JANGKAAN STATISTIK KELAHIRAN BAYI PADA AWAL 2021 MENINGKAT !!

Awalnya kakak nak tergelak bila Encik Suami bagitau kakak - "yang.. awak percaya tak kalau abang cakap, hujung tahun ni akan ramai yang mengandung.." tapi bila difikirkan balik mungkin sebab Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) dan semua pasangan terkurung bersama !! Hahahaha~


Cara Mencegah Kehamilan Paling Berkesan

Serius kelakar kalau difikirkan tapi sempatlah kakak explore beberapa laman web untuk membaca supaya kakak boleh membidas semula dan berkongsi pendapat dengan suami. Ya !! Kita sebagai perempuan tak boleh kalah tau, kena ada point dan berinformasi.


BABY 2021



Kakak ada terbaca ulasan dari seorang wartawan dari Associated Press iaitu Patrick Whittle yang bertarikh 19hb Mac 2020 melalui ABC News berkenaan dengan BAYI CORONAVIRUS berikutan perintah kerajaan yang mahu rakyat hanya duduk dirumah dan dijangka ramai bayi yang bakal dilahirkan pada tahun 2021 - awal tahun 2021 gais !! Hee~

Menurut Dr. Hamizah Mohd Hassan - Ketua Unit Kesihatan Reproduktif, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara ( LPPKN ) turut mengiya dan bersetuju bahawa PKP mampu mempengaruhi kadar kelahiran penduduk di Malaysia pada tahun hadapan ( 2021 ) - Berita Harian Online


Baby Covid-19

Sebenarnya, kalau korang memang nak anak - waktu PKP ni lah kakak rasa masa yang sesuai untuk korang buat perancangan secara teliti seperti consume multivitamin yang sesuai seperti asid folik, vitamin C dan pengambilan menu diet yang seimbang supaya korang mampu memberikan zat serta nutrisi yang baik untuk baby yang bakal dikandung - dilahirkan. Tapi !!

Kalau korang memang tak plan untuk tambah zuriat, seeloknya MERANCANG lah dan ada banyak cara untuk korang merancang. Kan ?


CARA MENCEGAH KEHAMILAN



1. Mengira waktu subur isteri
  • Kalau nak ikutkan, tips ini berkesan sehingga 88% tapi memang korang kena berhubungan ketika luar waktu subur bagi mengelakkan kehamilan. Pandai-pandailah korang tandakan kalendar ya !!

2. Makan pil perancang
  • Paling popular dan ramai jugak kawan kakak yang ambil pil untuk mencegah kehamilan dan keberkesanannya sehingga 99% - itu pun kalau korang makan dengan cara yang betul lah. Tanpa skip, pil perancang perlu dimakan pada hari pertama haid sehingga hari ke-21.

3. Kondom
  • Paling mudah dan murah tapi kurang efisyen serta berpotensi berlakunya kebocoran.

4. Implan
  • Implan yang berada dipasaran mengandungi progesterone yang mampu menebalkan mukus servik dan menghalang sperma berenang masuk dan tersenyawa. Kebiasaan implan diletakkan di bawah kulit dibahagian lengan dan mampu bertahan sehingga empat tahun.

5. Suntikan
  • Hormon progesterone disuntik setiap dua bulan sekali. Ia mampu menghalang pengeluaran telur dari kilang ovari malah menghasilkan lendir yang pekat supaya sperma tidak berjaya berenang.

6. IUD  ( Intrauterine Device )
  • Telah digunakan sejak abad ke-60 dan alat IUD ini akan dimasukkan ke dalam rahim oleh doktor terlatih bagi mencegah kehamilan ( lebih tepat - merancang keluarga ). Ia boleh digunakan selama tiga hingga lima tahun bergantung kepada jenis.

7. Spermisida
  • Atau lebih mudah dikenali sebagai pembunuh sperma ini dijual dalam bentuk krim, aerosol atapun tablet  yang berfungsi sebagai pembunuh, perencat pergerakan sperma dan juga mengurangkan keupayaan sperma untuk bersenyawa dengan telur. Spermisida perlu dibiar dalam faraj selama enam jam tanpa dibasuh selepas melakukan hubungan seks supaya sperma mati.

Cukup tak ? Hee~
Ya !! Sebenarnya ada nombor 8 iaitu PANCUT LUAR tapi banyak isu - TERmengandung plak. Jadi kakak tak masukkanlah dalam list ya.


Vitamin C Untuk Menguatkan Kehamilan

So !!
Korang plan yang mana satu ? Adakah untuk menambah ahli keluarga atau merancang sebaiknya ? Mengikut perkiraan kakak, menjelang 2021 confirm hospital penuh kalau korang tak mula kawal dari rumah.

Sanggup ke nak berpadat - sesak sekali lagi ? Hee~


LOVE ;
ATIE ADNAN


6 comments:

  1. Comel ke ayat sis dlm entry ni.. apa pun SS harap, SS salah sorang yang tercalon bagi menambah umat manusia. hehhe... SS TTC 8tahun sis.. kasi chan kt SS ye. hehehe. Doakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alolololo.. aamiin.. kakak tumpang aamiin kan ya, semoga hajat dan rezeki SS ada kali ni.. hee~ kakak tunggu perkhabaran baik dari SS !!

      Delete
  2. Ada niat nak tambah. Tapi suami kata susah pulak kalau termabuk time PKP. Gitu. Hehe. Tapi kalau fikirkan kesesakan yang bakal timbul tu, hmmm. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha~ betul tu.. nak berpadat kat spital nanti dah jadi masalah lain plak kan.. tapi kalau dah tertulis rezeki, terima je tau..

      Delete
  3. tak..kakak tak merancang, memang dah lama nak..hehe..tak kisah la orang nak cakap anak PKP..kakak tak kisah nak bersesak di hospital..sebab dah lamaaaa nakkkk..hehe...gatai tak?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.