SAMSUNG SOLVE FOR TOMORROW MERANGSANG MINAT DAN SIFAT INGIN TAHU TERHADAP STEM DIKALANGAN PELAJAR

Memandangkan inovasi mengubah dunia kita dengan cepat, maka amat penting untuk mempersiapkan generasi akan datang bukan hanya untuk menyesuaikan diri, tetapi juga berkembang maju dan lebih cemerlang di masa hadapan dalam dunia teknologi. Selaras dengan komitmen Samsung Malaysia, sebuah program pendidikan globalnya iaitu ‘Solve for Tomorrow’ sedang dilaksanakan.


Samsung Solve For Tomorrow 2020

Ia merupakan pertandingan yang bertujuan untuk merangsang sifat ingin tahu dan memupuk minat dalam pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), sambil memberi inspirasi kepada para pelajar untuk memperbaiki dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat tempatan melalui penyelesaian inovatif STEM.



“Ia amat penting untuk mempersiapkan generasi akan datang dengan kemahiran asas,
pengetahuan dan sikap yang diperlukan untuk menyesuaikan diri kepada perubahan
teknologi dan manfaat peluang baharu yang dihasilkan oleh teknologi. Kami percaya
dengan potensi mereka untuk mencapai tahap inovasi baharu dan menghasilkan
penyelesaian yang mengubah masyarakat. Untuk membantu mereka mencapainya,
Samsung komited untuk membantu mereka melalui program pendidikan yang kami
jalankan seperti ‘Solve for Tomorrow’.."
- Yoonsoo Kim, Presiden Samsung Malaysia Electronics.



‘Solve for Tomorrow’ merupakan pertandingan unik yang memupuk pemikiran inovatif, penyelesaian masalah secara kreatif dan kerja berpasukan yang dilaksanakan dengan kerjasama Pusat STEM Universiti Malaya. Pertandingan ini terbuka kepada pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 dari sekolah yang sering terlibat dengan pelbagai aktiviti STEM yang dijalankan oleh Pusat STEM Universiti Malaya untuk membantu mereka memperhebatkan pengalaman pembelajaran mereka. Pertandingan ‘Solve for Tomorrow’ akan bermula pada 9 Oktober 2020 dan berakhir pada 8 Disember 2020 dengan pengumuman pemenang pertandingan.


Samsung Malaysia 2020



“Kita harus memperhebatkan pengetahuan Sains dan Teknologi di kalangan anak-anak
muda untuk menyelesaikan masalah yang tidak dapat ditafsirkan di masa hadapan.
Mereka boleh menggambarkannya dengan lebih baik jika mereka dilengkapi dengan
peralatan yang betul dan cara terbaik untuk memastikan mekanisme itu tepat adalah melalui
pendidikan Sains dan Teknologi.”
-- Ir. Dr. Mas Sahidayana Mohktar, Ketua Pusat STEM Universiti Malaya




Peserta pertandingan perlu mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan mencari penyelesaian berdasarkan teknologi STEM. Para peserta boleh memilih untuk mengemukakan idea yang berfokuskan pada salah satu daripada empat tema iaitu kesihatan, pendidikan, alam sekitar dan masalah sosial. Setiap satu kumpulan yang terdiri daripada tiga orang pelajar perlu menghantar idea mereka dalam bentuk esei yang menggambarkan masalah yang harus diselesaikan dan bagaimana STEM dapat menjadi penyelesaian kreatif. Pada pusingan kedua, 10 pasukan yang disenarai pendek perlu memperhalusi idea mereka dan membentangnya menerusi PowerPoint.


Tiga pasukan akan dipilih pada pusingan ketiga. Mereka perlu memperhebatkan persembahan mereka dengan pilihan yang diberikan untuk mencipta prototaip. Setiap pasukan perlu menghantar rakaman video persembahan mereka dan fungsi prototaip yang mereka cipta. Pada peringkat akhir, ketiga-tiga pasukan akan bertanding untuk memenangi hadiah utama bernilai sehingga RM37,900 dengan penyelesaian STEM inovatif mereka yang mengagumkan para hakim.

 

Sekolah Menengah Daerah Petaling

Pemenang Samsung Solve for Tomorrow 2015 berkongsi pengalaman mereka di acara maya untuk memberi inspirasi kepada para inovator masa depan. Dari Kiri - Tan Kok Loon, Lee Yan Fong


Pemenang pertandingan akan membawa pulang hadiah produk Samsung untuk sekolah masing-masing dan juga untuk diri mereka dan berikut merupakan hadiah-hadiah yang akan dibawa pulang :

  • Pertama : Pasukan akan menerima produk Samsung bernilai sehingga RM16,900 yang akan diberikan kepada sekolah sementara setiap pelajar akan menerima produk Samsung bernilai sehingga RM7,000.
  • Kedua : Pasukan akan menerima produk Samsung bernilai sehingga RM13,500 untuk sekolah mereka sementara pelajar akan mendapat produk Samsung bernilai sehingga RM6,000.
  • Ketiga : Pasukan akan menerima produk Samsung bernilai sehingga RM10,000 untuk sekolah mereka dan pelajar pula menerima produk bernilai sehingga RM5,400 setiap seorang.

Pemenang akan dinilai berdasarkan kesesuaian isu, kreativiti, kebolehlaksanaan idea, penerapan STEM dan penyampaian penyelesaian inovatif.

 


“Kami yakin bahawa pertandingan ‘Solve for Tomorrow’ adalah platform yang ideal
untuk mendedahkan pelajar kepada dunia sains dan teknologi serta memanfaatkan sepenuhnya
potensi mereka melalui penggunaan teknologi. Ini juga merupakan peluang untuk
terlibat dan mendorong sifat ingin tahu pelajar dalam STEM di samping melakukan
perbezaan dalam masyarakat.."
- Yoonsoo Kim.



Antara sekolah yang layak untuk menyertai Samsung Solve for Tomorrow :

Solve For Tomorrow Samsung

Maksud STEM

Panel Speaker Sempena Majlis Pengenalan Samsung Malaysia’s Solve : ( Dari Kiri - Ir. Dr. Mas Sahidayana Mohktar, Head of Universiti Malaya STEM Centre, Lee Yan Fong, winner of Samsung Solve for Tomorrow 2015, Dato’ Roh Jae Yeol, Director of Corporate Affairs, Samsung Malaysia Electronics, Tan Kok Loon, winner of Samsung Solve for Tomorrow 2015, Prof. Dr. Noorsaadah Abd. Rahman, Deputy Vice-Chancellor (Research and Innovation), Universiti Malaya 


Untuk info lanjut mengenai ‘Solve for Tomorrow’, sila layari: www.samsung.com/my/solvefortomorrow/

6 comments:

  1. Hebat2 teknologi sekarang dan tak kurang hebat2 anak sekarang kan? Perghhh zaman i dulu yg tau pertandingan tak nasyid, pidato je hahahahah

    ReplyDelete
  2. program ilmiah macam ni mmg bagoskan , selain tambahkan ilmu, boleh menang hadiah dari samsung! bestnyaaa

    ReplyDelete
  3. Wahh bagusnya ada inisiatif macam ni! Indeed, pengetahuan Sains & Teknologi sangat diperlukan sekarang tambah2 dengan banyaknya saingan pelajar2 kan. Hadiah dia lumayan betul tu!

    ReplyDelete
  4. Waahh.. Terbaikla ada pertandingan camni untuk sekolah.. Semoga inovasi yang dicipta dapat direalisasikan kelak!

    ReplyDelete
  5. I believe the contest is very good idea. Educational programme, this is how we can 'push' and educate our young generations to be more creative thinking and proactive. It's all about idea, brain storming and enhance leadership.

    ReplyDelete
  6. macam2 iniatif sangat untuk bebudak kan..dorang pun dah advanced banding kita dulu...ops rasa tua sangat! haha..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.