PKPP : BOLEH MELANCONG DOMESTIK MULAI 10hb JUN 2020

Apa lagi nak diucapkan selain syukur alhamdulillah apabila Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dah umumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ( PKPB ) akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ( PKPP ) mulai 10hb Jun hingga 31hb Ogos 2020 nanti.
Perintah Kawalan PErgerakan Pemulihan
Kebanyakkan sektor yang membantu ekonomi negara pun akan mula beroperasi pada tarikh yang tertera. Hee~



PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN ( PKPP )



Best -- nya PKPP ni sebab kita boleh merentas negeri untuk balik kampung ataupun bercuti dengan keluarga. A-- Baru kakak bayangkan pun dah tersengih-sengih kegembiraan. Agittew-- Dan menurut PM kita, akan ada beberapa aktiviti lain yang dilarang sebelum ni pun akan dibenarkan.




"Perjalanan rentas negeri akan dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan sebagai
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD."

- PM Malaysia ; Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin




Beliau turut menasihati kita semua iaitu rakyat Malaysia untuk sentiasa menjaga kebersihan diri, pakai pelitup muka apabila berada di tempat awam dan juga elakkan tempat yang sesak bagi mengelakkan sentuhan sesama manusia. Ye lah, dah kalau ramai-ramai camtu berhimpit segala mana lah kita mudah nak kesan dengan siapa kita bersentuham. Kan ?

Nah !!
Bacaan lain dari sumber sohih--


Info Covid Malaysia

Namun, sesi persekolahan akan dibuka secara berperingkat sepanjang pelaksanaan PKPP ni. 



"Untuk makluman saudara saudari, sekolah akan dibuka secara berperingkat dalam tempoh
PKPP ini setelah mendapat nasihat daripada
Kementerian Kesihatan.."

- PM Malaysia ; Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin




Lagi ?
Hee~


PKPP


Apa pun, berbalik kepada Norma Baharu yang selama ini kita canangkan - senantiasalah jaga kebersiahn macam yang korang bising-bising kan media sosial korang tu ya. Jangan takat sembang je dan tolong jangan jadi punca statistik positif bertambah. Hee~

Selamat balik kampung dan bercuti !!
Dah plan nak pergi mana ? Haa. Dengarnya rangkaian Hotel Avillion tengah buat promosi. Eh !! Ape lagi ?



LOVE ;
ATIE ADNAN


Share:

4 comments :

  1. Tak sabar nak balik KL. Pastu stay sana terus sampai bersalin. Huuuu. Rindunya nak jumpa famili! Balik ni pun dah tak perlu risau dah nk mohon kebenaran. Lega rasanya. Lepas announce semalam rasa nak nangis.

    ReplyDelete
  2. Boleh la kita start tingkatkan ekonomi negara, yang penting follow sop

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dapat balik kampung dah kan... yang penting SOP tetap kena dipatuhi ya... demi #kitajagakita dan agar segala pengorbanan yang telah dilakukan sepanjang PKP dan PKPB berbaloi...

    ReplyDelete
  4. Bestnya dapat pi bercuti cuma ada baby kecik tak berani lagi nak bawak gi mana-mana. huhu

    ReplyDelete

Copyright © atiehilmi.com - Malaysian Lifestyle Blogger. Designed by OddThemes