiknya cuba konsisten pengambilan Jus Kurma Hidayah ni.
Dan !!
Korang tau tak Jus Kurma Hidayah ni bukan takat membantu meningkatkan tenaga tapi ia juga membantu melindungi bakteria baik dalam badan, menyelenggara tahap kesihatan untuk keseluruhan organ, melancarkan sistem penghadaman dan memberi kecekapan pada penyerapan nutrisi dengan cekap.
Cara nak consume dan jaga jus ni pun tak susah :
- Diambil 1 jam sebelum makan atau ketika perut kosong
- Dewasa : 2 sudu besar ; 2 kali sehari
- Kanak-kanak : 1 sudu teh ; 2 kali sehari
- Sebelum sarapan pagi atau sebelum makan tengahari
- Sebelum makan malam
- Goncang dahulu sebelum minum
- Simpan ditempat yang kering di bawah suhu 30°
- Jarakkan pengambilan ubat / supplement dengan Jus Kurma Hidayah selama satu jam bagi memberi ruang kepada usus menerima nutrisi sebaiknya
- Amalkan 8 gelas air masak sehari
Korang jangan tanya lagi cemana kakak boleh cergas dan cerdas sepanjang hari walaupun bangun pukul 4.00 pagi dan pukul 10.00 malam masih bekerja menghadap laptop. Ni dah tau ni.
Nah !!
Kot lah korang mancari stok untuk diri sendiri ataupun keluarga ke kan. Hee~
LAMANWEB : https://kurmahidayahplus.seraimas.my/
HOTLINE WHATSAPP : 013 7825282
#kurmahidayahPLUS
#kebaikankurmautkseisikeluarga
#rajasegalaherba
LOVE ;
ATIE ADNAN
Makanan sunnah memang baik untuk kesihatan. Dari kecil leya dah diajar untuk mengambil makanan seperti kurma, madu, dll. Semoga kita semua sihat dan kekal bertenaga dengan izinNya.
ReplyDeleteaamin.. hee~ kita memang membesar dengan makanan sunnah kan.. tapi tu lah.. budak2 sekarang ni payah nak makan yang mentah gitu.. ni mungkin inisiatif dari Seraimas.. kan..
DeleteJus kurma memang bagus untuk kesihatan dan yang menariknya kanak kanak pun selamat meminumnya.
ReplyDeletebetul tu kak.. kalau amalkan boleh meningkatkan mutu kesihatan.. in shaa Allah..
Deletebagusnya jus ni sebab seisi keluarga boleh minum.Jadi takdelah anak terminum jus-jus yang hanya orang dewasa je boleh ambil.DIorang pun kalau nampak kita minum, nak join sama..adhuu
ReplyDeletebetul tu.. kalau nak harapkan makan satu satu jenis memang tak dan lah, harga lagi.. hee~ baik amalkan Jus Kurma Hidayah Plus ni, semua ada dalam satu botol..
Deleteni rupanya rahsia bertenaga dari pagi sampai malam tiap minggu join run! Okeyh boleh order nanti sebotol! Haha
ReplyDeletehee~ itu lah tu.. jom pana, try tengok jauh mana pegi.. kot ada tenaga bleh ikut akak lari..
DeleteJenama Seraimas ni memang begitu terkenal dan juga begitu popular memang berkualiti produk keluaran daripada bumiputera ini kita pun nak beli untuk keluarga kita. Kena support produk #BMF...
ReplyDeletebetul tu.. kakak memang support produk bumiputera.. hee~
DeleteBagus amalkan jus kurma nie. Khasiatnya banyak. Patut ramai yg suka. Tp kita x berapa berkenan sangat kurma yg diproses jadikan perasa.
ReplyDeleteoh.. awak makan kurma mentah ya.. pun bagus juga.. hee~ tapi Jus Kurma Hidayah Plus ni ada kandungan buah goji, delima, madu dan juga buah tin..
DeleteNak cari jugaklah SeraiMas Kurma ni nak nak saya pun sibuk sepanjang masa. Mudah letih kan. Elok sangat cuba SeraimAs Kurma ni untuk kembalikan tenaga
ReplyDeletecari nanti sis. hee~ best tau.. sesuai untuk anak2 juga..
DeleteNak dekat puasa ni memang eloklah mencari minuman tambahan macam ni. Boleh bagi tenaga ketika kita puasa kan...
ReplyDeletebetul tu kak.. sesuai untuk bantu anak2 berpuasa juga.. hee~
Deleteanak2 aida memang amalkan makanan sunnah di pagi hari. kurma & kismis.
ReplyDeletebagus produk ni. memudahkan lagi kita dari amik yg raw, kan :)
bila dah ok skit, company boleh kot tukar botol nyer tu kpd yg lebih elegan :)
alhamdulillah.. terima kasih untuk feedback aida.. hee~ nanti akak panjangkan kat management ya.. rekaan botol dorang memang simple je, sebab tu dorang boleh jual dengan harga yang mampu milik.. kan ?
DeleteBagusnya..satu keluarga boleh amal sama-sama.
ReplyDeletebetul tu ana.. semua boleh amalkan jus ni.. hee~ berkhasiat !!
Deletebagus sangat ni makan untuk sahur kan sis. sekarang ni dah boleh mula start puasa dah bagi yang tertinggal tu. nanti nak cari lah jus kurma ni.
ReplyDeletebetul tu dik.. hee~ boleh juga untuk seisi keluarga.. jimat dan berbaloi..
DeleteLaa emi baru tahu dalam jus kurma hidayah ni ada goji jugak sebagai salah satu bahan. Bagus kot buah goji, banyak manfaat untuk kesihatan.
ReplyDeletePaling penting kita tahu rumusannya dia halal dan selamat untuk seisi keluarga
ReplyDeleteMenarik la juice ni! Saya pun nak kekal cergas juga!
ReplyDelete