VIVO X50 DAN X50 PRO ; DIPASANG GIMBAL UNTUK PENGALAMAN FOTOGRAFI DAN VIDEOGRAFI BERKUALITI TINGGI

Telah berlangsung malis pengenalan siri rangkaian telefon pintar terbaharu keluaran vivo iaitu X50 dan juga X50 Pro yang dijangka akan berada dipasaran mulai 21hb Julai 2020 nanti.


Malaysian Blogger

Menampilkan tiga varian warna yang menarik, vivo tidak pernah mengabaikan kualiti penghasilan setiap siri yang dikeluarkan bagi memenuhi kehendak pengguna.


HARGA VIVO X50



Direka dengan rekabentuk yang lebih nipis, siri vivo X50 mudah digenggam dan mempunyai ketebalan sekitar 7.55mm untuk X50 dan 8.04mm untuk X50 Pro !! Betul-betul nipis dan confirm ringan untuk memudahkan pengendalian oleh pengguna.

Mengetengahkan pencirian untuk penghasilan gambar dan video yang lebih berkualiti, siri vivo X50 didatangkan dengan gimbal untuk menyokong objek bergerak pada satu paksi tanpa mengganggu kualiti gambar, video ataupun suara yang dirakam. Bonus besar bagi mereka yang bergiat aktif dengan media sosial, vivo siri X50 bakal memberikan pengalaman baharu dan pastinya bermakna.


Vivo X50 Price In Malaysia

Frost Blue - Diilhamkan oleh oleh oksigen cair yang bersinar. Permukaan yang licin dan memantulkan cahaya seperti opal ; dalam cahaya  keemasan mampu memancarkan tenaga dan kehangatan. Ia direka untuk memberi hiburan terbaik disamping memberi ketenangan.

Glaze Black - Menggabungkan warna onyx dan warna logam futuristik yang berkilau dengan tekstur seperti cermin. 

Dengan 4 lensa (48MP Utama, 8MP Super Wide-Angle, 13MP Professional Potrait dan 8MP 5X Lensa Telescopic ) di bahagian belakang dapat memberikan hasil gambar yang jelas terutamanya pada waktu malam. ON kan sahaja fungsi Extreme Night Vision ataupun Starry Sky Mode dan gambar yang diketik akan terhasil sebegini :


Gimbal Stabilizer
Disertai dengan algorithma AI denoise yang sangat inovatif dan menembusi kegelapan malam.

TEKNOLOGI 5G



Dibina dengan processor Qualcomm Snapdragon 765G yang menawarkan prestasi unggul dan penggunaan tenaga yang rendah – korang boleh buka banyak tab aplikasi secara serentak atau main game yang memerlukan spec tinggi ; TAK DE MASALAH !!

PERTAMA seumpamanya – vivo siri X50 dipasang siap dengan teknologi gimbal yang mampu memberi kestabilan penuh dan bergerak mengikut subjek yang difokus. Merangkumi sudut 300% lebih besar dari OIS bagi meningkatkan kepekaan cahaya 10% lebih baik. Kamera gimbal utama pada vivo siri X50 terdiri dari :

  • 48MP
  • “Double-ball Suspension Mount
  • Closed-loop Motor
  • 7P Lens
  • f/1.6 Large Aperture

Penyambungan dengan teknologi 5G yang dapat memberi kualiti panggilan yang lebih baik, muat turun data lebih pantas dan tak perlu menunggu. Zaman serba laju ni, tak best plak nak menunggu loading segala.

Vivo siri X50 juga dipasang siap dengan kekuatan bateri berkapasiti besar dengan 33W FlashCharge, vivo siri X50 dilengkapi dengan  pengecas standard rasmi vivo yang menokong daya pengecasan dinamik untuk senario yang berbeza. Lebih cepat dan mudah untuk rutin harian yang padat.


Harga Vivo X50

Cool kan ?

Berapa harga untuk teknologi terbaharu ni ?
Korang kena tunggu sebab harga vivo siri X50 akan diumumkan pada 21hb Julai 2020 di Vivo Malaysia. Hee~ Cam nervous sikit kali ni sebab pergi launching tapi tak diberi tahu harga.

Haish--
Penasaran.



LOVE ;
ATIE ADNAN


Share:

2 comments :

  1. tgh survey hp ni hihi

    ReplyDelete
  2. faktor yang paling suka dengan telefon ialah kamera heheheh

    ReplyDelete

Copyright © atiehilmi.com - Malaysian Lifestyle Blogger. Designed by OddThemes