BANGI GOLF RESORT SPEEDMART ; DARI DAPUR CHEF KE DAPUR CONSUMER

Kalau ikutkan tahun ni kakak masih merupakan salah seorang blogger untuk turun sama sebagai food tester kat Bangi Golf Resort Restaurant – macam tahun sebelum-sebelumnya tapi disebabkan kekangan Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) tak dapatlah nak menyinggah.


Bangi Golf Resort, Bangi


Tapi tak pe lah sebab kakak boleh bawa air tangan chef terus ke dapur kakak yang kelam kabut tu. Hahahaha~


BGR RESTAURANT



Menghidangkan lebih dari 25 jenis menu yang dipek dalam plastik makanan yang diperbuat daripada polimer yang dibina daripada unit-unit kecil dipanggil monomer. Gabungan monomer-monomer yang berlainan akan menghasilkan polimer yang berbeza sifat dan ciri.

Nah !!
Itu serba sedikit tentang packaging lah ye anak-anak ya. Sekarang kakak nak cerita pasal jenis makanan yang ada dan apa rasanya.


Tempat Makan Best Bandar Baru Bangi

Wuu—Bila teringat balik setiap rasa dalam plastik yang dihantar ke kakak, memang terliur sungguh ha. Bukan hanya satu hidangan tapi kakak dibekalkan dengan :

  • Nasi Minyak Basmathi
  • Kurma Daging
  • Ikan Tenggiri Masak Asam Kari
  • Kambing Bakar + Blackpepper Sauce
  • Ayam Masak Varuval
  • Spaghetti + Kuah Karbonara + Kuah Bolognese
  • Sate Atam + Kuah Kacang
  • Kuih Talam
  • Agar-Agar Cokelat
  • Mini Cake In A Jar
  • Serbuk Mocha ( untuk dibancuh dan dijadikan air – letak ice cube memang pehhhhhhhh !! )

Dan ke semua makanan tersebut dibungkus dalam plastik kedap udara dan dimampatkan supaya ia bertahan lebih lama.

Cara nak sediakan pun senang sangat :

  • Untuk Kambing Bakar + Sos Lada Hitam, Ayam Masak Varuval, Kurma Daging, Ikan Tenggiri Asam Kari + Nasi Minyak Basmathi + Spaghetti + Kuah Karbonara + Kuah Bolognese - korang boleh masak air dalam periuk sehingga mendidih dan masukkan makanan tersebut ke dalam air dan biarkan 20 minit.

    Ataupun
    Masukkan ke dalam microwave selama 3 - 5 minit.

  • Sate Ayam + Kuah Kacang - masih menggunakan teknik yang sama seperti di atas tapi untuk sate dan kuah kacang korang cuma perlu 5 minit je dan tadaaaaa-- SIAP !!

    Ataupun
    Masukkan ke dalam microwave selama 1 - 2 minit.

  • Kuih Muih Tradisional - masakkan air dalam periuk sehingga mendidih dan tutup api. Masukkan kuih muih tadi dan tutup periuk tersebut selama 10 minit dan siap !!


Bandar Baru Bangi

Untuk pengetahuan korang, setiap plastik yang membungkus makanan ada disertakan PRODUCTION DATE dan juga BEST BEFORE date untuk rujukan consumer. Dan setiap makanan bertempoh satu tahun.

Kiranya korang boleh simpan makanan dari dapur chef Bangi Golf Resort selama setahun gais !! Tak makan, beku kan. Nak makan nanti keluarkan dan rebus dalam periuk yang ada air mendidih ataupun masuk je dalam microwave.

Senang kan ?
Hee~

Best Food Near Me
Buffet Ramadhan 2020

Makanan ni bukan je sesuai untuk bulan puasa tapi sesuai juga untuk korang buat stok sedia makan bila lapar. Dah tak payah nak singgah kedai makan ataupun restoran untuk nikmati hidangan dari tangan chef.

Kotak makanan BGR Restaurant ni ada tiga jenis yang memang rata-rata portion untuk 4 – 5 orang dewasa dan kesemuanya adalah HALAL dan dijamin bersih sebab setiap penyediaan makanan menggunakan teknologi inovasi Rethermalize & Serve ( R & S ) dan juga Thaw & Serve ( T & S ).
Kalau korang nak buat stok makanan, boleh lah kot terus ke :




Hee~ Terasa kat tekak lagi tau kesedapan dan keenakkan dari kotak bahagia BGR ni.

Jom lah sama-sama rasa best.
Mana boleh kakak sorang je rasa.
Kan ?


LOVE ;
ATIE ADNAN


Share:

7 comments :

  1. sedih juga this year syahduu xle berbuka kat luar dengan kawan2..
    selalu da bising2 da tu ajak berkumpul. tapi mudah skrng yang jauh boleh deliver mai rumah..

    jemput join segmen bloglist SYM
    https://sitiyangmenaip.blogspot.com/2020/05/segmen-bloglist-siti-yang-menaip-12020.html

    ReplyDelete
  2. Byk choice and nmpk sedap

    ReplyDelete
  3. Ya ampun mudahnya semua sekarang ni ye. Boleh la hilangkan kerinduan makan di sana

    ReplyDelete
  4. bagus pakaging die.. guna teknik kedap udara buatkan masakan tu tahan lama.. alaahh rindu pulak kt telur goyang BGR.. moga dapat peluang untuk tahun depan.. seronokkan sesekali dapur tutup..hehehe

    ReplyDelete
  5. kreatif idea diorg kn nak buat makanan tahan lame.. menarik sgt atie..

    ReplyDelete
  6. Heyyy kakak!!! Kenapa kakak tak hajak kita sekali... Hehehe... Boleh delivered to Port Dickson tak tu.. Nak gi usha kat Lazada la kejap.. Hahaha..

    ReplyDelete
  7. wah mudah bangat. boleh makan dengan tenang di rumah rasa BGR

    ReplyDelete

Copyright © atiehilmi.com - Malaysian Lifestyle Blogger. Designed by OddThemes